Sunday, May 4, 2008

Siaran Langsung Parlimen RTM dihentikan - untuk tutup kelemahan Kominis UMNO Barang Naik ...

"Salmah Ahmad" salmahumno@yahoo.com

sudah lah...dah letih lah.... satu lagi sandiwara
Kominis UMNO Barang Naik.
masa sidang parlimen tu pun, memang wakil BN yang cari
pasal...itu MP mersing pasal apa sumpah tak angkat
tangan...??? memang lah MP PR akan tegur...pasal apa
bagi soalan BN 8, PR 2 jer, memang la PR
melenting... dah tu, tak bagi pulak soalan tambahan...

macam dah rancang jer semua nih...ubah beberapa
prosedur teknikal utk buat MP PR melenting... bila MP
PR melenting, YDP masuk campur, tak kasi MP PR
bercakap...dah tentu MP PR akan lawan balik...pastu
memang mulalah episod tikam lidah...itu yang BN
mahukan...ada la modal nak bagi alasan utk batal
sidang parlimen secara langsung di TV...

semua ni semata-mata tak nak MP PR bukak mulut
sangat...
kemudian dicanang plak dalam berita MP PR buang masa
dengan masalah teknikal lah, apa lah, padahal diorg
yang mula2 cari pasal...


Siaran Langsung sidang Parlimen akan dihentikan
Oleh Amin Iskandar @ Black

Semenjak dari awal lagi, sudah dapat diagak bahawa
tindakan Kementerian Penerangan untuk menyiarkan
siaran langsung sidang parlimen adalah �wayang�
semata-mata.

Pada mulanya Menteri Penerangan, Shabery Cheek
memperkenalkan siaran langsung sidang parlimen adalah
untuk memberi harapan kepada rakyat bahawa BN bersedia
untuk menjadi lebih telus dan terbuka.

Tetapi apabila sidang parlimen yang pertama berjalan,
mereka (baca: BN) melihat jika siaran langsung sidang
parlimen diteruskan, rakyat Malaysia akan terdedah
kepada maklumat-maklumat yang selama ini disekat.

Contohnya seperti ISA, rasuah, penyelewengan dan
lain-lain.

Jika ini berlaku, populariti BN dikalangan orang-orang
kampung di pendalaman akan lenyap dan Pakatan Rakyat
akan mendapat lebih banyak keuntungan politik.

Tambahan pula sekarang ini jumlah Ahli Parlimen
pembangkang adalah 82 orang. Sudah pasti suara
pembangkang akan menjadi lebih kuat berbanding dahulu
dan rakyat boleh menilai apa yang baik dan apa yang
buruk.

Penghentiaan siaran langsung sidang parlimen ini,
adalah perkara yang sudah boleh diagak semenjak awal
lagi. Klik disini untuk membaca kenyataan Abdullah
Badawi mengenai isu ini.

Sementara Shabery Cheek pula memohon maaf kepada
rakyat Malaysia kerana menyiarkan siaran langsung
sidang parlimen. Klik disini.

Sila baca tulisan terbaru saya di Malaysiakini tentang
Shabery Cheek di Kolum saya �Borak-borak� yang
bertajuk �Alahai Shabery, Blog di RTM�.

Jelaslah �reformasi� yang kononnya cuba dibawa oleh
Pak Lah dan Menteri-menteri BN adalah kosmetik
semata-mata.

Jangan terkejut jika selepas ini Suruhanjaya Anti
Rasuah yang diperkenalkan oleh PM juga tidak akan
bergerak sepertimana IPCMC yang �kononnya� mahu
dilaksanakan oleh Bapa Mertua Khairy tersebut.

Posting berkaitan, klik disini.

...
http://aminiskandar .wordpress. com/2008/ 05/02/siaran- langsung- sidang-parlimen- akan-dihentikan/

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: