Saturday, January 26, 2008

Berita Video: Mansuh sahaja Artikel 10 / 54 Ditahan Polis,

JOM BERSIH!!! bersih.org/

Roslan SMS Corner
Mansuh sahaja Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan!

Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan menjamin bahawa setiap warganegara Malaysia berhak bersuara dan mengeluarkan pendapat disamping berhak berhimpun secara aman. Inilah asas atau tunjang sistem demokrasi yang kita amal dan pertahankan dalam negara kita selama ini. Sekiranya hak ini disekat, sekiranya hak ini dikenakan dengan pelbagai syarat dan peraturan kecil yang tidak munasabah, maka peruntukkan hak asasi yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan negara Malaysia yang Merdeka ini sekadar alat soleh untuk mencomelkan para rupa yang pada hakikatnya hodoh bagaikan jembalang.

Sebentar tadi Himpunan Aman PROTES telah digagalkan oleh kuasa yang ada pada pihak polis, kononnya bersandarkan pada perintah mahkamah yang diperolehi, yang melarang perhimpunan itu.

Berpuluh-puluh pimpinan NGO dan parti-parti politik yang cuba berhimpun untuk menjayakan program tersebut telah ditahan antaranya Sdr Muhammad Sabu, Sdr Tian Chua, Dr Hatta Ramli, Dr Badrul Amin, Sdr Arultchelvan, Dr Dzulkifli Ahmad dan ramai lagi.

Hakikatnya kos hidup dan harga barangan serta perkhidmatan telah meningkat dan menjejaskan kehidupan rakyat. Dan dengan kenaikkan harga minyak yang dijangka diumumkan tidak berapa lama lagi, kos hidup akan terus melambung dan menghimpit kehidupan rakyat. Atas dasar ini rakyat keluar menyatakan bantahan mereka, itupun salah? Itupun sudah tidak dibenarkan lagi? Mereka bukannya keluar dengan senjatapi atau besi, kayu dan parang. Mereka keluar dengan tangan kosong atas keyakinan hak mereka untuk bersuara dan berhimpun dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Pada saya kerajaan ini tidak bermaruah kerana telah memperkosa hak kepunyaan rakyat itu. Kalau beginilah kerajaan BN maka masukkan sahaja dalam manifesto mereka nanti bahawa kerajaan BN akan memansuhkan samasekali Artikel 10, bukankah lebih mudah dan terang.

Tahniah BN hari ini Artikel 10 telah berjaya kamu perkosa dan bunuh mati!

54 Ditahan Polis, Tangkapan Rawak Dan Tanpa Alasan

p1260035.jpg
Kuala Lumpur, 26 Jan - Sebanyak 54 orang yang cuba menyertai protes kenaikkan harga ditahan polis petang ini. Ratusan orang hadir di KLCC dan Stesen Ampang Park untuk memberi sokongan kepada

Polis memulai menangkap ahli-ahli Unit Amal Pas serta relawan dan aktivis yang lain sebelum pukul 3 petang secara rawak dan enggan memberi alasan munasabah. Wartawan juga dilaporkan ditangkap.

Dalam beberapa wabak tangkapan seterus itu, beberapa pemimpin KeADILan, Pas, PSM serta aktivis-aktivis ditahan.

Polis dan pihak berkuasa dilihat bertindak kasar terhadap orang ramai yang berkumpul di tempat protes.

Ratusan polis kelihatan berkumpul di sekitar KLCC dan stesen Ampang Park dari awal hari.
p1260010.jpg
Polis mendapat perintah mahkamah yang membenarkan mereka menahan individu-individu tertentu termasuk Tian Chua, Dr. Hatta Ramli, Mohd. Sabu dan Ooi Tze Min jika mereka muncul di persekitaran kawasan itu.

Pada waktu ini, di antara individu-individu yang disahkan ditahan polis termasuk:
1. Tian Chua
2. Dr. Hatta Ramli
3. Mohd. Sabu
4. Dr. Nasir Hashim
5. S. Arutchelvan
6. Dr. Dzulkifli Ahmad
7. Badrul Hisham
8. Jonson Chong
9. Badrul Amin
10. Ginie Lim
11. Syed Jamal (Wartawan Malaysiakini)



HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/



*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

Pembedahan Mantan Mufti Pulau Pinang

"Ahmad Sayuti Bin Bashiron" sayuti.bashiron@konsortium.biz

A'kum,
Just makluman, Dato' Syeikh Azmi, ex-Mufti Pulau Pinang, malam tadi (25- Jan-08) terpaksa menjalani operation membuang kaki kiri di Kg Bharu Medical Centre. Selamat pembedahan tapi keadaan fungsi badan, jantung+buah pinggang etc masih amat kritikal. Masa operation, both Anwar+WanAzizah tunggu time opt.
Do'akan.


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

DEMO protes BN, KAWE protes Khairy

DEMO protes BN, KAWE protes Khairy
Juga boleh dibaca di Blog Dewan Pemuda PAS Putrajaya
Nak Royat Oleh helangdeli

"DEMO Protes BN (barang naik)



�Demo PROTES Sampai Turun� Tempat : Hadapan Bangunan KLCC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur
Tarikh : 26 Januari 2008 (Sabtu)
Masa : 3 petang
�Jom datang beramai-ramai�

Dan berperanglah kamu sekalian di jalan Allah, dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Al-Baqarah : 244)

Nota: boleh saja bawa periuk nasi atau rice cooker dari rumah untuk menghidupkan lagi suasana dan menghantar mesej yang jelas kepada kerajaan bahawa mereka sedang merompak rezeki rakyat.


KAWE protes Khairy

Hari ini hari terakhir buat Khairy menjawab cabaran PAS Putrajaya. Kami sebenarnya mendoakan Khairy untuk tidak menyahut cabaran kami. Bukan setakat mengharap, bahkan kami tahu budak hingusan Khairy sememangnya tidak berani menyahut cabaran.

Ini kerana BN sebenarnya masih tidak bersedia untuk berpilihanraya walaupun kelihatan bilik-bilik gerakan mereka dihias dan dipasangkan bendera. Menurut maklumat dalaman, UMNO sebenarnya kali ini mempunyai kerangka kerja yang besar untuk memenagi pilihanraya kali ini walau dengan apa cara sekalipun. Jentera mereka sepatutnya sekarang ini mengikut time frame, sudah habis menjelajah setiap negeri. Jika anda perasan, mereka kali ini terpaksa membuat roadshow sekali lagi dan Pak Lah sendiri terpaksa turun padang bertemu akar umbi.



Malah Pak Lah sudah 2,3 kali merayu menyeru untuk diberikan peluang sekali lagi untuk memerintah. Nada suara yang sangat berbeza ketika dia mengugut rakyat untuk jangan mencabarnya. Kali ini, Pak Lah yang sama jugalah merayu rakyat Malaysia untuk terus memilihnya UMNO-BN.

Belum selesai satu-satu isu, timbul pula isu lain. Pak Lah juga sebenarnya tidak popular di kalangan ahli UMNO. Khairylah punca utama mengapa Pak Lah hilang penguasaan. Ahli UMNO sendiri banyak yang tidak sukakan Khairy. Hal ini umum telah diketahui.

Kerana itulah kami mencabar Kahiry untuk bertanding di Putrajaya, kubu yang masih boleh diberi tumpuan sekiranya Khairy mahu memanjangkan hayat politiknya dan kelihatan sebagai seorang ahli politik yang tidak lagi bergantung dan menyusahkan Pak Lah. Soal Putrajaya sebagai kerusi selamat bagi mana-mana calon UMNO-BN itu tidak mengapa. Asalkan Khairy dapat merintis peluang baru untuknya terus bertapak di dunia politik.

Khairy kian terdesak. Khairy sudah kesuntukan masa. Sekiranya cabaran bertanding ini tidak disahut, PAS Putrajaya menganggap Khairy memang seorang yang hanya tahu bergantung kepada kedudukan Pak Lah semata-mata, bukan atas kapasitinya sebagai seorang pemimpin yang diterima kehadirannya.

Jika benar Khairy gentleman, sahut sahaja cabaran ini. Sahut dengan gaya kamu yang selalu tunjukkan dengan bercakap besar, peras-ugut dan bongkak. Tiada siapa yang mahu melarang kamu kalau bukan Khairy sendiri yang tidak mahu bertanding di Putrajaya.

Sahut dan katakan : "Saya akan turun (baca: bersama-sama dengan jentera kerajaan, spin doctor, pemuda tahan lasak, mat rempit, kaki pukul) dan berdepan dengan PAS Putrajaya".


Tapi beranikah Khairy? Usah nak sahut cabaran bertanding, datang dan berdepan dengan demonstran-demonstr an 'Demo Protes Samapai Turun' hari ini pun takkannya berani. Hanya tahu memperkakaskan polis semata-mata.

Sahut cabaran atau kamu memang penakut yang hanya tahu cakap besar? Sahutlah secara anak jantan.

Baru kami akan kata bahawa Khairy macam Pak Lah, saya pantang dicabar!

Sebelumnya:
  1. PAS Putrajaya cabar Khairy tanding parlimen Putrajaya
  2. Respon pembaca: PAS Putrajaya cabar Khairy tanding parlimen Putrajaya
  3. Dr. M beri kredit kepada Khairy? Tapi Khairy masih takut.
  4. Khairy paling kurang pun patut contohi Sharizat
Makluman:
  1. Kami memohon kerjasama dari sahabat-sahabat untuk dipanjangkan cabaran kami kepada semua kenalan yang lain samada melalui emel, blog dsb.
  2. Sahabat2 juga dijemput untuk melayari Blog Pemuda PAS Putrajaya
  3. Sahabat2 juga dijemput untuk menyertai Grup PAS Kawasan Putrajaya
  4. sahabat2 juga boleh menghantar sebarang perkongsian dengan kami melalui emel Dewan Pemuda PAS Putrajaya iaitu dppputrajaya@ gmail.com

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

Belum bermula, tangkapan dah dibuat! / Stop preventing peaceful assembly


Detikdaily
Demo di KLCC belum bermula, tangkapan dah dibuat!
Posted on Saturday, January 26 @ 18:04:08 EST by reformis
Fokus Isu AKHIRNYA DR HATTA RAMLI DAN TIAN CHUA DITANGKAP POLIS KETIKA MENGADAKAN SIDANG AKHBAR DI DEPAN KLCC

Tangkapan sudah meningkat lebih 20 orang termasuk wartawan malaysiakini. Tak pasti pula apakah ada orang awam yang mahu membeli-belah atau lepak-lepak sekitar KLCC juga ditahan? Penangkapan terhadap wartawan adalah petanda kezaliman melampau dan gugatan besar terhadap kebebasan bersuara.

KUALA LUMPUR: Belum pun demonstrasi membantah kenaikan harga barang bermula di KLCC, tangkapan sudahpun dilakukan oleh pihak polis. Difahamkan sekurang-kurangnya enam orang Unit Amal PAS telah ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontigen Kuala Lumpur.

Haprak betul pasukan polis yang diperalat dan diperkudakan oleh Umno-BN. Haprak betul polis di bawah menterinya Abdullah Ahmad Badawi.

Khabarnya seramai 5 orang muslimat PAS turut ditahan. Juga terbabit wartawan malaysiakini. Apa cerita ini Dollah, pemberita yang nak buat liputan pun kena serkup.

Oopp, kawan bagitahu, ada lagi tangkapan .... Memang betul-betul takut Umno-nak hadapi suara rakyat yang makin menderita dengan keperitan bebanan hidup.

Tak pasti sama ada demo Protes ini dapat dilangsungkan atau tidak. Dulu orang bercakap di Malaysia ada kebebasan bersuara tetapi tiada kebebasan selepas bersuara. Sekarang semuanya haprak, nak menuju ke tempat demonstrasi pun tak boleh, apatah lagi untuk nak sama-sama demo!


LAPORAN MALAYSIAKINI

Crackdown at KLCC: Dozens picked up
Fauwaz Abdul Aziz | Jan 26, 08 2:04pm
More than two dozen individuals have been detained by the police near the Kuala Lumpur City Centre ahead of a protest against price hikes organised by the Coalition Against Inflation (Protes).

At about 2.45pm, seven PAS� party volunteers, including one woman, were picked up outside the KLCC Jalan Ampang entrance and brought to the Kuala Lumpur police contingent headquarters for questioning.

Almost simultaneously, near the Ampang Park LRT station, another five women and three men were also detained in connection with the rally.

Malaysiakini reporter Syed Jamal Zahiid was also picked up. He was detained while questioning a police officer over several arrests near the Ampang Park area.

Malaysiakini office has contacted Dang Wangi OCPD Zulkarnain Abdul Rahman to vouch for the identity of Syed Jamal who then assured that the journalist would be released after giving his statement.

At about 3.30pm, about 200 Parti Sosialis Malaysia (PSM) supporters marching from Ampang Park towards KLCC were locked in a standoff with the police.

Ten minutes later, at least 12 PSM supporters and leaders were arrested after a minor scuffle with the police.

Police have declared the rally today illegal and have obtained a rare court order banning people from attending.

Commenting on the court order, PSM president Dr Nasir Hashim said the police were using the courts to curtail fundamental liberties.


�It�s a very funny court order. People are just walking around and they are being taken away. I think the lawyers should challenge this because we cannot express your grievances in this country,� he said.

JOM BERSIH!!! bersih.org/


Englishsection

Stop preventing peaceful assembly Image
The Centre for Independent Journalism (CIJ) is concerned that the police continues to prevent a citizen's right to freedom of assembly, as seen by the latest warning issued to the Coalition Against Inflation (Protes), which has planned an assembly this Saturday, 26 Jan.

On 25 Jan, national news agency BERNAMA reported the warning by Dang Wangi police chief ACP Zulkarnain Abdul Rahman, against the group holding the assembly. He reportedly said that the group has yet to apply for a permit, which means the assembly will be illegal.

CIJ stresses that freedom of assembly, as guaranteed under the Constitution, should not be restricted under the pretext of security. A country which claims to be democratic should allow the public to assemble peacefully without having to apply for a permit. This has also been recommended by the Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM).

In May 2006, police broke up an assembly in front of KLCC to protest rising prices. According to the findings by SUHAKAM's public inquiry, 10 were injured due to excessive force by the police and 20 others arrested. It has since been dubbed the Bloody Sunday.

CIJ is concerned that the warning by the police only causes fear among the public and deters them from attending the assembly to express an issue of importance to them.

We urge the police to allow the assembly to go on without resorting to any interventions and to provide a safe environment for people to gather peacefully.

The Centre for Independent Journalism, Malaysia (CIJ) aspires for a society that is democratic, just and free, where all people enjoy free media and the freedom to express, seek, and impart information.

Gayathry Venkiteswaran
Executive Director
Centre for Independent Journalism
25th January 2008



HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

PROTES di KLCC / Anti-toll hike protest.

(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)


Roslan SMS Corner
Esok kita PROTES di KLCC

Esok jam 3.00 petang PROTES akan mengadakan himpunan aman di hadapan KLCC. PROTES adalah badan yang memperjuangkan bantahan terhadap kenaikkan harga minyak dan barangan. Himpunan protes seperti biasa akan menyaksikan ucapan oleh pimpinan parti-parti politik dan NGO dan kali ini saya difahamkan suatu pementasan sketsa turut akan dilakukan.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Dang Wangi telah membuat kenyataan bahawa pihak polis tidak akan membenarkan himpunan dianjurkan atas alasan tidak ada permit polis dikeluarkan. Pihak polis menganggap himpunan itu haram dan menasihatkan rakyat agar tidak mengambil bahagian.

Ini sudah pasti bertentangan dengan pendirian Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia SUHAKAM yang sebelum ini telah menyatakan bahawa himpunan aman rakyat seperti yang mahu dianjurkan protes ini dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan dan hendaklah dibenarkan berjalan dengan aman.

Kebetulan semalam di hadapan Istana Presiden Indonesi di Jakarta, warga Indonesia telah menganjurkan himpunan yang sama. Protesnya adalah protes terhadapa kenaikkan harga barang makanan dan inflasi yang turut melanda bumi Indonesia. Anehnya tidak ada pihak polis yang menganggu atau menghalang mereka walaupun berhimpun di hadapan Istana Presiden.



PROTES di Istana Presiden di Jakarta semalam

Kita mendabik dada mahu menjadi negara dunia pertama, setanding dengan negara maju yang lain, tetapi negara jiran nampaknya lebih demokratik dari kita dan pihak polisnya tidak pula mengasari dan menghalang-halang anak-anak bangsa dari bersuara.

Ayuh kita semua keluar beramai-ramai mengamalkan hak kebebasan kita. Ayuh kita berhimpun secara aman menjayakan PROTES esok di KLCC jam 3.00 petang.

JOM BERSIH!!! bersih.org/



Anti-toll hike protest.

My first protest was back in May 28 2006 at KLCC. It was otherwise known as the Bloody Sunday protest. There will be another one this Saturday at the same spot at 3pm and I strongly urge those who have never attended a public protest to show up and experience democracy for yourself. Wear good shoes, bring an extra change of clothes and steer clear of harm�s way should anything untoward happen.

It actually quite fun and often very peaceful. But I need not say more, just go :) You won�t regret it. :)

Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (PROTES) yang terdiri daripada Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Parti-parti Politik memandang berat suasana inflasi tidak terkawal yang sedang menekan kehidupan rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah, seperti kenaikan bayaran tol beberapa lebuhraya, kenaikan harga barangan keperluan harian, kenaikan tarif bekalan eletrik dan air, serta kemungkinan besar kenaikan harga bahan bakar pada masa terdekat.

Ekoran daripada itu, PROTES akan menganjurkan himpunan aman bagi membantah kegagalan kerajaan BN menangani masalah ini. Himpunan ini akan diadakan seperti maklumat berikut:

Tarikh : 26 Januari 2008 (Sabtu)
Masa : 3 petang
Tempat : Hadapan KLCC, Jalan Ampang, KL

PROTES ingin menyeru rakyat yang prihatin untuk hadir beramai-ramai dan menyeru lebih banyak organisasi masyarakat menyertai dalam penganjuran himpunan ini.

Sebarang pertanyaan tentang PROTES, sila hubungi Dr Hatta Ramli (019-3398659) dan Arutchelvan (019-2537791)

HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/



*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

Ramai Tidak Layak Bertanding Sekiranya Nama Ditapis BP

"Pas Johor Bahru" pasjohorbahru@yahoo.com

Ramai Tidak Layak Bertanding Sekiranya Nama Ditapis BPR

PASJB menyambut baik kesediaan Badan Pencegah Rasuah(BPR) untuk melaksanakan tugas menyaring & menapis calon-calon parti politik yang akan bertanding pada pilihanraya akan datang.


Ini sekaligus boleh membersihkan nama-nama mereka yang selama ini terlibat dalam rasuah dan salah guna kuasa dalam membeli penyokong,mengurusk an tender dan pengagihan wang bantuan kepada rakyat.


Isu integriti begitu hangat diperkatakan sejak sekian lama, memandangkan rakyat yang sudah mula hilang kepercayaan dengan kewibawaan BPR yang diharapkan telus dalam melaksanakan tugas menyiasat tanpa terikat dan terpengaruh dengan mana-mana pihak.


Sewajarnya BPR menjalankan tugasnya dengan lebih baik tanpa menunggu sebarang arahan dan laporan dari pemimpin mahupun rakyat supaya memperlihatkan BPR ini adalah sebuah badan penyiasat yang telus dan bebas.


Kita banyak mendengar laporan-laporan penyiasatan yang dibuat oleh BPR diperuk disimpan dalam fail begitu sahaja tanpa diumumkan hasil penyiasatannya kepada umum.


Perkara ini dipertikaikan kerana kes-kes ini semuanya melibatkan ahli politik, kalaupun BPR sudah mendedahkannya BPR seolahnya tidak mampu untuk mendakwa sipelaku salah untuk dihadapkan ke mahkamah.


Akta Rahsia Rasmi(OSA)menjadi dalang bagaimana seseorang yang mendedahkan penyelewengan dan rasuah sesuatu kementerian atau jabatan, orang itu sendiri akan ditangkap dan didakwa, bukannya orang yang dituduh untuk disiasat.


Apakah UmnoBN bersedia untuk prosedur ini, atau pengumuman ini sekadar gimik pilihanraya, kalaulah UmnoBN yang disiasat pastilah hampir semuanya tidak layak kerana dosa-dosa mereka terlampau banyak untuk disiasat sehinggakan mereka menjadi 'kebal' lantaran rakyat yang taat setia menyokong mereka.


Jadikan pilihanraya kali ini, medan membuat perubahan, Sokonglah perjuangan Islam kerana Islam adalah pakej lengkap kehidupan... .


BPR sedia tapis senarai calon bertanding

KUALA LUMPUR:Badan Pencegah Rasuah (BPR) bersiap sedia untuk melaksanakan tugas menapis senarai nama calon yang dikemukakan parti politik untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Pengarah Siasatannya, Datuk Shukri Abdul, berkata ketika ini, pihaknya hanya menunggu senarai calon berkenaan sebelum meneliti latar belakang individu terbabit sama ada layak bertanding pada peringkat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri mengikut syarat ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan agensi itu.

"Tapisan calon untuk pilihan raya umum adalah tanggungjawab BPR untuk menjamin kewibawaan individu yang disenaraikan, malah BPR juga melakukan perkara sama untuk tujuan kenaikan pangkat pegawai dalam perkhidmatan awam," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Shukri berkata, beliau memberi jaminan pihaknya sentiasa dan akan terus melakukannya tanpa membuka ruang untuk dipengaruhi mana-mana pihak.

"Mengikut prosedur, senarai calon itu boleh diserahkan terus ke Ibu Pejabat BPR atau melalui pejabat BPR negeri sebelum diserahkan ke ibu pejabat.

"Bagaimanapun, setakat ini belum ada pihak yang menyerahkan senarai calon itu untuk diteliti secara terperinci," katanya.

Sementara itu, di KLANG, Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, berkata semua Ahli Parlimen, wakil rakyat dan pemimpin Umno di Selangor diarahkan tidak mengadakan lawatan atau bercuti ke luar negara sejak tahun lalu,

Beliau berkata, arahan itu bagi memastikan pemimpin Umno dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada persiapan menghadapi pilihan raya yang akan diumumkan pada bila-bila masa.

Katanya, arahan itu juga bagi membolehkan pemimpin Umno memberi perhatian penuh kepada masalah rakyat, di samping memperkuatkan jentera pilihan raya di kawasan masing-masing.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad dilaporkan berkata, Umno mengeluarkan surat pekeliling yang melarang pemimpin Umno mengadakan lawatan ke luar negara berkuat kuasa kelmarin.

Sumber : Jundullah - Berita Harian

Layari : http://www.pasjohor bahru.com/


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

Ada yang lebih teruk dari Faizal

"Dr LoLo Ghazali" docmarjan@yahoo.com

Sebuah email yg saya terima utk dikongsikan

salam...
Mengenai isu yang hangat diperkatakan buat masa ini...
isu si penyanyi lelaki yang telah di'banned' kerana menanggalkan bajunya ketika membuat persembahan secara live dan ditayangkan di 8tv..

Tujuan tulisan ini dikarang bukanlah untuk mempertahankan tindakan si penyanyi itu, tetapi agar para pembaca menyelami isu yang lebih berat yang berleluasa dlm negara kita ini...
persoalannya, kenapakah apabila si penyanyi ini membuka bajunya dan menampakkan badannya(tidak dpt dipastikan nampak auratnya atau tidak kerana saya tidak menontonnya) boleh di'banned' dgn serta merta sedangkan ramai dikalangan artis2 wanita yg semakin hari semakin semakin sadis memdedahkan tubuh badan mereka tidak pernah diambil tindakan... Bukan sahaja ketat sehingga menampakkan lekuk dan bentuk tubuh tapi semakin hari semakin singkat sehingga menampakkan bahagian2 yang merbahaya untuk ditunjukkan oleh mereka... sampai ada diantara mereka yg berani mengatakan bahawa mereka tidak merasakan sebarang kesalahan yang telah dilakukan oleh mereka bahkan dengan beraninya mengatakan bahawa pakaian mereka itu tidak seksi... kalau itu tidak dikira seksi, habis yang seksi yang macam mana???

bukan setakat itu, semakin hari juga kita ditayangkan dengan filem2 yang menonjolkan aksi2 panas yang tidak langsung disekat apatah lagi diambil tindakan... kononnya tujuan babak2 hangat itu ditonjolkan adalah untuk memaparkan kepada penonton realiti kehidupan yang sebenar agar menjadi pengajaran kepada mereka untuk tidak meniru aksi2 yang ditonjolkan. ..
adakah ini benar???

tentu sekali tidak. saya tidak merasakan bahawa adegan2 ini ditayangkan bagi menjadi pengajaran kepada penonton tapi hanya sebagai bahan penarik bagi filem mereka...
Tetapi adakah sebarang tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan bagi menghalang adegan2 ini daripada terus ditayangkan. ..

Di sini saya bukanlah ingin memburukkan pihak kerajaan... Tetapi saya amat berharap sesuatu dapat dilakukan oleh pihak kerajaan bagi membendung pemikiran2 serta perbuatan2 yang tidak senonoh ini dari terus dihidangkan di khalayak ramai...

Ini kerana saya merasakan bahawa remaja sekarang adalah lebih cenderung untuk meniru adegan2 atau gaya pemakaian yang ditayangkan kepada mereka, bahkan mereka merasakan ianya tidak menjadi satu kesalahan kerana ianya terus dibiarkan tanpa disekat daripada terus ditayangkan. .. Malahan ada pula pihak yang menyokong penayangan adegan2 ini yang kononnya membawa satu anjakan yang baru dalam bidang perfileman di negara kita ini...
Namun apabila berlakunya peningkatan dalam masalah gejala sosial yang semakin hari2 semakin membimbangkan, kita sibuk mencari penawar bagi memulihkan mereka tanpa menyekat punca sebenar berlakunya masalah2 tersebut...

Oleh itu saya amat berharap kita dapat memikirkan semula isu ini dan berharap tindakan yang wajar ini dapat diperluasakan bagi membendung sesuatu yang sudah pastinya merosakkan syahsiah muda mudi di negara kita ini.. Wallahu a'lam
Remaja Cyber

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

Chua Soi Lek Tokoh Maal Hijrah 1428

"Zil-el-Saif" zilelsaif@ibrahzine.com

Assalamualaikum

Cuba jenguk satu undian di

http://www.tranungk ite.net/v7/ modules.php? name=Surveys& op=results& pollID=25
<http://www.tranungk ite.net/v7/ modules.php? name=Surveys& op=results& pollID=25>

Tentang undian tokoh Ma'al Hijrah 1428
Setakat email ini ditulis ada 2314 undian telah dibuat
Dan pemenangna ialah,

Chua Soi Lek!
Mendapat 981 undian
Mengalahkan PM Hadhari di tempat kedua
Dan bos SPR Hadhari di temapt ketiga

Jom pakat undi

MOHD AMIRUDDIN BIN ABDULLAH
http://www.ibrahzin e.com

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

Malaysia Sah Negara Kapitalis

Malaysia Sah Negara Kapitalis
PASJB menyanggah pandangan Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff dari UKM yang mempertikaikan manifesto PAS selaku pembangkang alternatif untuk mentadbir negara kearah negara berkebajikan sekiranya diberikan mandat oleh rakyat.
50 tahun negara merdeka, apakah kemajuan harta benda dan kemodenan hidup yang perlu digilai dan dibanggakan oleh rakyat. Dasar demi dasar kerajaan yang gagal diaplikasikan secara betul menunjukkan pemerintah UmnoBN selama ini gagal membebaskan rakyat dari belenggu kepayahan hidup.
Bercakap persoalan kebajikan ia mestilah berkait rapat dengan keikhlasan pemimpin dan amanah pemimpin. Pemimpin yang tidak bertaqwa sama sekali tidak percaya dan yakin untuk membebaskan rakyat dengan beban kehidupan yang menghimpit.
Sangat malang rakyat negara ini bilamana dasar-dasar kerajaan sudah mirip negara kapitalis. Pemimpin kerajaan hanya memikirkan untung dan rugi sedangkan pengkhianatan mereka dan dosa-dosa mereka kepada rakyat cukup banyak.
Sebagai contoh Dasar Ekonomi Baru(DEB)yang pada asalnya diasaskan atas dasar maslahat dan kebajikan rakyat, tetapi telah salah diaplikasikan oleh kerajaan UmnoBN yang khianat kepada rakyat marhaen dalam masa yang sama kroni dibantu untuk terus kaya dan untung 'memagut' wang negara.
Definisi kapitalis sendiri bercanggah dengan Islam apabila sistem kapitalis ini hanya memikirkan untuk memaksimumkan keuntungan tanpa mengambil kira kos yang rakyat terpaksa tanggung dan bayar melalui cukai.
Sebagai contoh lain, perbankan Islam yang diwujudkan asalnya untuk membebaskan rakyat dari belenggu riba akhirnya ramai yang tersungkur dengan kadar pinjaman asas yang tinggi berbanding perbankan konvensional biarpun murah tetapi banyak kos tersembunyi.
Islam menyuruh umatnya mencari yang halal terlebih lagi urusan muamalat sesama manusia, kita dijamin yang halal dalam masa yang sama jalan halal yang kita pilih pula terpaksa dibayar dengan harga yang mahal.
Mencari jalan yang berkat tetapi tersungkur akibat harta mampu milik yang sangat mustahil dimiliki, terikat dengan Bank Dunia yang anti-Islam makanya dasar kerajaan untuk kebajikan rakyat dalam perbankan Islam sekadar melepaskan batuk ditangga.
Wang Zakat yang 'diselewengkan' oleh beberapa pusat zakat negeri sendiri sangat mengaibkan umat Islam. Rakyat yang percaya dosa pahala dan janji Allah dengan syurga dan neraka lebih senang memilih zakat untuk menyumbang sesuatu berupa kebajikan kepada negara. Akhirnya hasil zakat diselewengkan apabila duit zakat ini digunakan untuk membuat masjid dan prasana awam. Sedangkan konsep asas zakat ialah untuk membantu manusia yang susah dan miskin untuk bebas dari belenggu kepayahan hidup.
Makanya diluar sana masih ramai lagi rakyat yang miskin, kerana konsep zakat yang diperluaskan sedangkan membina masjid dan kemudahan awam ini adalah tanggungjawab kerajaan.
Tidak usahlah lagi pertikaikan pembangkang dengan manifesto kami, matlamat kami adalah jelas kearah negara berkebajikan, contohnya cukup banyak kejayaan dan dasar-dasar kebaikan dan keadilan Islam di Kelantan yang ditadbir oleh kerajaan yang hampir masuk usia pemerintahan ke-18.
Kami kira manifesto pembangkang ini cukup menggerunkan UmnoBN sehinggakan pemimpin UmnoBN sendiri tidak yakin dengan dasar Islam yang menjamin hak-hak rakyat secara adil dan saksama.
Selamatkan negara dari kerakusan pemimpin-pemimpin kapitalis...
Manifesto pembangkang sekat pertumbuhan ekonomi
Oleh Anwar Hussin dan Johari Ibrahim
KUALA LUMPUR: Manifesto Pas untuk mewujudkan sebuah negara kebajikan akan menyekat pertumbuhan ekonomi dan menyebabkan rakyat terpaksa menanggung beban kenaikan cukai.
Ketua Program Sains Politik, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff, berkata rakyat perlu mengetahui sejelasnya mengenai kaedah
pelaksanaan yang dilakukan Pas bagi mengelak ditipu dengan sebarang helah politik.
"Pas perlu menyatakan cara untuk melakukannya, daripada mana sumbernya untuk rakyat mendapat maklumat jelas. Dengan itu mereka dapat menilainya," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Beliau mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu mewujudkan 'negara kebajikan' dengan rakyat miskin terutama warga emas akan diberi elaun sara hidup bagi menampung kehidupan harian.
Felo Perunding Yayasan Kajian dan Strategi Melayu, Datuk Mohamed Dahan, berkata, dengan mewujudkan negara kebajikan, cukai di negara ini akan naik hingga 80 peratus.
Beliau meminta rakyat di negara ini untuk memikirkan sama ada mereka sudah mampu untuk membayar cukai setinggi itu sebelum mengambil keputusan menyokong manifesto berkenaan.
"Negara kebajikan akan mewujudkan mentaliti yang mengharapkan kerajaan memberi semua bantuan. Ini menyebabkan orang malas, sedangkan Islam ingin umatnya aktif dengan berniaga," katanya.


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

Derita keluarga ISA / 30 mogok lapar di Klang

(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)


Derita keluarga ISA, enam tahun dipenjara tanpa bukti
Anis Nazri | Foto Wan Zahari Wan Salleh
Fri | Jan 25, 08 | 2:15:43 pm MYT
Terpisah di sebalik tembok Kem Kamunting (Kemta) dengan suami tercinta merupakan titik hitam dalam hidup Siti Norma Ismail.

ImageSejak enam tahun lalu, kebahagiaan hidupnya sekeluarga diragut sekelip mata apabila suami, Abdullah Minyak Silam diheret ke Kemta untuk satu penahanan tanpa bicara - ISA.

Bersama wartawan Anis Nazri, menyingkap lembaran hidupnya yang tercalar ekoran akta drakonian itu, di kediamannya di Semenyih, 20 Januari lalu.

Tanpa bukti kukuh, suaminya dipaksa merengkuk di balik tembok kem dengan dakwaan awal kononnya terlibat dengan Kumpulan Militan Malaysia(KMM) , suatu badan yang dinamakan oleh kerajaan sendiri, sebelum dikatakan pula sebagai Jemaah Islamiyah (JI).

Bermula saat suaminya, Abdullah - seorang rakyat Indonesia ditahan pada 14 Januari 2002, segala urusan keluarga menjadi tanggungjawabnya. Jika dulunya urusan keluarga diuruskan suami, kini Norma perlu melakukannya sendiri. Apatah lagi dengan kehilangan sumber pendapatan daripada suaminya yang berniaga di pasar-pasar malam.

Begitu juga apabila melibatkan urusan anak tunggal mereka, Muhammad Safwatullah Amjad, yang sebelum ini diuruskan sepenuhnya oleh suami. Paling menyayat hati ketika beliau menghantar anaknya Amjad, yang ketika itu berusia lapan tahun, ke sekolah untuk kali pertama dalam hidupnya.

Hubungan rapat suaminya dengan Amjad menyebabkan beliau tidak pernah menguruskan dan menghantar Amjad ke sekolah.

"Amjad rapat dengan abinya. Dari penyediaan pakaian hingga ke pintu kelas serta mengambil pulang, dilakukan oleh abinya. Saya cuma menyediakan sarapan untuk Amjad setiap pagi. Sejurus suami ditahan, air mata saya menitis apabila menghantar Amjad ke sekolah. Betapa banyak benda mengenai Amjad yang saya tidak tahu," cerita beliau.

Tidak cukup dengan itu, kesengsaraan yang dirasai makin menyakitkan apabila setiap kali pertemuan dengan suaminya di Kemta hanya dapat berlangsung sekitar 45 minit setelah penat dan lelah memandu selama empat jam.

Bukan sekadar masa perjalanan yang panjang, wang dan tenaga turut dikorbankan demi sebuah pertemuan antara isteri dan suami, ayah dan anak - Muhammad Safwatullah Amjad, 14 tahun bagi merungkai rasa rindu yang bersarang di hati.

Image"Kalau difikirkan, memang ia satu perjalanan yang memenatkan. Bayangkan, setelah berpenat lelah memandu selama empat jam, kami hanya dibenarkan berjumpa selama 45 minit. Belum lagi dikira kos sepanjang perjalanan, yang melibatkan minyak, tol, makan dan penginapan. Di mana sifat-sifat kemanusiaan pihak yang bertanggungjawab? " soal beliau, sambil mengatakan beliau membuat lawatan ke Kamunting setiap dua minggu semasa dua tahun pertama penahanan suaminya.

Katanya, beliau terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sebanyak RM300 setiap kali memulakan perjalanan ke Kamunting untuk bertemu dengan suami. Adakalanya, beliau turut menumpangkan isteri dan anak-anak tahanan yang lain, yang tidak mempunyai kenderaan sendiri untuk melawat suami dan bapa mereka di Kemta.

Bukan setakat hanya 45 minit tempoh pertemuan, jaring yang memisahkan mereka juga menambahkan luka di hati mereka. Hanya lubang sebesar duit syiling 50 sen sebagai perantara pertemuan mereka. Namun, selepas beberapa kali memohon, akhirnya mereka dibenarkan berjumpa dan berbual dengan menggunakan interkom.

Dalam pada itu, Norma sering diganggu SB-SB di awal penahanan suaminya. Adakalanya, SB akan mengekori beliau hingga ke depan rumah dan menunggu selama beberapa jam sebelum bergerak meninggalkan rumahnya.

Menyorot penglibatannya dengan GMI, Norma menyatakan bahawa beliau mula mengenali dan mengikuti program NGO itu pada tahun kedua suaminya ditahan. Semuanya bermula apabila beliau seringkali berjumpa dengan isteri bekas tahanan ISA, Aliza Jaffar, yang ketika itu suaminya- Saari Sungib masih ditahan di Kemta.

"Setiap kali lawatan ke sana, saya dipertemukan dengan Kak Aliza. Daripada beliau, saya tahu mengenai GMI dan akhirnya saya mengambil keputusan untuk bersama-sama bersuara dalam menyatakan hak suami, saya dan juga rakyat Malaysia, yang dizalimi akta rimba itu," luah beliau sambil mengatakan taraf pemastautin tetap (PR) suaminya telah dibatalkan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Tahun ini, genaplah enam tahun suaminya dipisahkan dengan keluarga. Bukan sedikit ketabahan dan kecekalan yang terpaksa dipupuk Norma dalam menghadapi keperitan itu. Namun, dorongan dan sokongan daripada keluarga menjadikan beliau semakin gigih dalam usaha menyatakan hak dan keadilan.

Harapannya, tahun ini suaminya dibebaskan PM, lebih-lebih lagi tiada bukti yang mensabitkan kesalahan Abdullah. Baginya, cukuplah enam tahun suaminya ditahan tanpa sebarang bukti yang sah.

"Mudah-mudahan PM membebaskan segera suami saya serta tahanan lain. Cukuplah tempoh enam tahun mengumpul bukti untuk disabitkan kesalahannya. Sepatutnya sebagai PM, Abdullah perlu menjaga rakyat bukan menzalimi mereka," tegas beliau.

30 mogok lapar di Klang bantah ISA.

hindraf-mogok-lapar Photo By Bayu Abdullah
KLANG, 24 JAN- Seramai 30 orang termasuk 5 wanita mengadakan mogok lapar di Kuil Sri Bala Subramaniar Swamy, Pelabuhan Klang selama lima hari bagi membantah pengunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)

Menurut salah seorang yang menyertai mogok berkenaan, V Raidhu mereka hanya minum air yang mengandungi glukosa sepanjang tempoh mogok.

�Mogok ini bukan hanya untuk memperjuangkan pemimpin Hindraf, malah kepada semua tahanan ISA yang terbukti dizalimi,� kata V Raidhu.

Mogok berkenaan dimulakan pada 20 Januari lepas dan akan berakhir pada 25 Januari jam 7 malam.

Dalam pada itu, satu Majlis Doa untuk tahanan ISA akan diadakan di Kuil Aum Sri Thavamunieeswarar di Sentul Pasal 27 Januari (ahad ini) pada jam 6 petang.

Pada 16 Februari ini pula, aktivis Hindraf akan berkumpul di perkarangan parlimen untuk menghantar bunga kepada Perdana Menteri, Abdullah Badawi.

Lagi berita disiarkan dalam Suara KeADILan isu 126 yang akan diterbitkan pada 30 Januari ini.

JOM BERSIH!!! bersih.org/


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/



*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

Skandal �Beras Untuk Undi� / EC must probe �rice for votes� scandal

(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)

JOM BERSIH!!! bersih.org/


BERSIH

Skandal �Beras Untuk Undi� di Pulau Pinang: SPR Perlu Siasat

Kenyataan Media
24 Januari 2008
Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) mendesak supaya Suruhanjaya Pilihanraya menyiasat pertuduhan berkaitan dengan kes rasuah pra-pilihanraya yang sedang berlaku di Pulau Pinang.

Terdapat laporan melalui akhbar-akhbar harian berbahasa Cina yang menyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kebun Bunga, Pulau Pinang, Quah Kooi Heong yang terlibat secara langsung mengedar paket-paket beras di daerahnya dengan terselit mesej pilihanraya bersama paket-paket �hadiah� tersebut. Tindakan ini termaktub dalam kesalahan rasuah pilihanraya.


Paket beras seberat 5 kg setiap satu mempunyai label yang bertulis slogan Barisan Nasional (BN) bagi kerusi parlimen Bukit Bendera dan empat kerusi DUN semasa pilihanraya yang lalu. Slogannya tertulis �Gimme 5� merupakan mesej BN kepada pengundi-pengundiny a, merayu kepada kemenangan kesemua lima kerusi (empat DUN dan satu parlimen) di kawasan berkenaan.

Sumber juga berkata petugas-petugas BN merayu penduduk-penduduk di kawasan tersebut supaya mengundi calon BN pada masa pilihanraya akan datang.

Berdasarkan kepada akhbar Kwong Wah Yit Poh (halaman A4, 23 Januari 2008), Quah mengaku mengedarkan paket-paket beras bersama Timbalan Menteri Penerangan dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Dato� Seri Chia Kwang Chye, di sekitar Rifle Range tetapi menyatakan ia sebahagian daripada kempen BN untuk mematuhi Rukunegara.

BERSIH berpandangan perkara ini serius dan mendesak supaya SPR menyiasat kes memandangkan ianya satu kesalahan pilihanraya untuk memberi hadiah kepada para pengundi sebelum, semasa dan selepas pilihanraya.

Seksyen 10 ( c ) Akta kesalahan Pilihanraya 1954 menyatakan:
setiap orang sebelum, semasa dan selepas pilihanraya, secara langusng mahupun tidak langusng, oleh dirinya atau pihak yang lain yang bertindak bagi dirinya, memberi hadiah, pinjaman, tawaran, janji, memperolehi sesuatu atau perjanjian dengan mana-mana pihak bagi meraih undi semasa mana-mana pilihanraya� akan didapati bersalah atas pertuduhan rasuah.

BERSIH juga mendesak supaya ahli ADUN Quah Kooi Heng dan Dato� Seri Chia Kwang Chye menjawab pertuduhan-pertuduh an yang dinyatakan ini serta-merta.


Bersih: EC must probe �rice for votes� scandal

Malaysiakini
Khairil Zhafri | Jan 24, 08
The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih) has urged the Election Commission to investigate an alleged case of pre-election bribery in Penang during the 2004 general election as reported in national Chinese dailies yesterday.


The dailies reported that the State Assemblyman for Kebun Bunga, Quah Kooi Heong, was personally involved in distributing rice packets to his constituents then.

In a statement, Bersih claimed that the rice packets weighing 5kg each, had labels bearing the Barisan Nasional election slogan for Bukit Bendera parliamentary seat and its four state constituencies in the area.

The explicit election message attached to the rice packets constitutes an offence of election bribery, Bersih said.

The �Gimme 5� slogan was BN�s message to the voters, denoting a clean sweep of all five seats (four state and one parliamentary seat) in the area.

Bersih quoted sources as saying that BN workers had told constituents receiving the rice packets to vote for BN candidates.

Election offfence
Yesterday, Kwong Wah Yit Poh reported that Quah had admitted to distributing the rice packets with Deputy Information Minister and Member of Parliament for Bukit Bendera, Chia Kwang Chye, in and around the Rifle Range. He also claimed that it was part of BN�s campaign to promote the Rukunegara.

Under the Election Act 1954 Section 10 �), it is an election offence to provide gifts to voters before, during and after an election.

The Election Offences Act 1954 Section 10 (c) stipulates that �every person who, before, during or after an election, directly or indirectly, by himself or by any other person on his behalf, makes any such gift, loan, offer, promise, procurement, or agreement as aforesaid to or for any person in order to induce such person to procure or endeavour to procure the election of any person, or the vote of any elector or voter at any election� shall be deemed guilty of the offence of bribery.�

Last year, former prime minister, Dr Mahathir Mohamad and DAP secretary-general Lim Guan Eng claimed that there was bribery and vote-buying during the Ijok and Machap by-election.

A public rally calling for free and clean election organised by Bersih in Kuala Lumpur last November attracted 40,000 people.


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/



*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

RM500 ribu wang rakyat hangus / Fight inflation with white elephant

(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)

JOM BERSIH!!! bersih.org/



RM500 ribu wang rakyat hangus sempena lawatan Najib ke Negeri Sembilan
Wan Nordin Wan Yaacob
Fri | Jan 25, 08 | 8:36:16 am MYT
KUALA LUMPUR, 25 Jan (Hrkh) - Sebanyak RM500 ribu wang rakyat didakwa 'hangus' sempena sambutan lawatan Timbalan Presiden Umno, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak ke Negeri Sembilan 24 dan 25 Januari 2008, kata Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Badrul Hisham Shaharin.

Satu laporan Polis bernombor 001523/08 telah dibuat pada 24 Januari jam 11.00 pagi di Ibu Pejabat Polis Seremban berhubung penggunaan wang rakyat itu.

Laporan yang dibuat ke atas Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Mohamad Hassan dan tiga pihak berkuasa tempatan (PBT) atasa dakwaan menyalahgunakan dana dan kemudahan awam untuk tujuan politik.

Kata Badrul Hisham penggunaan wang rakyat hanyalah untuk sambutan politik sempena lawatan Timbalan Presiden Umno ke Negeri Sembilan pada 24 dan 25 Januari 2008.

Menurut Badrul Hisham, KeADILan mempunyai bukti bagaimana hampir RM500 ribu wang dana rakyat yang seharusnya membantu rakyat susah di Negeri ini dibazirkan hanya untuk tujuan kosmetik sempena lawatan Najib.

"Wang kerajaan digunakan untuk menyediakan bahan berlogo Umno dan BN, kakitangan kerajaan dan murid sekolah dipaksa hadir," katanya.

"Persiapan program melibatkan kakitangan kerajaan dan mereka dibayar kerja lebih masa menyediakan program BN, kain rentang dan 'bunting' serta logo Umno digantung tanpa permit sah.

"Pembelian dan penyediaan program bukan sahaja menggunakan wang rakyat tetapi turut di 'mark up' oleh beberapa pihak menjadikan perbelanjaan dalam jumlah yang amat tidak munasabah," katanya kepada Harakahdaily dalam satu kenyataan mengenai laporan polis yang dibuatnya semalam.

Hadir sama ketika laporan polis dibuat di Seremban ialah, Pengarah Pusat Aduan Rakyat KeADILan Negeri Sembilan, Norazizi Aziz; Ketua Angkatan Muda KeADILan Teluk Kemang, Amiruddin Wahab dan beberapa penyokong DAP serta parti pembangkang lain. --


e contrario

Fight inflation with white elephant

Jan 25th, 2008 by Tian

Najib said the Government will keep the inflation rate as low as 2.4%, anyone believe him?

Deputy Prime Minister Najib Tun Razak announced a three-pronged strategy aimed at softening the impact of inflation:
1. a national food stockpile;
2. a National Price Council; and
3. a National Call Centre with a 24-hour hotline.

Is Malaysia facing an emergency? I guess Najib has just appointed himself the chief commander to combat inflation.

The measure is nonetheless an indication that the government has admitted to the seriousness of the crisis. Najib�s announcement seems to confirmed that we are now in a state of emergence.

Food stockpiling is a stupid idea. First of all, there is really no shortage of food items (rice, flour, beans, maize, sugar, cooking oil, or durian) in this country. Even if we have insufficient domestic supply from time to time, we can readily import food from neighbouring countries.

Why add extra storage cost on the controlled item? This will become another form of wasteful �subsidy�.

The government seems to have adopted a policy that makes no economic sense.

Not only the concept of food stockpile solves no problem, the establishment of a National Price Council and a National Call Centre is another redherring.

What is the function of National Price Council? The council will include all the government agencies as well as non-governmental representatives from FOMCA, MTUC, Cuepacs, FMM (Federation of Malaysian Manufacturers) , etc.

It is reported that the council �would also review and evaluate the price control regime to ensure fair prices, depending on domestic and global market and conditions of supply and demand. It would also monitor, review and recommend measures to rationalise government subsidies and price support activities covering the production and supply, including imports, of all price-controlled items.� (The Star, 24 Jan)

This is a longterm measure for facilitating better communication between different sectors. It has no direct impact on pricing mechanism.

Then how would the 24-hour National Call Centre help?

Najib said unemployed graduates would also be hired to man the hotline. People can call in to complain on high prices and shortage of goods in the country, and the information will then be reported to the council.

Can you see a white elephant coming?


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/



*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

Laporan eksperimen Angkasawan / Skandal Power Gate, kenapa BPR membisu?

(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)


Mana laporan eksperimen Angkasawan Negara?

Azamin Amin
Fri | Jan 25, 08 | 2:53:54 pm MYT
KUALA LUMPUR, 25 Jan (Hrkh) - Semenjak Angkasawan Negara Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha tiba ke bumi pada 21 Oktober lalu, sehingga kini masih belum kedengaran sebarang laporan hasil uji kaji yang beliau lakukan di angkasa lepas.

Sebelum ini pelbagai kritikan dan luahan kesal sebilangan masyarakat telah didengari terhadap projek angkasa lepas negara yang dianggap sebagai satu pembaziran besar yang wajar dinilai dan dikaji semula kerana melibatkan kos perbelanjaan yang begitu tinggi yang dianggarkan RM95 juta.

Ada yang berpendapat, kerajaan perlu segera memaklumkan hasil eksperimen tersebut untuk menjelaskan peripentingnya projek tersebut kepada R & D (Research & Development) untuk masa depan aero angkasa dan kajian sains negara.

Jika tidak, ramai yang masih menganggap ianya sebagai projek 'melancong ke angkasa' yang kemungkinan tidak memberi sebarang impak besar terhadap teknologi angkasa lepas negara ini sekadar hanya mahu berbangga nama Malaysia dilakarkan di mata dunia semata-mata seorang rakyat Malaysia telah pun dihantar ke angkasa.

Ataupun, projek ini sebagai satu pendekatan politik untuk memenangi hati rakyat semat-mata untuk menunjukkan bahawa Malaysia kini semakin maju walaupun hakikat ekonomi dan nasib rakyat tidak begitu, kata seorang penulis email, Irfan Putra. "Kementerian Sains dan Teknologi (Mosti) mesti jelaskan segera isu ini," katanya.

Antara ujikaji yang dilakukan oleh Sheikh yang dipetik daripada blog ntbn.wordpress ialah putaran gasing,putaran yoyo, catuan Strawberry,campuran minyak dan air dan kelajuan bola berbilang saiz.

Dilaporkan ujikaji terhadap yoyo telah pun dilakukan pada 12 April 1985 oleh Astronaut David Griggs manakala ujian susulannnya dilakukan oleh Astronaut Jeffery Hoffman pada 31 Julai 1992.

Dalam satu tulisan oleh Muramatsu di Tranungkite. net menyatakan laporan hasil kajian berkenaan perlu ditulis dan dicetak(publish) di journal-journal yang mempunyai Impact Factor (IF) yang besar atau dibahas secara saintifik terhadap hasil kajian berkenaan.

"Hingga kini, pilihanraya sudah hampir, tetapi laporan berkenaan belum popular di tengah masyarakat. Kalau pun menteri-menteri tidak berminat dengan laporan tersebut, tetapi ia perlu dilapor secara rasmi di dewan rakyat dan dibahas," katanya.

Beliau juga menambah bahawa tidak keterlaluan jika laporan berkenaan disiar terbuka di media akhbar atau elektronik memandangkan publisiti projek berkenaan dan wang diguna serta keterlibatan media dalam projek Angkasawan Negara tersebut.

"Kita desak supaya hasil eksperimen/kajian berkenaan segera dilapor kepada rakyat dalam Negara."

"Kerana belanja eksperimen dan ujikaji berkenaan sangat besar untuk satu tempoh yang singkat iaitu 10 hari. Semuanya menggunakan wang dan harta Negara," katanya.Az


Skandal Power Gate, kenapa BPR membisu?

Desas desus yang mengatakan Daud Tampokong telah merasuah Pengarah BPR Sabah sejumlah RM2 juta dan Musa Aman RM10 juta agar fail mereka ditutup semakin panas di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Mini Puterajaya, Sepanggar berikutan kejayaan Taiko Balak Keningau, Admund Looh yang menyalurkan RM2 juta melalui Henry Voon sehingga BPR mendapati tiada kes terhadap penglibatan Musa Aman di Keningau dan Musa Aman dibebaskan daripada tuduhan rasuah.

Oleh: �Deep Throat� Sabah
Sebelum Bill Gates menjadi manusia terkaya di dunia, Skandal Water Gate telah mencemar Amerika yang menyaksikan kejatuhan Presiden Richard Nixon. Kini ketika Microsoft menjadi peneraju utama perisian komputer di Malaysia muncul Skandal Dollah Gate yang akan mengancam pemerintahan Pak Lah di Malaysia.

Ketika Skandal Monggolia Gate hampir di penghujungnya, muncul satu lagi Gate di Malaysia iaitu Skandal Power Gate di Sabah yang melibatkan Kementerian Kewangan Malaysia, Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Tenaga Nasional Berhad, Sabah Electricity Sdn.Bhd, Khazanah Nasional dan Sabah Shipyard.

Dalam kes Monggolia Gate, jumlah komisyen yang diterima agak besar iaitu RM530 juta, namun dalam Power Gate, jumlah wang yang terlibat tidak begitu besar namun melibatkan semua pihak.

Seorang Deep Throat di Sabah Shipyard (SSY) di Labuan mendedahkan bahawa pihaknya telah menyiapkan sebuah Ponton Janakuasa Terapung bernama Gantisan Dua pada 1997 dengan harga RM38 juta, namun kebijaksanaan Juruperunding yang dilantik, Lembaga Elektrik Sabah (LLS) telah membeli janakuasa terapung berkenaan dengan harga RM170 juta!

�Siapa yang buat untung segera RM132 juta,� ujar Deep Throat SSY yang kesal kerana komisyen ini menyebabkan LLS mengalami kerugian besar akibat perbelanjaan sia-sia ini kerana Pengurus Besar LLS, Haji Maduarin Haji Riar telah berpakat dengan Pengurus Kanan LLS, Peter Lajumin untuk mendapat laba yang besar.

Menurut Deep Throat SSY, juruperunding yang dilantik LLS dan Sabah Shipyard, Dr Kok Tiong Chee daripada Unimekar Sdn.Bhd telah menokoh tambah harga agar semua pihak mendapat komisyen masing-masing, sebagaimana yang dicontohi oleh Monggolia Gate.

�Apakah semua pihak seperti Jabatan Audit Negara dan BPR terlepas pandang atau mereka bersekongkol? ,� keluh Deep Throat berkenaan yang menyebut Pengarah SSY, Joseph Chong turut terlibat.

Kata Deep Throat SSY, Power Gate ini antara punca menyebabkan LLS muflis kerana Gantisan Dua hanya menjadi projek Gajah Putih dan tidak digunakan, sebaliknya tersadai di jeti Sepanggar selama sepuluh tahun disebabkan terdapat beberapa Pembekal Janakuasa Persendirian (IPP) yang membekalkan tenaga elektrik untuk Kota Kinabalu dan sekitarnya.

IPP yang siap guna ialah Sepanggar Bay Power Corporation dengan kapasiti penjanaan

sebanyak 100 megawatt, Power Tron Sendirian Berhad dengan kapasiti 190 megawatt dan Round Hill Power Ranger dengan kapasiti penjanaan sebanyak 190 megawatt.
Active Image
GAJAH PUTIH: Gantisan Dua yang �maha mahal� ini tersadai di Batu Sapi dan masih gagal menjamin kelancaran bekalan elektrik Sandakan.

Manakala Deep Throat SESB mengakui bahawa Gantisan Dua menjadi salah satu sebab LLS ditelan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) kerana menanggung hutang, kerugian akibat kecurian bekalan elektrik, vandalisme dan kos operasi yang tinggi.

�SESB adalah 80% milik Tenaga Nasional Berhad manakala 20% adalah kerajaan negeri, namun saham majoriti dalam TNB dikuasai Khazanah Nasional,� ujar Deep Throat SESB yang kesal kerana pengambil alihan saham LLS oleh TNB ini menyebabkan rakyat Sabah kehilangan hak di dalam SESB, sebaliknya bekalan elektrik masih seperti dahulu.

Menurut Deep Throat SESB, Janakuasa Terapung Gantisan Dua yang mampu menjana 40 megawat elektrik mula beroperasi di Sandakan pada pertengahan 2006 untuk mengurangkan gangguan bekalan elektrik yang kerap berlaku di pantai timur Sabah.

�Gantisan Dua yang menganggur selama sepuluh tahun akhirnya ditunda daripada Jeti Gantisan Teluk Sepanggar pada 29 Disember 2005 ke Jeti Batu Sapi, Sandakan,� ujar Deep Throat SESB yang pernah mendedahkan rahsia ini kepada media di Sabah pada tahun lalu namun tidak pernah disiarkan.

Kata Deep Throat SESB itu lagi, Gantisan Dua seberat 3,000 tan berkenaan tiba di jeti Sandakan pada 31 Disember 2005 dan dua minggu selepas itu telah siap dipasang untuk kegunaan sebagai janakuasa gantian jika terdapat kerosakan janakuasa sedia ada.

�Gantisan Dua merupakan janakuasa terbesar di Sandakan kerana janakuasa yang sedia ada di pantai timur hanya mampu menjana 15 megawat elektrik,� ujar Deep Throat SESB yang gelisah kerana masih menerima rungutan orang ramai sekalipun tenaga elektrik yang dijana oleh Gantisan Dua ini turut dibekalkan ke Tawau, Lahad Datu dan Semporna melalui Grid Pantai Timur.

Deep Throat SESB menjelaskan jumlah permintaan bekalan elektrik di Pantai Timur Sabah sekitar 180 megawat dan SESB mampu membekalkan 200 megawat dan jika terdapat mana-mana kerosakan, Gantisan Dua mampu menggantikan penjanaan elektrik.

Katanya lagi, Gantisan Dua hanya sebagai �peranti sementara� kerana sebuah janakuasa arang batu akan dibina di Lahad Datu bagi menjana 300 megawat yang dijangka siap pada 2010.

�Kos pemasangan Gantisan Dua di Sandakan juga terlalu mahal mencecah RM5 juta yang melibatkan kerja pepasangan, pembinaan jeti baru, sub-stesen, talian transmisi selain belanja operasi juga sejumlah RM5 juta sebulan,� kata Deep Throat SESB yang meminta Audit dan BPR memainkan peranan proaktif membanteras pembaziran, rasuah dan salah gunakuasa.

Tegas Deep Throat SESB itu lagi, walaupun Gantisan Dua berjaya menjana 40 megawat dan janakuasa tambahan berkapasiti 10 megawat, namun masalah gangguan bekalan elektrik di Sandakan semakin parah dan penduduk Sandakan hanya menunggu janji Kerajaan Persekutuan membina loji Janakuasa arang batu di Lahad Datu dalam tempoh lima tahun daripada 2005 yang dijadualkan siap pada 2010 tetapi sehingga 21 Januari 2008, janakuasa berkenaan belum dibina.

�Janakuasa yang diwarisi daripada Lembaga Elektrik Sabah berkapasiti antara dua hingga lima megawatt hanya sesuai untuk kampung atau pekan kecil di zaman British dan apabila pembangunan semakin pesat, janakuasa berkenaan tidak ubah seperti besi buruk,� akui Deep Throat SESB.

Katanya lagi, kedudukan kewangan Sabah Electricity Sdn. Bhd (SESB) mencatatkan rugi bersih RM237.057 juta bagi 2002, RM301.759 juta pada 2003, RM272.299 juta bagi 2004 dan RM2.7 juta bagi 2005 setelah mengambilkira subsidi minyak.

Dalam pada itu, indeks gangguan bekalan elektrik yang diukur melalui System Average Interruption Duration Index atau SAIDI (indeks yang mengukur tempoh gangguan bekalan elektrik dalam minit yang dialami oleh pelanggan dalam masa setahun), telah menunjukkan pengurangan kepada 3,830 minit pada tahun 2006 daripada 4,109 minit pada Tahun Kewangan 2005 bagi Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Menurut sumber dalaman, SESB telah mensasarkan penurunan indeks SAIDI pada tahap 800 minit menjelang penghujung Rancangan Malaysia Kesembilan.

Sementara itu, dalam sidang Dewan Rakyat pada 19 September 2006, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin mendedahkan kepincangan SESB apabila sebuah Sub-station bernilai RM6 juta dibina di kawasan tanah gambut tanah rendah dan apabila kawasan tersebut banjir, semua struktur yang ada tidak boleh diguna pakai sehingga kerajaan terpaksa menambah RM8 juta untuk memindah projek tersebut ke tempat lain sedangkan SESB menggunakan juruperunding pakar.

Namun tidak ada respon positif daripada Jabatan Audit Negara atau BPR untuk menemui beliau selaku Timbalan Pengerusi SESB.

Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sejumlah RM606 juta kepada SESB dalam bentuk pinjaman mudah di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan untuk melaksanakan projek-projek penghantaran dan pembahagian di seluruh negeri Sabah.

Namun Tinjauan Malaysia Today di kebanyakan tempat di Sandakan termasuk di Kinabatangan amat mengejutkan kerana gangguan masih berlaku antara empat hingga enam kali sehari.

BPR Sabah yang diranjau pelbagai masalah kerana dalam keadaan serba salah dan gagal meyakinkan rakyat dalam melakukan penyiasatan 81 Dalil, kini semakin terpana apabila Pengurus Besar Kumpulan Yayasan Sabah, Daud Tampokong berjaya menyeludup keluar negara (London) ketika pasport antarabangsanya masih dalam simpanan Badan Pencegah Rasuah (BPR) Kota Kinabalu sehingga ramai berpendapat agensi membanteras rasuah berkenaan tidak lagi relevan berada di Sabah.

Tambahan pula Ketua Menteri Sabah yang terpenjara di kancah Skandal 81 Dalil yang difailkan Naib Presiden Parti KeAdilan Rakyat, Datuk Dr Jeffrey Kitingan pula semakin tersenyum kerana dibebas dan dilepaskan BPR sekalipun terdapat bukti yang melampaui keraguan munasabah terutama dalam Skandal Wisma Bandaraya.

Desas desus yang mengatakan Daud Tampokong telah merasuah Pengarah BPR Sabah sejumlah RM2 juta dan Musa Aman RM10 juta agar fail mereka ditutup semakin panas di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Mini Puterajaya, Sepanggar berikutan kejayaan Taiko Balak Keningau, Admund Looh yang menyalurkan RM2 juta melalui Henry Voon sehingga BPR mendapati tiada kes terhadap penglibatan Musa Aman di Keningau dan Musa Aman dibebaskan daripada tuduhan rasuah.

Sejak itu, rakyat Sabah mula mengambil sikap menghindari membuat laporan kes rasuah kepada BPR kerana laporan mereka akan diterjemahkan menjadi wang oleh pegawai siasatan. Mereka cenderung membuat laporan polis kerana tidak lagi percaya kepada BPR dan senario ini menunjukkan BPR tidak lagi relevan di Sabah kerana Rasuah sudah membudaya di dalam pentadbiran dan semakin bercambah.

Malaysia Today telah mendedahkan banyak kes rasuah di Sabah melibatkan Musa Aman dan menteri kabinetnya, Musbah Jamli, Ramli Marhaban, Ramli Yusuff, Bernard Dompok, Chong Kah Kiat dan sebagainya lengkap dengan bukti, namun anehnya hanya Ramli Yusuff sahaja yang disiasat dan didakwa.

JOM BERSIH!!! bersih.org/
HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com