Tuesday, May 6, 2008

Umno Johor Di Dalam Muzium

"Pas Johor Bahru" pasjohorbahru@yahoo.com


Umno Johor Di Dalam Muzium
Seminggu dua ini hebohlah negeri Johor ini dengan Kongres Permuafakatan Melayu yang sibuk membincangkan masa depan orang melayu pasca pilihanraya umum ke-12 yang lalu.
PASJB sedia maklum dan faham sensitiviti, hak dan sentimen orang melayu ini akan hanya mula diperdebatkan dan dibincangkan setelah beberapa pemimpin melayu gagal mempertahankan kuasa, walhal sebelum ini pemimpin-pemimpin ini jugalah yang meracun fikiran rakyat dan menipu rakyat dengan agenda Umnoputranya.
Alhamdulillah setelah 50 tahun negara merdeka, tembok pemisah perkauman dan kurafat yang ditanam didalam jiwa rakyat yang mengatakan hanya UmnoBN yang mampu memerintah negeri dan negara sudahpun berjaya diruntuhkan.
Kongres Permuafakatan Melayu yang berakhir di Johor Baharu Ahad lalu akhirnya bersetuju untuk menubuhkan sekretariat tetap yang dikenali sebagai Majlis Muafakat Melayu Malaysia (MMMM) bagi memantau, mempertahankan dan melaksanakan semua tuntutan berkaitan kedaulatan Melayu.
Kini nyatalah nama Umno sendiri cuba dipadamkan oleh orang-orang melayu, apa perlunya Majlis Muafakat Melayu Malaysia sekiranya Umno sendiri gagal untuk mempertahankan bangsa, agama dan tanahair.
Kongres tersebut juga mengusulkan agar Umno dan PAS duduk berbincang dan bersatu, masalahnya Umno selalu berdolak dalik dalam perbincangan dan perdebatan masalah ketuanan melayu.
Seperti yang dikatakan Tuan Guru Hj Nik Abd Aziz, PAS memang dah lama jaga melayu, tak payah minta PAS jaga melayu. Sekarang giliran Umno pula. "Bukan nak suruh masuk PAS tetapi baiki dasar, dari dasar kebangsaan yang menolak agama kepada dasar Islam," katanya.
PAS sudah serik untuk bersama Umno, disebabkan sikap Umno yang khianat dengan kuasa. Semasa Umno lemah tahun 1969 dahulu Umno minta PAS masuk Barisan Nasional, akhirnya setelah berkuasa semula PAS diterajang pada tahun 1978 yang mengakibatkan PAS merana selama 12 tahun untuk merampas semula Kelantan yang kini terus kekal ditangan PAS selama 5 penggal berturut-turut.
Semalam Tengku Razaleigh meminta ahli Umno untuk menjaga negeri Johor dari terlepas kepada pembangkang, memandangkan katanya Pakatan Rakyat akan berusaha berhabis-habisan menyerang pengkalan kubu terakhir Umno.
Dalam pilihanraya umum lalu, BN kehilangan enam kerusi DUN dan sebuah kerusi Parlimen kepada pembangkang di Johor. DAP memenangi kerusi DUN Senai, Skudai, Mengkibol dan Bentayan. Kerusi parlimen tunggal itu pula dimenangi oleh DAP di Bakri. Manakala PAS berjaya menambah kerusi di Sg Abong dan Maharani walaupun tidak berjaya mengekalkan kerusi percuma Senggarang walau bagaimanapun PAS berjaya mengecilkan majoriti Umno.
Ingatan Ku Li kepada ahli Umno itu sendiri sebenarnya menjadi perangsang kepada Pakatan Rakyat memandangkan Umno sendiri kini tidak berani mengangkat muka kepada penyokong pembangkang, walhal semasa pilihanraya yang lalu juak-juak Umno inilah juga yang terlalu yakin dengan kemenangan.
Mereka semakin gusar kerana harapan Umno Malaysia kini terletak dinegeri Johor yang mana terdapatnya tembuni Umno yang ditanam di Istana Johor kira-kira 62 tahun yang lalu.
Kalau mengikut jangka hayat manusia Umno tidak beberapa lama lagi akan terkubur didalam muzium.
Tidakkah tuan-tuan melihat Umno didalam Muzium Kelantan dan Muzium Memorial Pengistiharan Kemerdekaan di Melaka...

Sumber : Jundullah




*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: