Sunday, May 11, 2008

Tambah lagi RM42 juta dalamkan laluan anjur 'Monsun Cup'


Azamin Amin
Fri | May 09, 08 | 10:47:44 am MYT

KUALA LUMPUR, 9 Mei (Hrkh) - Kerajaan Terengganu mengesahkan bahawa peruntukan tambahan RM42 juta dalam fasa dua projek pembinaan benteng pemecah ombak di muara Sungai Terengganu digunakan untuk mendalamkan laluan air di kawasan itu untuk penganjuran Piala Monsun dan pelayaran kapal mewah Star Cruise.


Menurut laporan Buletin Online, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Yahya Khatib Muhamad berkata, pelaksanaan projek benteng pemecah ombak itu meliputi tiga fasa dan fasa satu yang menelan kos RM42 juta telah siap pada tahun 2003.


Utusan memetik Yahya berkata, peruntukan tambahan RM42 juta itu adalah untuk fasa kedua yang pada mulanya membabitkan peruntukan sebanyak RM367 juta sebelum bertambah RM409 juta manakala fasa tiga sebanyak RM100 juta masih dalam pembinaan.


"Kerajaan negeri mengakui kenyataan itu, kerja mendalamkan lembangan digunakan untuk penganjuran Piala Monsun," katanya.


Beliau menjawab soalan tambahan Mohd. Abdul Wahid Endut (PAS-Wakaf Mempelam) berhubung projek pembinaan benteng pemecah ombak di muara Sungai Terengganu pada persidangan Dewan Undangan Negeri semalam.


Sementara itu, semasa menjawab soalan bertulis oleh wakil rakyat sama mengenai pembinaan Taman Tamadun Islam (TTI), Yahya Khatib memberitahu, kos asalnya ialah RM249 juta manakala kos sebenar pembangunan ialah RM259 juta.



*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: