Saturday, March 22, 2008

Mahathir restu, Wanita tentang / Demokrasi telah berkubur dalam Umno

(Pimpinan BA, PAStikan Rakyat DAPat KeAdilan!)
(Rakyat, Teruskan Lonjakkan Minda!)

Kelantankini

Mahathir restu Ku Li, Wanita Umno tentang

4.15pm | 21 Mac
KOTA BHARU: Ketua Umno Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, yang berniat mencabar Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dikatakan mendapat sokongan penuh daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Jika benar, gabungan dua tokoh berkenaan dipercayai akan membawa impak besar terhadap cabaran Tengku Razaleigh untuk merebut jawatan tertinggi parti itu.

Ada laporan menyebut Ku Li bertemu dengan Mahathir sebelum mengisytiharkan keinginan beliau kepada pihak media kelmarin.

Desas-desus pertemuan dua tokoh Umno itu yang pernah bersaing sehingga mendorong pengharaman parti itu pada 1988, mula disebarkan melalui blog politik semalam.

Ku Li turut menyindir pihak yang beranggapan pertandingan jawatan akan menyebabkan perpecahan dengan berkata, “Ini demokrasi dan jika tidak, lebih baik kita tukar kepada presiden seumur hidup dan berkuasalah sampai bila-bila”.

Sementara itu, Pergerakan Wanita Umno tidak bersetuju dengan langkah Tengku Razaleigh Hamzah memanggil mesyuarat luar biasa dan juga hasratnya mencabar Presiden Umno.

Ketua pergerakan itu, Dato’ Seri Rafidah Aziz berkata masanya tidak sesuai untuk dua langkah itu memandangkan Umno dan BN kini kehilangan lima negeri selepas pilihan raya umum awal bulan ini.

Rafidah menambah, walaupun beliau menghormati bekas Naib Presiden Umno itu tetapi sekarang “bukan masa satu, dua atau tiga orang menonjolkan diri.”

“Kita dalam satu pasukan,” katanya.





Roslan SMS Corner

Demokrasi telah berkubur dalam Umno

Antara langkah pertama yang dilakukan oleh Ketua Umno bahagian Gua Musang, sejurus selepas keputusan resmi PRU ke 12 diumumkan adalah mengutus surat kepada semua Ketua-ketua Umno bahagian agar diadakan EGM diperingkat masing-masing dan kemudiannya diusulkan ke peringkat kebangsaan agar membincangkan kekalahan besar Umno dan BN dalam PRU ke 12 lalu.

Tengku Razaleigh turut mengumumkan bahawa beliau menawarkan diri untuk bertanding jawatan Presiden Umno dalam Perhimpunan parti itu tahun ini bagi memulihkan Umno ekoran "setback" PRU ke 12 baru-baru ini.

Masih adakah demokrasi dalam Umno?

Belum pun sempat bahagian-bahagian mempertimbangkan permohonan EGM Ku Li, kini sudah bangkit suara-suara mengecam dan mengkritik inisiatif anak raja Kelantan itu. Seolah Umno dan BN tidak mengalami apa-apa kecederaan, seolah semuanya biasa sahaja. Kata Ku Li dalam akhbar The Star hari ini:

We have lost five states and the 2/3 majority in Parliament. If this is not serious I do not know what is. We can deny it and leave our future to fate.

Kita telah hilang lima negeri dan 2/3 majoriti di Parlimen. Jika ini tidak serius saya tidak tahu apa lagi. Kita boleh menidakkannya dan serah segala-galanya kepada takdir.

Begitulah budaya dalam Umno. Walaupun teruk luka dan tercedera namun mereka anggap yang mereka masih gagah perkasa lagi. Sesiapa sahaja yang cerdik cuba menegur dan berkata benar akan diserang dan dimomokkan. Dan kini turut diserang adalah tawaran Ku Li untuk merebut jawatan Presiden. Kononnya Umno akan retak dan pecah, dalam suasana sebegini sepatutnya ahli-ahli Umno bersatu.

Kata Ku Li, jika demikian sepatutnya dihapuskan sahaja pertandingan dalam parti. Umno sepatutnya melantik sahaja seorang Presiden "Seumur Hidup" dan kemudian berdoa semoga tidak ada apa-apa bakal berlaku kepada Presiden tadi!

Akhbar-akhbar Utusan dan Berita Harian kini punya tugas baru: serang Ku Li. Mudah-mudahan perkembangan ini akan membuka mata ahli-ahli dan penyokong Umno yang lain. Jika sudah begitulah Umno, maka lebih baik masing-masing membawa diri dan berhijrah ke wadah yang lebih praktikal dan efektif. Tinggalkanlah Umno, PAS dan PKR saya pasti menunggu anda semua dengan tangan yang terbuka.


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

RM 100 Juta habis kurang 3 bulan.../ Proposals for a First-World Parliament

Pimpinan BA, PAStikan Rakyat DAPat KeAdilan!)
(Rakyat, Teruskan Lonjakkan Minda!)

Detikdaily
Ke Mana RM 100 Juta habis dalam tempoh kurang 3 bulan...
jebat2020 writes "
 Terkejut bila mendengar satu kenyataan dari seorang sahabat yang bekerja di SUK yang mengatakan Khir Toyo telah membelanjakan RM100 juta dari jumlah RM170 juta yang diperuntukan kepada Jabatan Agama Islam Selangor dalam tempoh kurang 2 bulan.

Apakah tergamak menggunakan duit rakyat untuk persiapan pilihanraya ke-12. Jika dakwaan ini benar, harap Tan Sri Khalid Ibrahim tolong siasat Dato Mansor yang merupakan 'orang kuat' Khir Toyo yang kini merupakan Bendahari Kewangan Negeri Selangor yang memang pakar dalam kona-kona duit ni. Tidak mustahil lah kalau fail-fail ni telah dihapus atau disembunyikan menjelang kemenangan Barisan Rakyat dalam pilihan raya yang lalu.

Tidak cukup dengan itu, pada satu majlis Multaqo yang dihadiri oleh Khir Toyo, beliau telah berjanji nak menghadiahkan "Komputer" kepada semua sekolah rendah agama (SRA) dan KAFA yang memerlukan kerana katanya, dia ada membeli sejumlah banyak komputer sebagai persiapan pilihan raya dan akan diberi kepada semuanya kepada SRA dan KAFA sekalipun ditakdirkan dia kalah .

Sekarang apa sudah jadi, takkan jual komputer murah-murah kat embi plaza kot, atau juak-juak UMNO di DUN Sg. Panjang sudah mengagih-agihkan di kalangan mereka. Ingat....jangan harap guru-guru agama akan menyokong UMNO dalam pilihanraya akan datang.


Anak Jebat





Lim Kit Siang

12 Proposals for a First-World Parliament in Malaysia

In 2004, I had made 12 proposals for parliamentary reform and modernization for Malaysia to have a “First World Parliament” not only in infrastructure, but mindset, culture, practices and performance.

These 12 proposals for First-World Parliament should be adopted as the parliamentary agenda of both the Barisan Nasional and the Opposition in the 12th Parliament when it convenes for its first meeting in May, viz:

- live telecast of parliamentary proceedings;

- daily two-hour question time;

- Prime Minister’s Question Time twice a week;

- Opposition MP heading the Public Accounts Committee (PAC);

- some 30 specialist Parliamentary Select Committees with a Select Committee for every Ministry;

- about ten general Parliamentary Select Committees to produce annual reports on progress, trends and recommendations on national integrity, IT, women’s agenda, environment, mass media, corruption, etc;

- allocation of certain days a week specifically to deal with Opposition business;
research and constituency staffing for MPs;

- an Opposition Deputy Speaker;

- modernization and democratization of Standing Orders;

- code of ethics for all MPs;

- Ministers’ Parliamentary code of conduct.

The political tsunami of March 8, 2008 general election is an unmistakable mandate and demand for far-reaching changes in Malaysia after 50 years of nation-building, including the creation of a vibrant, vigorous and truly representative First-World Parliament.

At the meeting of PKR, PAS and DAP leaders in Kuala Lumpur on Tuesday night, I had proposed that PKR President Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail be the Parliamentary Opposition Leader of the new Parliament until Datuk Seri Anwar Ibrahim regains his full civil liberties and is re-elected to Parliament, and the proposal was agreed by the leaders of the three parties.

DAP MPs and I will give full support to Azizah and the Minister in the Prime Minister’s Department, Datuk Seri Nazri Aziz who is now fully responsible for parliamentary affairs, to turn the Malaysian Parliament into a First-World Parliament – as it is better to be late than never.


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Senarai Exco Selangor & Kelantan

(Pimpinan BA, PAStikan Rakyat DAPat KeAdilan!)
(Rakyat, Teruskan Lonjakkan Minda!)

SIASAH

Exco Selangor PKR-4, DAP-3 dan PAS-3

SHAH ALAM, 21 Mac: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telah menyerahkan 10 nama, empat PKR, tiga DAP dan tiga PAS untuk dilantik sebagai Exco Selangor kepada Sultan Selangor.

Jumlah komposisi kaum pula adalah lima Melayu dan lima lagi bukan Melayu menjadikan komposisi dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor adalah enam Melayu dan lima bukan Melayu.

Dari lima bukan Melayu itu, sekurang-kurangnya satu dikatakan India iaitu dari PKR. Namun, calon DAP belum dapat dikenalpasti.

Dalam pilihan raya lalu, PKR memenangi 15 kerusi Dun, DAP 13 dan PAS lapan.

Dengan penyusunan ini bermakna tidak ada satu parti pun yang mempunyai majoriti dan masing-masing saling bergantung antara satu sama lain atau pemuafakatan jelas berlaku.

Siasah difahamkan sebelum ini, tiga wakil PAS yang dicalonkan adalah Datuk Dr Hassan Mohd Ali (Gombak Setia), Iskandar Samad (Cempaka) dan Dr Halimah Ali (Selat Klang).





husammusa.com
Senarai Exco Kerajaan Negeri Kelantan

Jawatankuasa Tanah, Perhutanan dan Sumber Asli
Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar


Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Pembangunan Tanah dan Wilayah
Dato' Ahmad Yaacob, Timbalan Menteri Besar


Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan
Dato' Husam Musa


Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat
Dato' Anuar Tan Abdullah


Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah
Mohd Amar Nik Abdullah


Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan
Dato' Takiyuddin Hassan


Jawatankuasa Perumahan, Kerjaraya, Utiliti dan Alam Sekitar
Mejar (B) Md. Anizam Abd Rahman


Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO
Abdul Fattah Mahmood


Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi
Dr. Mohd Fadhli Dato' Hassan


Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Bioteknologi
Che Abdullah Mat Nawi


Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan
Wan Ubaidah Omar


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Habuan awal pengundi S'ngor 31 Mac? / Rumours prove unfounded

(Pimpinan BA, PAStikan Rakyat DAPat KeAdilan!)
(Rakyat, Teruskan Lonjakkan Minda!)

Malaysiakini
Habuan awal pengundi S'ngor 31 Mac?
Mar 19, 08 4:13pm
Bayaran pertama janji-janji kerajaan baru Selangor akan dibuat pada 31 Mac ini, demikian menurut borang-borang yang disebarkan di negeri itu selepas ia jatuh ke tangan pembangkang.

Borang tuntutan bayaran itu dilampirkan bersama manifesto peringkat negeri pakatan PKR-PAS.

Manifesto negeri itu, antaranya, berjanji memberi bantuan RM75 sebulan kepada anak yang dihantar ke pusat asuhan kanak-kanak, RM50 sebuah setiap orang untuk pendidikan prasekolah, membuka tabung permulaan RM100 bagi anak kelahiran Selangor, dan hadiah R1,000 kepada anak negeri yang berjaya menyambung pelajaran ke universiti.

Seseorang yang telah memuatkan butiran lengkap peribadi, termasuk nama isteri dan jumlah tanggungan, seperti dikehendaki di borang tersebut diminta "hantar kepada ketua (parti) Keadilan/PAS cawangan yang berdekatan."

"Pembayaran pertama pada 31 Mac ini," keterangan di borang fotokopi berlogokan PKR dan PAS dipetik.

Borang itu juga mencatatkan, "pembayaran akan dibuat di Pejabat Daerah atau wakil di setiap cawangan-cawangan parti"

Bagaimanapun borang tuntutan itu bukannya rasmi dan, satu sumber PKR memberitahu Malaysiakini, disebarkan secara palsu oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Walaupun salinan manifesto PKR-PAS itu benar, sumber itu percaya borang tuntutan ini disebarkan oleh penyokong-penyokong Umno kerana tiada langkah baru diambil setakat ini oleh kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Semalam, Persatuan Anak-anak Kelantan di Perantauan (Perakan) menafikan pihaknya menganjurkan ceramah di Stadium Shah Alam seperti tersebar meluas melalui mesej SMS.

SMS itu menyatakan ceramah tersebut dihadiri Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat minggu depan, lapor Harakahdaily. net.

Presiden Perakan, Che Ariffin Che Mahmud berkata, organisasinya tidak terlibat dalam penganjuran sebarang program pada 27 Mac ini.

Beliau dilaporkan berkata SMS palsu itu sudah tersebar di Selangor dan Kuala Lumpur sejak beberapa hari lalu.

PAS Perak menafikan terlibat dalam penyebaran risalah yang mendakwa ia akan menegakkan negara Islam di negeri itu dan memperkenalkan beberapa dasar seperti dilaksanakan di Kelantan.

Risalah itu yang menggunakan nama dan logo PAS, antaranya, mendakwa kerajaan negeri yang diketuai wakil PAS Ir Mohamad Nizar Jamaluddin akan menutup pusat hiburan dan judi. .

Ia juga mendakwa PAS akan memperkenalkan undang-undang Hudud apabila situasi politik sudah stabil.

Ketua penerangan PAS negeri, Misbahul Munir, dilaporkan telah membuat laporan polis Ahad lalu.






anilnetto.com

Rumours prove unfounded as day passes peacefully in Penang

Start of the Maulud Nabi procession outside Kapitan Keling Mosque
women and children procession
Women and children in colourful attire participated
Police didn’t expect any trouble but kept a watchful eye
I thought I would head to George Town to see what was going on during the Maulud Nabi celebration today. Arrived near the Kapitan Keling mosque and saw a small crowd there.

The usual colourful procession started at around 5.00pm. Delegations from various parts of Penang participated, each led by a standard bearer carrying a banner indicating the name of the group and its location. The rhythmic, thumping beat of a kompang group livened up the proceedings.

Police had taken up positions. I saw four police jeeps with Light Strike Force personnel in addition to a couple of civil defence vans plus the usual traffic police. Plainclothes police were also around. They appeared relaxed, as if they were not expecting any problems - just keeping a close eye.

I chatted with a friendly police officer and he told me the earlier rumours were unfounded, but the police were there to keep the peace “just in case”. He said there had been no real incident after the election; the real test was during polling night but that passed without anything untoward happening.

As for the demonstration last Friday, he reckoned there were about 400 in the actual demonstration; the rest were largely curious onlookers.

Most people, he felt, had accepted the election results, and he didn’t expect any major problems.


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Lagi wakil BN keluar parti? / Rafidah Perdana Menteri?

(Pimpinan BA, PAStikan Rakyat DAPat KeAdilan!)
(Rakyat, Teruskan Lonjakkan Minda!)

Malaysiakini
Lagi wakil BN keluar parti?
Mar 21, 08 2:08pm
kemaskini 8:20pm Selepas tersebar berita ahli parlimen Serian kecewa kerana tidak tersenarai dalam barisan kabinet dan mungkin menyertai pembangkang, kini ahli parlimen Mas Gading, kedua-duanya di Sarawak, pula diura-urakan berada dalam nasib yang sama.

Datuk Dr Tiki Lafe, dari Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), tidak dilantik semula menganggotai kabinet seperti diumumkan Selasa.

Bekas timbalan menteri kemajuan luar bandar dan wilayah itu kini bercuti dan enggan mengesahkan atau menafikan laporan beliau bakal meninggalkan BN.

Beliau dipandang tinggi dan berpengaruh luas apabila berjaya menang di lubuk pembangkang itu dengan menewaskan Dr Patau Rubis, seorang lagi ahli politik berpengaruh, pada 1999 dan 2004.

Sementara itu, seorang pengarang kanan akhbar harian memberitahu Malaysiakini hari ini, ada arahan agar tidak menyiarkan laporan atau kenyataan Tiki kerana ia boleh menggoncang kestabilan politik negeri itu.

Pengerusi BN negeri Tan Sri Abdul Taib Mahmud dikhabarkan "sangat tidak gembira" dengan perkembangan terbaru itu.

Sumber itu juga menyebut Tiki masih di Kuala Lumpur dan akan bertolak ke luar negara.

richard riot supp bn 200308Semalam ahli parlimen Serian, Richard Riot, dilaporkan telah keluar daripada Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), parti komponen BN, bersama ramai ahli parti itu dari kawasannya selepas beliau tidak dilantik sebagai timbalan menteri.

Presiden SUPP Tan Sri Dr George Chan Hong Nam bagaimanapun menafikannya dengan menyatakan parti itu belum menerima surat Richard.

Sebelum itu Malaysiakini melaporkan, memetik satu sumber dekat dengan Richard, wakil Serian telah menyerahkan surat keluar parti kepada Chan pada hari yang sama Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan barisan kabinetnya.

Chan kemudian dilaporkan menghantar setiausaha agungnya Sim Kheng Hui pergi memujuk Richard tetapi gagal menemuinya, kata sumber itu.

Hari ini Chan dilaporkan berkata Richard gagal dihubungi dan sehingga kini ahli parlimen itu sendiri belum membuat kenyataan.

Dalam perkembangan berkaitan, Richard hari ini dikatakan tidak jadi melepaskan jawatan.

Dalam satu kenyataan terkini, SUPP berkata ahli parlimen itu telah menghubungi Chan dan melahirkan rasa kesal berhubung laporan akhbar yang menyatakan beliau telah meninggalkan parti itu.

Kenyataan itu dikeluarkan ketua publisiti parti itu Alfred Yap.

Richard sendiri masih berdiam diri. Beberapa percubaan Malaysiakini menghubunginya gagal.

anwar ibrahimSementara itu, penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui berbincang dengan wakil-wakil BN di Semenanjung termasuk Perak, bukan hanya dari Sabah dan Sarawak, berhubung kemungkinan perpindahan mereka kepada parti-parti pembangkang.

Menurut satu laporan, Anwar berkata bukan tradisi partinya membeli wakil-wakil rakyat tetapi "ia menjadi amalan Umno dan BN".

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan hormat ke pejabat Menteri Besar Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini.

Turut hadir, lapor laman web New Straits Times, presiden parti Dr Wan Azizah Wan Ismail dan naib presidennya Dr Lee Boon Chye. Berita asal





Cetusan Hati
Wanita UMNO bersekali dengan Wanita Besinya, Rafidah 'kecundang'. Mereka balik menjaga cucu dan menghayun buaian bila tak disenarai dalam Kabinet baru Abdullah.


Kecuali Rafidah bangkit.


Mana baik Rafidah gugur dari Kabinet atau Abdullah digantikan oleh Rafidah sebagai PM?


Kerja berkesan, Rafidah bila-bila masa lebih baik dari Abdullah. Kalau begitu, mengapa tidak Abdullah yang gugur dan Rafidah menggantikan beliau?


Jaga cucu bukan kerja Rafidah. Kalau dah nak jaga cucu, Wanita UMNO usah berketuakan Rafidah.


Apa punca Rafidah digugurkan selepas dipilih bertanding dan menang? Imejnya buruk? Mana buruk Rafidah berbanding Mat Taib?


Atau kerana Rafidah tulis surat 16 muka pada Abdullah selepas kekalahan BN?


Apa kandungan surat itu?


Sekurang-kurang, Wanita UMNO kena baca dan tau kandungan surat Ketua mereka pada Presiden parti.


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

10 Sebab Deris Mesti Kekal MB / adakan semula pilihan raya di Terengganu

(Pimpinan BA, PAStikan Rakyat DAPat KeAdilan!)
(Rakyat, Teruskan Lonjakkan Minda!)

amdang81
10 Sebab Kenapa Deris Mesti Kekal Sebagai MB
Bismillahirrahmanir rahim.. Assalamualaikum wbt...

Perlu ke tukar MB Terengganu? Pada aku Deris Jusoh sudah cukup baik dan penuh dedikasi dalam melaksanakan tugasnya sebagai MB sepenggal yang lalu. Bukan mudah nak jumpa MB yang berkarisma dan baik sebegitu. Rakyat Terengganu sepatutnya bersyukur kerana punya MB seperti Deris. Aku kira Deris sewajarnya dikekalkan menjadi MB. Mungkin 10 sebab ini perlu direnungi bersama bagi mengekalkan Deris sebagai MB Terengganu bagi penggal kedua.

1. Untung rakyat Terengganu mendapat MB seberani Deris. Berani sungguh Deris ini sehinggakan dia sanggup merobohkan rumah Allah. Berani sungguh Deris. Jika Deris tidak lagi menjadi MB dikhuatiri penggantinya cuba berlagak berani merobohkan rumah Allah yang lain. Cukuplah seorang MB Terengganu yang merobohkan rumah Allah. Kekalkan Deris yang berani ini.

2. Tidak pernah sebelum ini Terengganu mendapat MB yang sungguh bijak. Bijaknya Deris kerana cuba memperdaya Sultan dalam Program Khatam Al-Quran. Dikatakan 2010 kanak-kanak khatam Quran, namun sebenarnya mereka itu hanya tahu mengenal huruf dan baris sahaja. Bijaknya Deris dalam bab menipu.

3. Deris ini baik orangnya. Lihatlah Patrick Lim yang tiada sedara mara di Terengganu dilayan dengan cukup baik. Cuma kebaikan Deris tidak melimpah kepada rakyat Terengganu. Kesannya rakyat Terengganu jatuh paling miskin di negeri Semenanjung Malaysia ini. Baik Deris ini diumpamakan kera (bukan Khairy! jika dibaca dengan Khairy, aku tidak bertanggungjawab) di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Baiknya Deris.

4. Deris Jusoh ni alim orangnya. Jika tidak masakan dia sanggup berhabis duit membina Masjid Kristal yang indah itu. Bukan dia tidak sedar di Pulau Wan Man itu tiada penduduk. Cuma kerana terlampau alim, dia cuba memastikan jin-jin yang berkampung di Pulau Wan Man itu turut solat berjemaah. Masalahnya jin disuruh solat di masjid, tetapi rakyat dihidang dengan hiburan dan maksiat yang melalaikan dan merosakkan. Alimnya Deris mengikut pandangan jin.

5. Deris Jusoh orangnya berstrategi. Lihatlah bagaimana Monsoon Cup berjaya memberi pulangan kepada nelayan di Musin Tengkujuh. Hasilnya si nelayan Patrick Lim berjaya mendapat RM 300 juta setahun. Itulah hikmahnya bila MB berstrategi dipilih. BN menang, Patrick Lim senang. Banyak la engkau punya strategi Deris oooii.

6. Deris ini mulia orangnya. Tanah yang dibahagikan di zaman PAS, dirampas dan diroboh rumah yang ada. Rakyat yang sedia susah disusahkan berganda-ganda jadinya. Di negeri lain, setinggan yang menumpang tanah kerajaan biasanya menjadi mangsa, tapi di sini tanah yang sudah hampir menjadi hak rakyat pun dinafikan lagi. Mulianya Deris kepada rakyat.

7. Syukurnya dengan pemerintahan Deris. Peluang pekerjaan berganda-ganda banyaknya sehingga tiada langsung pengangguran di Terengganu. Melimpah-limpah warga Bangladesh, Indonesia dan Myanmar datang memenuhi Terengganu. Stesyen minyak, Mydin Mall dan Giant sukar sekali mahu dicari pekerja Terengganu. Hatta Pulau Wan Man pun buruhnya bukan orang Terengganu. Alhamdulillah banyaknya peluang kerja.

8. Deris Jusoh MB yang prihatin. Semua pekerja pun dia sayang. Jika tidak masakan dia sanggup pasang CCTV nak jaga pegawainya. Nak menguap pun terasa macam bersalah. Kesian pegawai kerana terlebih prihatin oleh Deris. Begitu juga waktu minum pagi. Dulu jika mengantuk boleh ke cafe sambil bersenam urat kaki. Kini kacau aje kopi kat pantry. TERs dan RICE dua term yang cukup buat pegawai terasa tiada keseronokan dalam bekerja. Macam si pesalah dalam penjara sahaja. Deris memang MB yang prihatin.

9. Deris ini setiakawan orangnya. Setiap keputusan mesti adil dan saksama. Jarang ada kawan-kawan yang terluka dengan sifatnya. Begitu juga dengan pembahagian projek-projek utama. Projek itu untuk kawannya si A, projek ini untuk kawannya si B. Dalam diam-diam dia juga tidak lupa dapatkan tender untuk JE syarikatnya. Baguslah jika kekal MB begini. Rakyat yang mahu bersaing dengan sihat selalu jadi mangsa. Agaknya sebab itu DEB perlu dikekalkan supaya pemimpin besar kekal kenyang. Kekalkan pemimpin sebegini.

10. Eloklah Deris kekal MB. Keturunan dia bukan sebarangan. Terkenal kawan dan juga lawan. Kaki samseng dan kaki pukul orang. Patah kaki patah lengan la siapa yang cuba menghalang. Polis itu pun umpama kawan. Jika tidak masakan selamba je diorang tembak orang awam. Jika pemerintah gedebe (samseng), pak turut kena turut sama tunjukkan gedebenya. Kekalkanlah Deris untuk keamanan Terengganu. Hanya yang gedebe sahaja yang mampu menjaga keamanan. Hidup Deris!!





Kemelut berlarutan, Perantau cadang adakan semula pilihan raya di Terengganu
Intan Abdullah
Fri | Mar 21, 08 | 4:47:03 pm MYT
KUALA LUMPUR, 21 Mac (Hrkh) - Ikatan Anak-Anak Terengganu di Perantauan (Perantau) mencadangkan satu pilihan raya baru yang bersih, adil dan telus dapat diadakan segera dalam tempoh 60 hari dari tarikh keputusan pilihan raya yang lalu, supaya sebuah kerajaan negeri baru dapat diterima semua demi kepentingan rakyat.

Menurut Setiausahanya, Suhaimie Embong jika kemelut perlantikan Menteri Besar Terengganu yang baru tidak berjaya diselesaikan, Perantau menggesa supaya diadakan semula pilihan raya bagi memuktamadkan keputusan sebenar yang lebih diyakini semua.

"Ia adalah suatu cadangan untuk memulihkan kembali suasana politik di Terengganu, kerana ia adalah satu-satunya negeri yang masih belum mempunyai Menteri Besar.

"Ini amat memalukan dan kami sangat kesal dengan keadaan sekarang ini akibat pergolakan dalaman politik di Terengganu," ujarnya dalam satu kenyataan yang dihantar kepada Harakahdaily.

Dalam pada itu ujarnya, Perantau menaruh harapan yang tinggi kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Pengerusi BN agar mengutamakan kepentingan rakyat Terengganu dengan menamakan calon Menteri Besar baru yang dapat diterima oleh Sultan Terengganu demi memelihara martabat dan kedaulatan kesultanan Negeri sebagai payung kepada rakyat bernaung.

Menyentuh mengenai isu tersebut yang turut mendapat campur tangan daripada peguam negara, Suhaimi menegaskan tindakan tersebut adalah wajar serta menggambarkan sikap sebenar beliau yang tidak menghormati penasihat undang-undang negeri itu.

"Kami kesal dengan kenyataan Peguam Negara, Dato� Abdul Gani Patail yang mencampuri urusan negeri Terengganu dengan mengatakan bahawa Yang Dipertuan Agong tidak berhak campor tangan dalam urusan perlantikan Menteri Besar," katanya.

Hal tersebut adalah kerana Perantau yakin pihak istana telah menjalankan tanggungjawab mereka sebagaimana yang diperuntukkan di bawah undang-undang tubuh negeri Terengganu dan semua pihak hendaklah akur peruntukan kuasa yang diberikan.

Sementara itu, beliau turut menyatakan bahawa pengalaman pergolakan politik yang berlaku di Perlis dan Perak selepas pilihanraya umum ke-12 baru-baru ini adalah pengajaran kepada semua pihak bahawa institusi kesultanan kekal relevan sebagai formula kepada penyelesaian kekalutan politik yang berlaku di setiap negeri. - mns


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

TENGKU RAZALEIGH - JASA PUTERA RAJA YG DILUPAKAN!

"baja wang" bajawang@yahoo.com

PERHATIAN: Untuk tatapan generasi muda supaya menghormati pemimpin yang telah berjasa, bukan dengan cara menghina dan mencaci mereka kerana kebanyakan dari kita yg buta sejarah!

JASA-JASA TENGKU RAZALEIGH YG DILUPAKAN.............

Jasa-jasa beliau sengaja dikuburkan olehorang-orang tertentu yang mempunyai kepentingan dan manusia yang gilakan kuasa. Kini Ku Li hanyadikenali sebagai org yang suka mencabar Presiden atau dgn kata lainyang mempunyai semangat Hang Jebat..sedangkan jasa-jasanya tidak depedulikan!

  • 1937: Dilahirkan pada 13 April.
  • 1959 (umur 22): Mendapat Ijazah Sarjana Muda dari Queen's University, Ireland.
  • 1962 (umur 25): Menjadi ahli UMNO dan dilantik menjadi Ketua UMNO Bahagian Ulu Kelantan.
  • 1963 (umur 26): Dilantik sebagai Setiausaha Perhubungan UMNO Kelantan dan Majlis Tertinggi UMNO.
  • 1967 (umur 30):Menjadi Ketua Perhubungan UMNO negeri Kelantan.
  • 1969 (umur 32): Bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri menentang Dato Asri Muda dan menjadi Ahli Parlimen.
  • 1972 (umur 35): Mendapat gelaran "Tan Sri".
  • 1974(umur37): (1) Bertanding kerusi Parlimen; (2) Menjadi Naib PresidenUMNO pada Julai setelah kematian Tun Dr Ismail Abdul Rahman dan mengekalkan jawatan selama tiga penggal berturut-turut sehingga 1978.
  • 1976 (umur 39): Dilantik sebagai Menteri Kewangan pada 5 Mac.
  • 1984 (umur 47): Dilantik sebagai Menteri Perdagangan dan Perindustrian dalam rombakan kabinet pada bulan Julai.
  • 1987(umur50): (1) Mencabar regu Dr Mahathir dan Ghafar Baba bersama denganDatoMusa Hitam dalam pemilihan parti sebagai Presiden dan Naib Presiden parti UMNO dan ditewas 43 undi di tangan Dr Mahathir pada 24April; (2)Menubuhkan Parti Semangat 46 bersama dengan Dato Rais Yatim;(3) Gagal dalam Pilihan Raya Umum untuk membentuk kerajaan.
  • 1996 (umur 59): Menyertai UMNO semula selepas pembubaran Semangat 46.
  • 2008 (umur 71): Memenangi Parlimen Gua Musang. Merupakan ahli parlimen paling lama sejak 1974 iaitu selama 34 tahun!
  • Cik Puan Noor Abdullah merupakan isteri Tengku Razaleigh.

-Bekas Menteri Kewangan

-Bekas Menteri Perdagangan dan Industri Antarabangsa

-Bekas Pengasas dan Pengerusi Bank Bumiputra

-Bekas Pengasas dan Pengerusi PETRONAS

-Bekas Pengasas dan Pengerusi PERNAS

-Bekas Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia

-Pengasas dan Presiden Dewan Perniagaan Asean

-Pernah menjawat jawatan dalam tiga institusi KewanganAntarabangsa serentak. Iaitu Bank Pembangunan Asia, Bank Pembangunan Islam dan Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa. Satu pencapaian yg unit oleh seorang anak Melayu






-Merupakan pengasas kepada PETRONAS. Ku Li mengguna pakai kaedah PERTAMINA-syarikat petrolium Indonesia akhirnya dimaktubkan sbg Akta Petrolium Negara pada sidang Parlimen 1974. Ku Li berjaya mengambil resipi PERTAMINA hasil hubungan rapat dengan Presiden PERTAMINA,General IbnuSotowo yang jauh berusia daripada Ku Li. Ibnu Sotowobegitu kagum dengan kebijaksanaan Ku Li biarpun dengan usia sebegitu muda, tetapi memiliki cita-cita besar sedangkan Malaysia hanya sekadar memiliki 'setitik'hasil minyak berbanding Indonesia.Hari ini jika dibandingkan dengan Indonesia PETRONAS cukup tersohor dalam pencairan minyak di lebih 50negara. Seawalnya Sotowo tidak yakin dengan Ku Li kerana untuk membina sebuah syarikat Petrolium bukan kerja mudah, apatah lagi ketika itu rantau ASEAN masih tidak memiliki kepakaran dan ilmu tentang cari gali minyak. Pertemuan kali ke 2 Sotowo pelik dan merasa yakin dengan pandangan jauh Ku Li dalam mengkaltuskan PETRONAS. Hari ini PETRONAS sudah berusia 30tahun dan sudah mampu terbang tinggi untuk bersaing dgn syarikat gergasi minyak dari Amerika, England dan Belanda.
(hari ini kebanyakkan kita berbangga dgn PETRONAS yg terkenal di seluruh dunia dan setiap hari kita mengisi minyak kenderaan menggunakan minyak PETRONAS sayangnya ada dikalangan kita tidak tahu siapa yang mengasaskannya maka jdlah kita seperti orang Singapura yang makan nasi setiap hari tetapi tidak mengetahui dr mana dtgnya beras!)


-Merupakan orang Malaysia pertama menemui Perdana Menteri China dan arkitek terhadap merintisnya Persahabatan Malaysia-China 1974 yang membawa kejatuhan Parti Komunis Malaya.

-Semasa Tengku Razaleigh memimpin Bank Bumiputera, beliau telah menjemput Wong Am Pui dan Dato Khoo Kay Peng melatih kakitangan Melayu agar mahir dalam pengurusan bank. Pada waktu itu adalah sukar untuk mencari anak melayu yang tahu selok-belok menguruskan sebuah bank,pastinya ia memerlukan masa. Ternyata hr inianak Melayu bukan sahaja mampu menguruskan bank malah sudah mampu memiliki bank seperti TanSri Azman Hashim, Tan Sri Rashid Hussin dan lain-lain.





-menjadi Menteri Kewangan paling lama iaitu dari tahun 5 Mac 1976- Julai 1984 dan setiap tahun membentangkan belanjawan negara di Parlimen melalui siaran secara langsung oleh RTM.Ketika itu, perkembangan ekonomi negara berkembang 6-8 peratus setahun.




-Tapak bangunan PWTC asalnya adalah milik Ku Li, tetapi demi untuk melihat bangunan UMNO tersegam indah dan gagah ditengah-tengah pusat bandaraya Kuala Lumpur, Ku Li sanggup serahkan pada UMNO.Inilah nasib orang yg berjasa tetapi tekubur dijalanan!


--- On Fri, 3/21/08, Kadet Pencen wrote:
From: Kadet Pencen
Subject: Mahathir restu, Wanita tentang / Demokrasi telah berkubur dalam Umno
To: harakahdaily@yahoogroups.com
Date: Friday, March 21, 2008, 3:20 PM

(Pimpinan BA, PAStikan Rakyat DAPat KeAdilan!)
(Rakyat, Teruskan Lonjakkan Minda!)

Kelantankini

Mahathir restu Ku Li, Wanita Umno tentang

4.15pm | 21 Mac
KOTA BHARU: Ketua Umno Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, yang berniat mencabar Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dikatakan mendapat sokongan penuh daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Jika benar, gabungan dua tokoh berkenaan dipercayai akan membawa impak besar terhadap cabaran Tengku Razaleigh untuk merebut jawatan tertinggi parti itu.

Ada laporan menyebut Ku Li bertemu dengan Mahathir sebelum mengisytiharkan keinginan beliau kepada pihak media kelmarin.

Desas-desus pertemuan dua tokoh Umno itu yang pernah bersaing sehingga mendorong pengharaman parti itu pada 1988, mula disebarkan melalui blog politik semalam.

Ku Li turut menyindir pihak yang beranggapan pertandingan jawatan akan menyebabkan perpecahan dengan berkata, “Ini demokrasi dan jika tidak, lebih baik kita tukar kepada presiden seumur hidup dan berkuasalah sampai bila-bila”.

Sementara itu, Pergerakan Wanita Umno tidak bersetuju dengan langkah Tengku Razaleigh Hamzah memanggil mesyuarat luar biasa dan juga hasratnya mencabar Presiden Umno.

Ketua pergerakan itu, Dato’ Seri Rafidah Aziz berkata masanya tidak sesuai untuk dua langkah itu memandangkan Umno dan BN kini kehilangan lima negeri selepas pilihan raya umum awal bulan ini.

Rafidah menambah, walaupun beliau menghormati bekas Naib Presiden Umno itu tetapi sekarang “bukan masa satu, dua atau tiga orang menonjolkan diri.”

“Kita dalam satu pasukan,” katanya.





Roslan SMS Corner

Demokrasi telah berkubur dalam Umno

Antara langkah pertama yang dilakukan oleh Ketua Umno bahagian Gua Musang, sejurus selepas keputusan resmi PRU ke 12 diumumkan adalah mengutus surat kepada semua Ketua-ketua Umno bahagian agar diadakan EGM diperingkat masing-masing dan kemudiannya diusulkan ke peringkat kebangsaan agar membincangkan kekalahan besar Umno dan BN dalam PRU ke 12 lalu.

Tengku Razaleigh turut mengumumkan bahawa beliau menawarkan diri untuk bertanding jawatan Presiden Umno dalam Perhimpunan parti itu tahun ini bagi memulihkan Umno ekoran "setback" PRU ke 12 baru-baru ini.

Masih adakah demokrasi dalam Umno?

Belum pun sempat bahagian-bahagian mempertimbangkan permohonan EGM Ku Li, kini sudah bangkit suara-suara mengecam dan mengkritik inisiatif anak raja Kelantan itu. Seolah Umno dan BN tidak mengalami apa-apa kecederaan, seolah semuanya biasa sahaja. Kata Ku Li dalam akhbar The Star hari ini:

We have lost five states and the 2/3 majority in Parliament. If this is not serious I do not know what is. We can deny it and leave our future to fate.

Kita telah hilang lima negeri dan 2/3 majoriti di Parlimen. Jika ini tidak serius saya tidak tahu apa lagi. Kita boleh menidakkannya dan serah segala-galanya kepada takdir.

Begitulah budaya dalam Umno. Walaupun teruk luka dan tercedera namun mereka anggap yang mereka masih gagah perkasa lagi. Sesiapa sahaja yang cerdik cuba menegur dan berkata benar akan diserang dan dimomokkan. Dan kini turut diserang adalah tawaran Ku Li untuk merebut jawatan Presiden. Kononnya Umno akan retak dan pecah, dalam suasana sebegini sepatutnya ahli-ahli Umno bersatu.

Kata Ku Li, jika demikian sepatutnya dihapuskan sahaja pertandingan dalam parti. Umno sepatutnya melantik sahaja seorang Presiden "Seumur Hidup" dan kemudian berdoa semoga tidak ada apa-apa bakal berlaku kepada Presiden tadi!

Akhbar-akhbar Utusan dan Berita Harian kini punya tugas baru: serang Ku Li. Mudah-mudahan perkembangan ini akan membuka mata ahli-ahli dan penyokong Umno yang lain. Jika sudah begitulah Umno, maka lebih baik masing-masing membawa diri dan berhijrah ke wadah yang lebih praktikal dan efektif. Tinggalkanlah Umno, PAS dan PKR saya pasti menunggu anda semua dengan tangan yang terbuka.

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

KHIR TOYO : Penyapu Yang Kembali Kepadanya

"r r" alternatif2007@yahoo.com

Tarikh : Thursday, March 20 @ 08:26:24 MYT
Topik : Analisis Isu


a
Jika dulu beliau mencipta sejarah dengan Menjadi Menteri Besar(MB) termuda di Malaysia pada umur 35 tahun maka pada hari ini pula beliau menjadi MB pertama bagi Umno di sebuah negeri yang tewas kepada BA untuk mengundur diri serta melepaskan jawatan sebagai Ketua Perhubungan Umno Negeri dan BN.Kejutan demi kejutan berlaku setiap hari. Inilah hukum alam, setiap yang di atas akan merasai hal yang di bawah ibarat putaran sebuah roda kehidupan.

Malu? Kecewa? Takut? semuanya bersarang difikiran Dato Seri Khir Toyo sekarang ini. Siapakah yang dapat meneka apa yang difikirkan oleh beliau sehingga mengambil leputusan drastik pada malam ini. Seorang tokoh muda Umno tersungkur jatuh tersembam mencecah bumi akibat pembalasan karma dek kealpaan dan kesombongan sifat diri yang dibuat-buat semasa beliau menerajui kepimpinan MB Selangor selama beberapa tahun.

Kenapa Khir Toyo melepaskan jawatan dalam parti? Adakah akibat tekanan pihak atasan? Atau memang rasa betul-betul bertanggungjawab terhadap prestasi merudum Umno/BN Selangor? Atau untuk menjauhkan diri dari segala masalah yang akan timbul dalam era kepimpinan BA? Inilah kejutan yang beliau mampu lakukan. Dulu beliau sebagai MB, siapa yang tidak mengenali beliau? Sekarang umpama pahlawan yang berpaling jauh menyelamatkan diri sendiri, ke manakah beliau akan pergi? Rakyat akan mengikuti walau ke mana hala tuju bekas MB Selangor ini.

Selepas menjadi MB Selangor atas pilihan Tun Dr.Mahathir lewat tahun 2000 dengan melangkaui beberapa senior Umno di Selangor, beliau yang juga merupakan Exco Pemuda Umno yang pertama dilantik menerajui sesebuah negeri menjadi MB, maka beliau berjanji akan menjadikan Selangor negeri maju pada 2005. Selepas memimpin pilihanraya pada 2004 dengan kejayaan cemerlang, maka PM ketika itu Pak Lah terus meminta belia menjawat jawatan MB untuk kali yang kedua, maka di situlah punca segala masalah dan menjadi detik-detik kejatuhan beliau sedikit demi sedikit.

Pertamanya, slogan PEMBANGKANG SIFAR yang diucapkan secara takbur dan angkuh untuk membuang mana-mana jasad pembangkang untuk bersuara di dalam DUN. Slogan yang bongkak ini menjadi mainan percakapan beliau setiap masa dengan berharap rakyat Selangor akan memejamkan mata, memekakkan telinga, menjadi bodoh, dan mengikut sahaja slogan angkuh beliau ini.Beliau ingin menjadikan negeri Selangor negeri yang maju tapi pada masa yang sama berharap rakyat Selangor menjadi dungu di dalam sebuah negeri yang maju. Hasilnya, undi rakyatlah, $mereka yang mendengar slogan inilah yang memberikan pengajaran kepada beliau supaya insaf dan tidak menongkah kesombongan didalam kehidupan beliau akan datang.

Keduanya, slogan PENYAPU yang telah mengguris hati banyak pegawai kerajaan bukan sahaja di negeri Selangor malah menular ke setiap benak hati pegawai kerajaan di seluruh negara. Anugerah penyapu yang beliau cipta sebagai penanda aras kecekapan bekerja Majlis Daerah Hulu Langat lari dari tujuan sebenar.Walaupun disokong oleh pelbagai pihak dalam kerajaan, ironinya slogan ini ditentang oleh rakyat. Maruah dan harga diri pegawai kerajaan diperlekehkan oleh MB? Jika kita tanya Yang DiPertua tersebut, adakah kita boleh menghadiahkan PENYAPU kepada Khir Toyo saat dan ketika ini, apakah jawapan beliau? Akhirnya pembalasan menjatuhkan maruah orang diterima beliau, semoga keinsafan menjelma dalam hidup beliau.

Ketiganya, dengan segala projek-projek yang dilaksanakan secara tertutup, maka sudah pastilah beliau menjadi tidak senang duduk. MB baru yang diketuai oleh Tan Sri Khalid bukanlah calang-calang pemimpin dalan sepak terajang kewangan dan ekonomi negara. Jika di siasat semua fail-fail tersebut sudah tentulah susah bagi beliau menjawab di dalam DUN kelak, maka jalan selamat ialah melepaskan jawatan sebagai Ketua Pembangkang walhal baru sahaja beberapa lalu beliau berkata akan menjadi pembangkang yang kuat di dalam DUN? Tengok, melayu Umno memang mudah lupa!

Sebenarnya banyak lagi hal sandiwara bekas MB Selangor ini, dari kes merobohkan surau di Bangi,menghalang ceramah dan kuliah ahli agama, menghalan jamaah berjamaah dengan mengunci surau, menghalang tazkirah pada malam bulan Ramadhan, kes dua imam, kes merobohkan penempatan setinggan dengan kezaliman di Ampang dan Pandan, merobohkan kuil Hindu di Shah Alam, kes penggondolan alam sekitar di sekitar Bukit Cherakah Shah Alam, dan pelbagai lagi skandal-skandal rasuah dan tender-tender yang tidak perlulah dinyatakan saat ini.

Saya juga mendapat satu kiriman sms yang antara lain bunyinya "Sesiapa yang menjumpai seorang rakyat Selangor, berambut kemas keputihan, muka licin, tinggi sederhana, berbadan tegap sambil memegang penyapu, sila laporkan kepada pihak Polis". Inilah mainan sms rakyat Selangor. Kenapa beliau dikata sebegitu?

Inilah pembalasan dari Allah swt. Semasa menjadi ketua janganlah kami angkuh, sombong, takkabur dan sebagainya. Ingatlah jawatan yang disandang adalah amanah. Namun beliau masih lagi ada sijil dan boleh membuka semul a klinik gigi beliau dulu, tetapi jika duit beliau boleh menampung hidup beliau shingga akhir hayat, hiduplah dengan aman damai. Doa orang yang dizalimi, rakyat yang tertindas, adalah sentiasa diperkenankan yang Esa.Selamat tinggal jawatan Ketua Pemuda Umno, Khir Toyo pergi buat selamnya. Salam Perjuangan.


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Anwar larang wakil rakyat PKR digelar YB

"Syed Mohamed" smsj44@gmail.com

Untuk maklumam semua ahli Keadilan:

Saya telah diberitahu, bahawasanya pada perjumpaan di rumah resmi MB
Selangor pada Isnin 17 Mac lalu, yang melibati ahli-ahli MPT dan semua wakil
rakyat PKR dari seluruh negara, DSAI telah mengeluarkan arahan berikut:-

1. Semua wakil rakyat Keadilan akan terus dipanggil oleh ahli Keadilan lain
dengan nama biasa mereka, iaitu tanpa gelaran YB di depannya. Ini kerana
gelaran YB akan mewujudkan satu tabir yang tak sepatutnya wujud diantara
kita yang dulunya sama-sama berjuang, sama-sama merasa keperitan ditindas,
diburu, disembur air asid, disembur gas pemedih mata, dsbgnya.
Oleh itu, semua AP dan ADUN PKR tidak dibenarkan digelar sebagai YB oleh
mana-mana warga PKR sendiri.

2. Semua wakil rakyat Keadilan tidak dibenarkan bertindak atau berperangai
angkuh kerana kemenangan mereka adalah sebenarnya di atas usaha, perjuangan,
dan pengorbanan oleh beribu-ribu ahli-ahli dan penyokong Keadilan semenjak
1999 lagi, dan tidaklah sangat atas kelebihan peribadi mereka sendiri.

Justeru itu, ADUN Kota Anggerik telah pun meminta warga PKR di kawasannya
memanggilnya dengan nama lamanya sahaja, tanpa YB di depan , iaitu Hj Yaakob
Sapari.

Wassalam
Syed Mohamed

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Fuziah Salleh : 'Sya seperti Ahli Parlimen kelas kedua'

"umar faruqi" faruqi03@yahoo.com

Posted on Friday, March 21 @ 07:48:21 MYT by SongkokPutih
Analisis Isu Oleh tutuhjang



" KUANTAN 20 Mac – Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mendakwa Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) mengamalkan dasar ‘tutup pintu’ apabila enggan bekerjasama dengannya dalam menangani masalah berkaitan penduduk bandar ini.



Fuziah yang juga Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Kuantan mendakwa, MPK juga tidak pernah menjemput beliau menghadiri sebarang mesyuarat agensi itu sejak memenangi kerusi Parlimen Kuantan pada Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac lalu.


‘‘Saya merasakan seperti menjadi Ahli Parlimen kelas kedua kerana seolah-olah diketepikan daripada sebarang aktiviti yang dijalankan MPK,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Menurut Fuziah, MPK tidak sewajarnya melakukan tindakan seumpama itu kerana beliau dipilih menjadi wakil rakyat melalui proses demokrasi yang sah.

‘‘Selain sebagai wakil rakyat, saya juga merupakan seorang penduduk Kuantan yang membayar cukai serta berhak terlibat dalam aktiviti yang dijalankan MPK,” tegasnya.

Jelasnya, MPK sebagai agensi yang mentadbir bandar ini seharusnya bersikap adil dan bebas daripada sebarang pengaruh politik.

Berikutan itu, Fuziah berkata, pihaknya akan mengadakan pusat khidmat bergerak bagi memudahkan orang ramai mengemukakan aduan kepadanya sebelum dikemukakan kepada MPK.

‘‘Bagi peringkat permulaan, kita akan membuka kaunter di pasar pagi di Kampung Jawa, Ahad ini supaya orang ramai dapat mengemukakan masalah mereka,” katanya.

Selain itu, Fuziah turut kesal apabila MPK membatalkan semula kelulusan yang diberikan pada 13 Mac lalu kepada PKR untuk mengadakan majlis kesyukuran di Padang Seri Kemunting di sini Sabtu ini.

‘‘Apa yang mengecewakan ialah PKR telah membayar deposit sebanyak RM200 untuk menggunakan padang itu kepada MPK pada 13 Mac lalu.

‘‘Bagaimanapun kelmarin, MPK mengeluarkan surat yang membatalkan kelulusan itu tanpa sebarang alasan dan menganggap resit pembayaran tersebut sebagai tidak sah,” katanya.

Sehubungan itu, tambahnya, lokasi program tersebut terpaksa diubah ke kawasan milik persendirian di Santiana Resort, Kampung Anak Air, Tanjung Lumpur pada tarikh yang sama


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Berita yg disembunyikan: UMNO sebenarnya yg bunuh DEB

"En.Kopi" kopi_panas2003@yahoo.com

DEB perlu ditamatkan utk ambil alih tanah rezab orang Melayu demi beri laluan kpd WPI- Musa Hitam


Musa: Brief Umno on why it has to give up NEP
By MEERA VIJAYAN

(STAR - FRIDAY MARCH 23, 2007): Umno should have a special briefing to explain to its members why it was time to give up the New Economic Policy (NEP) for the success of the Iskandar Development Region (IDR).

Iskandar Development Region Authority (IRDA) advisory council member Tun Musa Hitam who proposed this also volunteered to be one of the speakers at the briefing.

He said that there were already hundreds of Malays who had the capability to do business and on merit.

As someone who had been active in Umno for several decades, Musa said, he realised that there was a need to have a change in mindset to draw investors to the country.

“The briefing should explain what the IDR is, its implications to the country and to the Malays,” he said during a press conference at Danga Bay after the book launch of The Reluctant Politician: Tun Dr Ismail and His Time.

In the last few decades of the NEP, the country used to have an Ali Baba way of doing business where Ali would give his name and Baba would do all the work.

“As time went on, Ali and Baba became equal and Ali was able to deliver as much as Baba. Now, there are even Alis who are using the Babas not as sleeping partners but as equals,” he quipped.

Musa also said that foreign investors who came to the country were not interested in the NEP, cronyism or nepotism as their primary focus was on making money.

He suggested that instead of imposing conditional approvals, a more palatable method would be to provide potential foreign and local investors with a list of Malay entrepreneurs who were capable of doing business and leaving it the investors to decide.

Musa said that he had already asked for a computerised master list of all Malay entrepreneurs to be drawn up and the list would include their current grades as well as their past performance and track record which would be made available to any investor.

“The IDR is an opportunity to demonstrate that we have arrived and we are able to do this,” he said.

ps:/tahukah kita berapa keluasan WPI?? adakah seluas kawasan Bukit Cherakah? kawasan Bukit Cherakah tu kecik jer banding dgn WPI. kenapa Musa Hitam terpaksa sebut DEB mesti dihapuskan terlebih dulu supaya WPI berjalan lancar? tahukah kita berapa byk tanah rezab orang melayu di WPI??? itulah sebabnya.

tahukah kita bagaimana WPI nanti akan ditadbir? WPI ini konsepnya ialah 'negara dalam negara'. Pentadbir bagi 'negara dlm negara' ini kelak ialah Kerajaan Singapore. itu syarat utk Singapore melabur berbilion2 dollar di sana, kalau Krjn Singapore tak dpt hak itu mrk tak mahu nak invest, sebab ini penting utk mrk jaga kepentingan pelaburan berbilion dolar mrk di WPI. Meaning Kerajaan Singapore nak hak & kuasa utk mentadbir & membuat dasarnya sendiri di WPI. even mrk boleh bawak masuk pasukan keselamatan mrk ke WPI utk jaga kepentingan pelaburan mrk di sana. Siapakah orang penting yg facilitate & berhubung rapat dgn pegawai2 & investor2 dari Singapore utk menjayakan WPI? aku rasa korang dah tahu jawapannya sejak pembatalan jambatan bengkok lagi.


Fikir2kanla

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Kisah Kematian SUJATHA...(malaysia)

"Vijaya Kumar A/L Patmanathan" vijayakumar.p@my.panasonic.com


Parti Keadilan Rakyat (keADILan) akan mendedahkan sekurang-kurangnya
dua vcd yang melibatkan anak Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S.Samy
Vellu; S.Vellpari dan skandal diantara Shaila Nair (isteri kepada
Vellpari) bersama anak angkat Samy Vellu.

Pengumuman itu dibuat oleh Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT)
keADILan, S.Manikavasagam, selepas adik kepada mendiang Sujatha,
K.Ugendran memfailkan afidavit sivil saman terhadap ahli MPT tersebut.

Manikavasagam percaya tindakan Ugendran tersebut berpunca daripada
paksaan orang-orang tertentu di dalam Maika Holdings. Ugendran juga
seorang kakitangan di syarikat yang sama.

Saya percaya vcd tersebut dapat membuka mata orang ramai yang ingin
tahu kematian sebenar pelakon terkenal drama Tamil, K.Sujatha awal
Ogos lalu.

Adengan berahi menantu Samy Vellu

Menurut Manikavasagam, vcd pertama yang diterimanya memaparkan Shaila
Nair (isteri kepada Vellpari) yang sedang beraksi berahi dengan anak
angkat Samy Vellu yang juga Presiden kepada Kongres India Malaysia
(MIC).

Manikavasagam memberitahu bahawa satu salinan vcd tersebut telahpun
diserahkan kepada Ketua Polis Negara, Datuk Seri Musa Hassan bagi
membantu pihak polis menyiasat punca sebenar kematian Sujatha..

Beliau memberitahu bahawa Sujatha mengetahui hubungan sulit kedua-
duanya dan percaya cuba untuk mendapatkan wang ugutan daripada Samy
Vellu agar vcd tersebut tidak didedahkan.

Namun, Sujatha kemudiannya membuat salinan dan mengedarkan kepada
beberapa pihak yang akhirnya menimbulkan rasa marah kepada beberapa
individu.

Selain berlakon, Sujatha yang memiliki wajah yang cantik bekerja
sebagai pembantu peribadi kepada Vellpari di syarikat Maika Holdings.

Kronologi kematian Sujatha

VCD kedua ialah berkaitan dengan beberapa rakaman yang dibuat bermula
daripada Sujatha diisytiharkan mati.

VCD tersebut jelas menunjukkan mayat Sujatha yang mempunyai kesan
luka di badan, jelas bercanggah dengan afidavit yang dinyatakan oleh
Ugendran.

Berikutan daripada kematian misteri Sujatha, polis tidak membuat
sebarnag siasatan sehinggalah Manikavasagam membuat satu laporan
polis lain, sebulan selepas itu dan mendapat paparan media khususnya
media Tamil.

"Selepas tiga bulan, pihak polis masih lagi gagal memberi jawapan
kepada punca kematian sebenar Sujatha," terang Manikavasagam.

Daripada sumber yang diperolehi, Manikavasagam berkata Sujatha
mempunyai hubungan sulit dengan Vellpari sejak tujuh tahun yang lalu,
selain daripada hubungan kerja di Maika Holdings.

Manikavasagam memberitahu, kematian Sujatha dipercayai adalah suatu
yang dirancang oleh S.Vellpari.

"Berdasarkan kepada surat, dokumen, vcd, gambar dan keratan-keratan
akhbar yang dibekalkan, sebagai seorang yang prihatin kepada keluarga
mangsa yang teraniaya, saya mengambil risiko untuk mendedahkan
kematian Sujatha yang saya kira dirancang dan melibatkan beberapa
individu yang berpengaruh di negara ini," jelas Manikavasagam.

Manikavasagam yang memberitahu para wartawan dalam satu sidang media
hari ini bahawa beliau tidak gentar dengan ugutan yang dibuat oleh
adik kepada mendiang bahawa kematian mangsa sebenarnya berpunca
daripada kesilapan mangsa meminum racun paraquat yang disangkakan
ubat batuk.

"Kenyataan tersebut tidak boleh diterima kerana mangsa merupakan
seorang yang berpendidikan tinggi dan sudah tentu pandai membuat
perbandingan antara botol ubat batuk dan botol racun," kata
Manikavasagam.



*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

BBPM untuk selamatkan Umno

"Tegak Iman" tegakiman@yahoo.com

BBPM untuk selamatkan Umno
Saidah Hairan
Fri | Mar 21, 08 | 12:16:38 pm MYT
KUALA LUMPUR, 21 Mac (Hrkh) - Akibat kemerosotan sokongan orang Melayu terhadap politik Umno dalam keputusan pilihan raya, Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM) diwujudkan konon mahu menyatukan orang Melayu tanpa mengira fahaman politik demi menjaga kepentingan bangsa dan memelihara kesucian agama Islam.

Gabungan 25 pertubuhan dan badan amal Melayu/Islam itu diketuai Osman Abu Bakar berperanan sebagai orang tengah akan mengadakan perhimpunan Melayu dan Islam bersandarkan roh sambutan Maulidur Rasul di Kuala Lumpur atau Putrajaya.

Sehubungan itu, AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman menyanggah tindakan BBPM kerana gabungan itu diwujudkan hanya kerana mahu menjaga kepentingan dan menyelamatkan politik Umno semata-mata.

Katanya, isu perpecahan di kalangan orang Melayu tidak timbul hanya sebahagian daripada mereka sudah tidak menyokong perjuangan BN lagi.

"Kenapa mengatakan orang Melayu lemah sedangkan dalam pilihan raya mereka menyokong PAS dan KeADILan," tegasnya.

Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Johor melihat agenda BBPM itu sengaja dirancang oleh Umno di saat sokongan orang Melayu terhadap parti mereka semakin lemah.

"Jika Umno kembali kuat dengan mendapat sokongan daripada orang Melayu saya pasti dan yakin mereka tidak lagi bercakap soal perpaduan sebaliknya mereka akan terus mengajak orang Melayu menyokong Umno," katanya.

Beliau mempersoalkan daripada sudut apakah yang menyebabkan orang Melayu lemah sedangkan majoriti negeri ditadbir orang Melayu termasuk tiga PAS dan satu KeADILan.

Memang tidak relevan jika BBPM mengatakan orang Melayu lemah, jika alasan DEB selama diwujudkan memang tidak banyak membantu orang Melayu, tegasnya.

Mazlan menambah, jika isu DEB dijadikan alasan untuk mendakwa orang Melayu lemah, sudah tiba masanya satu dasar ekonomi orang Melayu diwujudkan dengan pendekatan yang lebih telus. - tajdid


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ke mana Ahli-Ahli Parlimen BN Sarawak menghilang?

"Tegak Iman" tegakiman@yahoo.com

Ke mana Ahli-Ahli Parlimen BN Sarawak menghilang?
KLpos.com
Fri | Mar 21, 08 | 10:28:31 am MYT
Ada sesiapa lapang? Boleh tolong semak jadual penerbangan MAS ke Australia dua hari terakhir ini? Dengar kata hampir separuh Ahli Parlimen Sarawak di bawa ke negeri Kanggaru untuk 'berehat' selepas pilihanraya.

Sumber KLpos.com memberitahu, kehilangan mengejut Ahli-ahli Parlimen dari Sarawak itu ada kaitan dengan berita bahawa mereka sedang bersiap sedia melakukan 'penyeberangan' dari Barisan Nasional ke Barisan Rakyat.

"Sebagai langkah berjaga-jaga Taib Mahmud (Ketua Menteri Sarawak) mengarahkan semua MP dikumpulkan setempat dan dibawa ke Australia," kata sumber terbabit.

Menurut beliau, tiga Ahli Parlimen BN yang dalam perjalanan ke rumah Ketua Umum KeADILan Datuk Seri Anwar Ibrahim dihalang sebelum tiba ke destinasi.

"Taib Mahmud (Ketua Menteri Sarawak) mengarahkan semua MP dikumpulkan setempat dan dibawa ke Australia," kata sumber

"Mereka boleh halang sekarang ini, namun kita ada perancangan lain, saya percaya Perdana Menteri baru akan diumumkan sebelum akhir tahun ini," kata sumber terbabit.

Ditanya apakah mereka dibayar untuk menyertai KeADILan, kata sumber terbabit. "Hendak bayar dengan apa? Mana kita ada duit, dan kalau ada bukti tunjukkan,"

Katanya, KeADILan tegas dengan keputusan tidak ada membayar untuk rundingan dengan MP BN, tetapi akan mempertimbangkan jawatan tertentu atas keberanian mereka.

Sementara itu, Utusan melaporkan pemimpin pembangkang menafikan dakwaan bahawa mereka cuba membeli wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dengan harga berjuta ringgit dan menyifatkannya sebagai satu khabar angin.

Mereka menjelaskan, parti pembangkang sendiri tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh untuk berbuat demikian berbanding BN.

"Saya berharap, mereka yang menyertai KeADILan perlu menghayati dan menerima prinsip perjuangan parti dengan hati terbuka," kata Azmin

Setiausaha Agung Pas, Datuk Kamarudin Jaafar berkata, beliau sendiri terkejut apabila diberitahu mengenai perkara itu.

Menurut beliau, cubaan membeli wakil rakyat BN oleh parti pembangkang tidak perlu kerana ia merupakan perbuatan yang tidak baik.

"Kalau betul wakil rakyat BN nak masuk parti pembangkang, biarlah ikhlas dan tidak perlu dijual beli. Itu bukan prinsip parti pembangkang kerana kami menghormati pemimpin-pemimpin yang berjaya.

"Seingat saya, sewaktu pilihan raya umum baru-baru ini, hanya calon BN sahaja yang cuba membeli calon pembangkang, " katanya.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Azmin Ali pula dengan tegasnya menafikan dakwaan berkenaan dan menyifatkannya sebagai satu pembohongan.

Beliau berkata, pihaknya tidak mempunyai niat membeli manamana wakil rakyat BN sebaliknya mengalu-alukan mereka menyertai parti pembangkang terutamanya, KeADILan.

Tambahnya, sehingga sekarang, beliau mendapati ramai ahli BN sendiri yang mahu menyertai KeADILan, malah, ia langsung tidak mempunyai unsur paksaan atau jual beli.

"Di Ibu Pejabat KeADILan sendiri, borang KeADILan sudah kehabisan dan kami merancang untuk mencetaknya semula. Turut menjadi kejutan ramai ahli BN yang mula menyertai KeADILan selepas pilihan raya umum lalu.

"Saya berharap, mereka yang menyertai KeADILan perlu menghayati dan menerima prinsip perjuangan parti dengan hati terbuka," ujarnya. - mr


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)