Friday, December 26, 2008

Plea For ISA Fund

Click on image to read the news.
Click here for my personal take on the ISA.


Ringankan beban sekolah kanak-kanak mangsa ISA
Harakahdaily
Fri | Dec 26, 08 | 5:08:50 pm MYT

KUALA LUMPUR, 26 Dis (Hrkh) - 'Ayah dikurung di Kamunting, ibu terpaksa mencari nafkah, lebih malang anak-anak tercicir dari sekolah malah ada yang tidak mengenal huruf.'


Begitulah serangkap tema 'Dana Pendidikan Anak-Anak ISA' yang dilancarkan Harakahdaily menggambarkan kezaliman akta zalim, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang merosakkan masa depan kanak-kanak yang tidak berdosa.


Menjelang tahun baru serta pembukaan sesi persekolahan, menjadi '1001 macam' kepayahan kepada kanak-kanak yang menjadi mangsa akta zalim, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk meneruskan pembelajaran akibat faktor kewangan yang menghimpit.


Justeru, Ketua Pengarang Harakah dan Harakahdaily Ahmad Lutfi Othman memohon jasa baik dan simpati orang ramai untuk sama-sama membantu, paling tidak sedikit untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan kanak-kanak ini yang perlu diberi perhatian oleh seluruh masayarakt di negara ini yang prihatin terhadap tanggungjawab meneruskan pelajaran demi masa depan mereka.


"Yuran, buku sekolah, pakaian dan bayaran pengangkutan menjadi beban besar kepada keluarga mangsa ISA kerana ketua keluarga, ayah mereka tidak dapat melaksanakan tanggungjawab itu. Ada yang tiada sumber pendapatan malah, terpaksa mencari sesuap nasi dengan pelbagai cara yang menyulitkan.


"Demi masa depan mereka, saya meminta jasa baik orang ramai supaya dapat menghulurkan bantuan dana untuk diagihkan kepada mereka yang tidak bernasib baik," katanya Ahmad Lutfi yang menghubungi Harakahdaily sebentar tadi.


Kepayahan dan kesedihan hidup keluarga mangsa pernah dirakamkan oleh wartawan, Anis Nazri yang pernah mengikuti rombongan menjejaki keluarga mangsa tahan ISA di Sandakan Sabah September lalu:-


"Norhatta Paraji, tidak banyak bercakap ketika menyambut kedatangan kami. Beliau lebih suka tersenyum membalas soalan kami. Hanya kami yang bertanya itu dan ini. Ternyata suaranya bagaikan emas, terkunci untuk berkongsi kepayahan yang dihadapinya.


"Kehidupan bersama tujuh anaknya, yang semuanya tidak bersekolah cukup menggambarkan keperitan dan kesusahan yang dilaluinya sejak tiga tahun lalu apabila suaminya dicekup ISA.


"Kepayahan hidup bersendirian menguruskan anak-anak menyebabkan beliau tidak menghantar anak-anak ke sekolah, lantaran perjalanan ke sekolah yang jauh, anak kecil yang tiada penjaga serta terpaksa menunggu kedai runcit warisan suaminya," begitu catitan Anis yang pernah dimuatkan dalam Harakah dan Harakahdaily.


Ahmad Lutfi berharap dengan sumbangan dana dan apa jua bantuan orang ramai itu dapat mengembalikan dan menyuntik semangat keluarga mangsa ISA untuk meneruskan persekolahan anak-anak mereka sekaligus matlamat untuk melihat kanak-kanak tidak berdosa ini berjaya dalam pelajaran dan mengubah masa depan keluarga tercapai.


Bagi yang ingin menghulurkan bantuan,bolehlah dimajukan dana tersebut ke HARAKAHDAILY DOT COM akaun Maybank 564070000336. Segala simpati dan sumbangan diberi, hanya Allah yang membalasnya. Jazakullah Hukhairon Khatiro'.- azm/mks. _



*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: