Wednesday, May 7, 2008

Tangkap Rashid, Kamaruzzaman, Musa dan Gani

"isjGmail" isj2809@gmail.com


Dilulus terbit pada Tuesday, May 06 @ 16:00:45 MYT oleh greenboc

Analisis Isu Oleh GB

aKontroversi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) di dalam isu pembatalan penggunakan dakwat beberapa hari sebelum pilihanraya umum 8 Mac lalu kini terjawab apabila Dewan Rakyat diberiahu bahawa laporan polis yang dibuat mengenainya adalah berasaskan kepada khabar angin.

Pendedahan yang mengejut itu di lakukan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar di dalam jawapan bertulisnya kepada soalan ahli parlimen DAP dari Batu Gajah, Fong Po Kuan.

Pada 4 Mac 2008, Pengerusi SPR, Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman pada satu sidang akhbar menyatakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah membatalkan cadangan penggunaan dakwat kekal pada kuku dalam pilihan raya umum 8 Mac.

Beliau menambah laporan keselamatan yang diterima SPR mendedahkan kononnya terdapat pihak tertentu di Malaysia telah membeli dakwat itu dari luar negara.

Sidang akhbar itu telah dihadiri bersama oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail; Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Setiausaha SPR, Datuk Kamaruzaman Mohd. Noor.

SPR telah mereka-reka cerita kononya pihak itu dikatakan merancang untuk mencalitkan dakwat itu pada kuku pengundi di kawasan luar bandar bagi menimbulkan kekeliruan dan syak wasangka mengenai status pengundi berkenaan.

Menurut Ab. Rashid, jika pengundi-pengundi itu hadir untuk mengundi pada hari pilihan raya, sudah tentu ia akan menimbulkan keraguan di kalangan ejen calon dan petugas SPR mengenai status pengundi itu.

Dengan nada penuh penipuan sewaktu itu Rashid berkata "SPR berasa amat dukacita atas keputusan yang dibuat ini. Namun demi menjamin kelancaran proses pengundian dan demi ketenteraman serta keselamatan awam, keputusan ini perlu dibuat.

"Saya berharap semua pihak boleh menerima keputusan ini dengan hati terbuka," kata Ab. Rashid lagi di sidang kahbar berkenaan.

KINI menurut jawapan kepada ahli parlimen Batu Gajah itu, Syed Hamid berkata, siasatan polis tidak menemui sebarang bukti di sebalik dakwaan tersebut selepas tiga kertas siasatan dibuka. Demikian dilaporkan leh akhbar online, malaysiakini.

"Setelah laporan tersebut diteliti, dan pihak polis telah menemubual pengadu serta saksi-saksi, didapati tiada sebarang bukti menunjukkan dakwat tersebut dibawa dari negara Thailand. Ini kerana tidak ada seorang saksipun yang pernah melihat dakwat tersebut.

"Daripada keterangan saksi, tiada sebarang individu, sindiket atau pihak-pihak tertentu yang dikenalpasti terlibat dalam kegiatan ini. Keterangan pengadu dan saksi adalah merupakan khabar angin dan tiada sebarang individu yang dicam atau dikenali secara positif," kata Syed Hamid lagi.

Berikutan itu, tegas Syed Hamid, tiga kertas siasatan yang dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara pada 14 dan 21 Mac, kemudiannya di klasifikasikan sebagai 'tiada tindakan lanjut'.

Syed Hamid juga berkata, pengadu membuat aduan polis kerana mereka bimbang dakwat tersebut boleh dibeli dengan mudah di Thailand dan akan disalahgunakan sewaktu pilihanraya umum 8 Mac lalu.

Justeru itu kami berpendapat, keempat-empat yang hadir di dalam sidang akhbar perlu dtahan dan ditangkap serta di bawa ke muka pengadilan.

Satu siasatan rapi hendaklah dilakukan ketas pembuat-pembuat laporan polis tersebut untuk menentukan bahawa mereka tidak diarahkan untuk berbuat demikian oleh mana-mana pegawai tertinggi kerajaan di dalam satu penipuan terrancang dan sebarang konspirasi yang ada perlu didedahkan untuk pengetahuan rakyat.

Kita meminta Kerajaan BN yang berkuasa kini supaya berani mengambil tindakan ke atas pegawai-pegawai tertinginya demi meletakan kebenaran dan keadilan di tempatnya yang lebih wajar agar rakyat tidak ditipu sewenang-wenangnya dengan menggunakan alasan-alasan yang direka-reka.

Ketua Polis Musa Hasan dan juga Peguam Negara Gani Patail yang terlibat di dalam memberikan iringan kehormat kepada Pengerusi SPR di sidang akhbar berkenaan untuk melakukan penipuan kepada rakyat perlu diambil tindakan segera dengan melucutkan mereka dari jawatan masing-masing.

Sekiranya kerajan BN berdiam diri dan tidak mengambil sebarang tindakan kepada mereka berkenaan akn mendedahkan lagi fakta bahawa kerajaan di bawah pipinan PM, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi adalah sebuah kerajaan paling lemah dan korup kerana gagal bertindak ke atas pegawai-pegawai tertingginya sehingga mereka itu mampu melakukan konspirasi untuk menipu sekalian rakyat Malaysia.


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: