Wednesday, May 14, 2008

Tajuddin gagal namakan tokoh Umno dipenjara menuntut merdeka

"Nawawi Mustafa" lot3137@yahoo.com

Abdul Halim Mohd Rashid
Mon | May 12, 08 | 5:14:13 pm MYT

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Hrkh) - Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) gagal menjawab soalan Haji Khalid Abdul Samad (PAS-Shah Alam) yang meminta beliau menamakan seorang tokoh Umno yang dipenjarakan kerana memperjuangkan kemerdekaan.


Sebelum itu, tokoh Umno yang tidak senang dengan gelaran "Six Million Dollars Man" itu membangkit-bangkitk an peranan Umno memperjuangkan kemeredekaan negara ini.


Cara beliau menyampaikan hujjahnya seolah-olah menggambarkan bahawa Umnolah yang memulakan perjuangan membebaskan rakyat negara ini dari belenggu penjajahan British.


Khalid lalu bertanya adakah Tajuddin sedar bahawa perjuangan menuntut kemerdekaan dimulakan oleh begitu banyak badan-badan lain yang ditubuhkan oleh rakyat negara ini pada masa itu termasuk Hizbul Muslimin dan sebagainya.


Beliau juga menuntut Tajuddin menamakan hanya seorang tokoh Umno yang dipenjarakan kerana perjuangan menuntut kemerdekaan dari British.


Apabila Tajuddin tidak memberikan jawapan yang menepati soalan yang dikemukakan, sekali lagi Khalid bangun dan bertanya dengan lantang: "Namakan seorang pemimpin yang ditangkap kerana memperjuangkan kemerdekaan" .


Sekali lagi Ahli Parlimen Pasir Salak itu tidak memberikan jawapan yang dikehendaki dan Khalid sekali bertanya sehingga keadaan menjadi agak kecoh. Yang DiPertua dewan kemudiannya meminta Tajuddin meneruskan ucapan dan tidak memberikan laluan.


Mengenai tuduhan "Six Million Dollar" terhadapnya, tokoh Umno itu tidak menafikan dan menjelaskan beliau tidak membelanjakan wang yang dibangkitkan itu untuk merebut jawatan di dalam partinya.


Menurut beliau, beliau mendermakan wang itu kepada masjid di mana ayahnya menjadi siak dari muda hingga ke tua dan sekolah di mana beliau pernah mendapat pendidikan.


Mungkin tidak berpuas hati lagi, Tajuuddin mengakhiri ucapannya dengan mendakwa bahawa Ahli-Ahli Parlimen pembangkang di hadapannya berada di dalam Dewan Rakyat "kerana jasa-jasa Umno".



*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: