Friday, May 2, 2008

Sekat Internet: Terbukti SPR Menyahut Seruan Kerajaan Barisan Nasional !!

"isjGmail" isj2809@gmail.com

Dilulus terbit pada Thursday, May 01 @ 19:09:15 MYT oleh SongkokPutih

Artikel Oleh: cucumatkilau

 Setelah sekian lama Suruhanjaya Pilihan Raya dikatakan menyepi serta menikus selepas menyaksikan satu tragedi ngeri dalam sejarah pilihanraya umum di Malaysia, tiba-tiba suara mereka muncul tatkala parlimen mula bersidang semalam. Jika dulu hanya suara pengerusi mereka iaitu Tan Sri Rashit sahaja yang memualkan halwa telinga kita.

Dengan kenyataan demi kenyataan yang sukup memilukan, ditambah lagi dengan tindakan serta keputusan yang jelas menyebelahi pihak kerajaan Rashit dilihat sebagai "Master Mind" dalam memastikan kekuasaan BN dalam setiap kali pilihanraya umum sejak beberapa penggal yang lalu. Kini, muncul pula suara baru SPR yang dikatakan seolah-olah menyahut seruan kerajaan Barisan Nasional. Ini berikutan kenyataan Wan Ahmad wan Omar, Setiausaha SPR yang akan mengenakan tindakan terhadap mana-mana calon dan parti politik yang didapati berkempen menggunakan laman web, blog atau sms.

Semua ini dilakukan bertujuan untuk meluaskan lagi kuasa SPR sehingga mencakupi kempen menerusi tenologi maklumat dan komunikasi (ICT), berbanding dengan kaedah lama berkempen menggunakan spanduk, pemasangan bendera, poster, ceramah dan kenyataan media semata-mata. Langkah ini kononnya sejajar dengan usaha SPR bagi memastikan peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 lebih lengkap dan menyeluruh. Langkah itu juga kata Wan Ahmad bagi menjamin kewibaan SPR dalam menjalankan tanggungjawab dalam mengendalikann pilihanraya di negara ini.

Soalnya, kenapa secara tiba-tiba sahaja kenyataan ini dikeluarkan oleh SPR?. Bukankah perkara mengenai website dan blog ini telah menjadi igauan ngeri buat pemimpin BN selepas berakhirnya pilihanraya lalu. Ramai dikalangan mereka berpendapat teknologi itulah yang menyebabkan BN tewas teruk terkena pukulan TKO dalam pilihanraya umum lalu. Bahkan ada juga sesetangah daripada mereka mahu kerajaan mahukan setiap wakil rakyat BN mempunyai blog masing-masing. Menteri Belia Dan Sukan, Ismail Sabri Yaakob juga ada membangkit isu ini dan mahukan supaya para belia diseluruh negara didedahkan dengan blog dan internet. Malahan beliau juga dengan bangganya melancarkan Rakan Muda Siber, bagi mengimbangi asakan pembangkang terhadap pemimpin kerajaan menerusi internet selama ini. Maka lahirlah para blogger dikalangan pemimpin UMNO sendiri seperti Ali Rustam, Khir Toyo, Shahrir Samad dan juga Mat Taib. Bukankah ini memberi maksud yang kerajaan juga sedang mencari jalan untuk mengambil hati rakyat menerusi teknologi ICT ini.

Namun, apa yang menghairankan kita mengapa pula tiba-tiba Wan Ahmad mahu mengenakan akta bagi menyekat penggunaan internet ini dalam kempen pilihanraya akan datang? Bukankah dangkal benar bunyinya kenyataan yang keluar dari orang kanan SPR ini. Walau pun kita tahu, kenyataan ini tidak lahir dari pihak kerajaan namun berdasarkan risikan inilah dia arahan tidak rasmi Pak Lah kepada SPR sebenarnya. Pak Lah kecewa benar atas kegagalan Rashit memastikan kemenangan mutlak BN di Dewan Rakyat. Malahan paling mengecewakan, Rashit gagal mengembalikan Kelantan kepada BN dan seterusnya membiarkan Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kedah jatuh ke tangan pembangkang dalam pilihanraya lalu.

Kekecewaan ini jelas terasa, tatkala pengumuman keputusan pilihanraya umum lalu. Pak Lah tidak lagi seceria seperti tahun terdahulu. Muka merah padam, nak tersenyum pun susah, nak angkat tangan pun susah dan nak bercakap dengan wartawan pun susah. Nampak benar kekecewaan Perdana Menteri Malaysia itu. Apa tidaknya, kasihan Pak Lah. Sudahlah beliau dicemuh dan dikritik rakyat gara-gara melakukan agenda menaikkan umur persaraan kakitangan SPR .

Akta dipinda biarpun mendapat bantahan rakyat. Kerja Rashit perlu diselesaikan dulu, lantaran itulah Rashit diamanahkan melaksanakan tanggungjawab memastikan kejayaan besar BN. Namun sebaliknya pula yang berlaku, BN bukan sahaja kehilangan beberapa buah negeri termaju di Malaysia malahan juga kehilangan majoriti dua pertiga di parlimen. Ini yang lebih memeritkan sebenarnya. Atas alasan inilah, kita tidak hairan Rashit SPR juga bagai "cacing kepanasan" ketika mengumumkan keputusan pilihanraya lalu. Beliau seolah-olah risau apa yang akan berlaku terhadap dirinya selepas ini. Hinggakan beliau sanggup melupakan kedudukannya sebagai pengerusi SPR yang bertanggungjawab mengendalikan pilihanraya lantaran dengan tidak mahu secara profesional mengumumkan kemenangan pembangkang di beberapa buah negeri dan parlimen malam itu. Bahkan beliau dilihat seolah-olah pemimpin salah sebuah parti komponen BN ketika itu.

Sikap yang ditunjukkan beliau ini jelas sekali membuktikan kepada kita yang SPR bukanlah badan bebas sebenarnya. Tetapi sebaliknya SPR adalah badan yang berat sebelah (double standard) dan banyak berpihak kepada kerajaan memerintah. Ini jelas dapat dilihat dengan tindakan dan kenyataan Rashit yang sungguh membingungkan kita sebelum ini. Langkah persempadanan semula yang memecahkan kawasan majoriti Melayu, menaikkan deposit pilihanraya, mengekalkan undi pos yang diragui, menukar database pemilih, membiarkan pengundi hantu berleluasa dan boleh mengundi di banyak kawasan dengan mudah. Semua ini adalah tindakan SPR yang jelas mencemarkan prinsip keadilan dan ketelusan yang sepatutnya berlaku. Rakyat melihat semua ini, kerana rakyat adalah hakim negara.

Apa yang melucukan dan terkena batang hidup BN sendiri ialah langkah memecah sempadan kawasan Melayu dan memasukkan kawasan kaum lain dalam kawasan DUN dan parlimen pembangkang yang dipercayai majoriti Melayu. Nak jadikan rezeki, dalam pilihanraya yang lalu kawasan terbabit kaum Cina dan India pula yang menyokong pembangkang. Bukankah, agenda yang dilakukan SPR ini akhirnya tidak menjadi?. Sekarang entah bagaimana caranya pula agenda yang akan dilakukan oleh SPR dalam isu persempadanan semula ini agaknya.

Tindakan paling bobrok yang dilakukan oleh SPR ialah ketika menjelangnya pilihanraya umum ke-12 lalu, apabila Rashit secara tiba-tiba mengumumkan pembatalan pengguna dakwat pada jari pengundi. Walhal kerajaan sudah menghabiskan jutaan ringgit semata-mata untuk melaksanaka peraturan tersebut. Bahkan Majlis Fatwa juga telah meluluskan resolusi dan fatwa bahawa celup jari itu tidak haram. Tiba-tiba SPR batalkan beberapa hari menjelang pilihanraya atas alasan dakwat yang dibeli dari India itu telah dibeli juga oleh beberapa orang individu yang berniat jahat untuk memaksa penggundi tidak keluar membuang undi.

Alasan yang diberikan ialah mereka akan mencelup jari pengundi terbabit, yang menyebabkan pengundi itu tidak dapat mengundi lagi apabila jarinya sudah dicelup. Soalnya, berapa ramai pekerja pihak berkenaan untuk memaksa pengundi mencelup jari? Takkanlah begitu mudah menahan pengundi ditengah jalan, kemudia menarik tangannya untuk dicelup jari dengan dakwat yang akhirnya mereka gagal mengundi akibat jari sudah dicelup dakwat. Bukankah pelik bunyinya itu, hanya orang "Bangang" aja yang terfikir perkara ini boleh terjadi. Justeru itulah, tindakan pembatalan ini disokong oleh Peguam Negara dan Ketua Polis Negara, sebab mereka berdua dikatakan terlibat secara langsung dalam kes Anwar Ibrahim dulu.

Menjelang hari pencalonan pula, lebih dasyat kejadian yang berlaku.

SPR sewenang-wenangnya mengarahkan semua calon memati stemkan borang pencalonan masing-masing. Jika tidak kertas pencalonan akan ditolak. Arahan ini dikeluarkan dua hari menjelang hari pencalonan iaitu Khamis sedangkan hari pencalonan ialah Sabtu. Maka bergegaslah calon-calon pembangkang mendapatkan Pesuruhjaya Sumpah untuk memati stemkan borang mereka. Bayangkan apa terjadi kepada calon-calon dari Kelantan dan Kedah yang cuti umumnya jatuh pada hari Jumaat?. Timbul kekecohan atas arahan tergesa-gesa SPR ini. Namun takdir penentu segalanya, semua calon pembangkang berjaya melaksanakan tanggungjawab itu, teteapi ramai calon BN gagal berbuat demikian terutamanya di Kelantan. Menyedari hakikat itu, akhirnya SPR menarik balik arahan itu disaat-saat akhir. Bukankah semua ini telah dirancang dengan baik?. Siapa yang memberi arahan kepada SPR?. Bayangkan jika calon pembangkang gagal berbuat demikian, sudah pasti BN akan menang percuma di lebih banyak kawasan tanpa mengeluarkan wang untuk membeli calon. Inilah yang mereka mahukan sebenar, tetapi sebaliknya pula yang berlaku.

Begitu juga bagi kes Rafidah Aziz di Kuala Kangsar, Ketua Wanita UMNO itu jelas tidak menandatangi borang pencalonan dan dibantah oleh calon PAS. Namun SPR menolak semua bantahan tersebut tanpa memberikan sebarang alasan yang munasabah. Akhirnya Rafidah menang juga disitu, namun beliau dikeluarkan dari kabinet Pak Lah selepas itu. Jika bantahan diterima, sudah pasti PAS akan menang percuma di parlimen Kuala Kangsar itu.

Sebenarnya, banyak lagi kejadian yang tidak sepatutnya berlaku dalam pilihanraya baru-baru ini. Namun semuanya ini dipejamkan mata sahaja jika ia melibatkan calon BN. Namun jika calon pembangkang, maka akan dikenakan tindakan yang tidak wajar dalam hal ini. Maka itulah, tidak syak lagi yang SPR sebenarnya bekerja untuk BN. Mereka akan lakukan apa sahaja untuk memastikan kemenangan mutlak BN. Justeru itulah, bagi memperbetulkan keadaan mereka sanggup menerima arahan kerajaan agar mengubal satu akta kesalahan pilihanraya baru untuk diguna pakai dalam pilihanraya umum ke-13 nanti. Sekali ini, ianya lebih melucukan sebenarnya iaitu melarang calon dan parti politik berkempen menggunakan website, blog dan sms. Sungguh menghairankan kita sebenarnya, apakah arahan ini ditujukan kepada semua calon atau calon pembangkang sahaja?.

Bukankah kini ramai wakil rakyat kerajaan juga akan mempunyai laman blog masing-masing untuk memudahkan mereka berinteraksi secara langsung dengan rakyat?. Maka mana satu yang sebetulnya, satu pihak mahu setiap YB ada blog sendiri manakala yang satu pihak lagi mahu larangan berkempen guna internet (ICT) dikuatkuasakan. Ini bermakna SPR sudah hilang punca dan halatujunya. Mereka terpaksa akur dengan kehendak kerajaan. Semua ini atas desakan dan amaran sebenarnya, jika tidak masakan Wan Ahmad boleh berkata begitu. Kenapa tidak si Rashit sahaja yang mengeluarkan kenyataan ini?. Apapun kita tunggu dan lihat sejauh manakah perkara ini akan dipertahankan? .

Mereka cuba untuk menyekat gelobang teknologi era globalisasi. Soalnya mampukan mereka berbuat demikian? Bukankah internet itu bisa menyelunup secara halus ke rumah-rumah rakyat Malaysia. Bangang agaknya SPR ini, elok sahaja dibubarkan dan digantikan dengan yang baru iaitu Suruhanjaya Penipu Rakyat... tak habis-habis nak menipu rakyat dan menjadi talibarut BN. Punah demokrasi ala Malaysia jika sistem sebegini diteruskan. Marilah kita lakukan perubahan, jangan sampai SPR di Malaysia ini jadi seperti di Zimbabwe yang terang-terang akur dengan arahan kerajaan Mugabe. Pengumuman pilihanraya tidak dikeluarkan setelah mengetahui yang parti kerajaan kalah dalam pilihanraya negara itu baru-baru ini. Sama-samalah kita fikirkan. [Sila ke blog cucumatkilau untuk lain-lain berita panas dan sensasi]

[Melihat kepada tindakan drastik SPR ini, jelas membuktikan kepada kita yang pilihanraya di Malaysia sebenarnya memang tidak adil dan telus. Kerajaan berupaya menyebarkan maklumat menerusi media arus perdana, tetapi calon pembangkang yang tiada medium lain sebebas mereka namun penggunaan internet juga mahu dihalang. Apa jenis manusia agaknya puak SPR ini?. Elok sahaja Rashid, Wan Ahmad menubuhkan parti politik lepas bersara nanti.]


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

2 comments:

genVR8 said...

spr ...sila pujuk rakyat tak penah di timbang oleh umno... sebab tu napak berat ajer...........

cakapaje said...

Salam genvr8,

Saranan anda tidak didengar atau dipedulikan oleh spr kerana mereka dan tuan mereka sesama bersedudukan dalam sarkas.