Friday, May 9, 2008

RE: [harakah_daily] Khabar dari Parlmen / Bersama Rakyat

"Security.Admin /BDF JHB" zam@Beiersdorf.com

Asalamualaikum Dr,
Alhamdulilah & syabas diucapkan kepada Dr kerana kini kehadiran Dr dibarisan depan perjuangan rakyat & agama dalam dewan yg mulia.
Saya memohon jasa baik Dr untuk mengenengahkan isu ini yg membabitkan Kementerian Pembangunan Usahawan berkenaan
1) Isu seleweng permit teksi
2) Isu pemandu teksi tidak menggunakan meter &salahlaku pemandu teksi.
Isu ini pernah dibangkitkan sejak kementerian dipimpin oleh Dato'Nazri Aziz lagi.Dimana pada masa itu kementerian telah megeluarkan beribu ribu permit teksi kepada syarikat2 atas alasan untuk penambahbaikkan sistem perkhidmatan awam selain alasannya untuk memudahkan kementerian mengawal perkhidmatan yg diberikan. Setelah itu beliau menyatakan pihak kementerian juga terpaksa berbuat demikian kerana kebanyakkan mereka yg berminat memandu teksi tiada modal asas untuk membeli kereta bagi tujuan dijadikan sebagai teksi.Oleh yg demikian dgn adanya syarikat2 teksi ini ia akan membantu mereka2 yg berminat menjadikan kerja sebagai pemandu teksi sebagai kerjaya boleh menyewabeli melalui syarikat,katanya.
Amat malang sekali salah satu dasar DEB yg dikatakan utk membantu bumiputera melalui kementerian telah diberikan pula kepada syarikat2 tersebut. para pemandu teksi telah menjadi mangsa apabila pihak syarikat tersebut telah mengenakan bayaran yg terlalu tinggi bagi sewaan harian dan juga depositnya.
Ada diantara pemandu teksi sewa beli terpaksa membayar sewabeli harian setinggi RM 52.00 dan yg paling murah hanyalah RM 42.00 dengan tempuh perjanjian sewabeli sehingga 5 atau 6 tahun.
Jika sewa harian mereka RM 42.00 sekalipun maka dalam sebulan pihak syarikat akan memperolehi sebanyak RM 1260 dan bagi tempuh setahun sebanyak RM 15,120.00 manakala tempuh 5 TAHUN ialah sebanyak RM 75,600.00
Lihatlah harga sebauh teksi yg dikecualikan cukai import pada asalnya RM 25,320.00 telah menjadi berlipat ganda keuntungan kepada pemilik syarikat teksi.
Dan ada pula yg membeli teksi second hand dari syarikat dikenakan bayaran RM 36.00 sehari dan dibayar dlm tempuh 2/3 tahun.
Dengan keadaan kos sara hidup yg amat tinggi sekarang ini dan tekanan untuk menbayar sewa harian setinggi itu maka timbul pula isu baru pemandu enggan menggunakan meter tambang.Tapi pihak kementerian tidak pernah mengkaji dan mengambil berat kebajikan pemandu2 teksi seprti kenapa perkara seperti ini boleh berlaku dan apakah sebabnya walaupun operasi sering dijalankan tetapi pemandu teksi masih melakukan kesalahan ini.
Pada saya jawabannya ialah tekanan dan kesempitan selain tiadanya satu badan yg khusus menjaga kebajikan mereka.
Dan yg paling pelik lagi kenapa pihak kementerian dgn sewenang2nya memberi ribuan permit teksi kepada pihak syarikat tapi terlalu sedikit kepada individu.Sedangkan jika peruntukan permit diberi kepada individu maka kos mereka adalah jauh lebih rendah dari sewabeli dgn syarikat.Maka tak hairanlah ramai yg enggan guna meter tambang.
Jika kerajaan berfikir bahawa ramai pemandu teksi adalah orang melayu & mereka pula adalah dari golongan miskin mengapa tidak mereka dibantu dari segi deposit untuk membeli teksi?
Saya amat berharap Dr dapat membawa isu ini keparlimen untuk mendesak kerajaan tidak lagi mengeluarkan permit teksi kepada pihak syarikat dan hanya permit teksi individu sahaja dikeluarkan. Dan satu mekanisma pemantauan dilakukan bagi menjaga kebajikan mereka.
Berikutnya ialah apabila pihak Kementerian Pelancongan melalui Dato Azalina menyatakan pemandu teksi di M'sia adalah duta kecil negara kepada para pelancong2 maka saya juga tertarik dgn kenyataanya itu.Tapi malang sekali jika Dr lihat pakaian seragam pemandu teksi yang ditetapkan kementerian tak ubah seperti budak sekolah(Seluar hitam & baju putih).
Bayangkanlah imej tersebut,sedangkan pihak kementerian boleh menjenamakan dengan lebih cantik & segar uniform pemandu teksi seperti baju batik berlatar belakangkan Bungaraya dsbnya. Kalau kementerian pembangunan usahawan & kementerian pelancongan bijak memeparkan imej negara saya rasa baju putih seperti sekarang ini sudah lama ditukar kepada seragam yg lebih cantik yg menonjolkan imej M'sia.
Namun malang juga sekiranya imej seragam itu ditukar tapi penyedia seragam berkenaan dimonopoli oleh pihak tertentu dan tentunya harganya akan melambung dan pasti tidak akan mendapat sambutan pemandu teksi.
Wasalam Dr, sekali lagi syabas dan tahniah diucapkan kepada Dr kerana keberanian & kejayaan Dr memperjuangkan nasib bangsa & agama.


From: harakah_daily@ yahoogroups. com [mailto:harakah_ daily@yahoogroup s.com] On Behalf Of Salam Aman
Sent: Thursday, May 08, 2008 12:35 AM
To: harakahdaily@ yahoogroups. com
Subject: [harakah_daily] Khabar dari Parlmen / Bersama Rakyat

(Pimpinan PR, PAStikan Rakyat DAPat KeAdilan!)
(Rakyat, Teruskan Lonjakkan Minda!)

Blog Dr Lo'Lo'
Khabar dari Parlmen;
Dari memo 30 April :

Dakwaan kekecohan pada hari pertama persidangan telah dimanipulasi media2 yang dikongkong BN. Bagaimana saya sendidri menjadi mangsa. Sepanjang pagi Hari pertama persidangan saya tidak bangun pun kerana ingin mempejari dan memerhati dulu. Hanya pada sebelah petang barulah saya ada 'kekuatan' untuk bangun menanya soalan. Namun dalam berita RTM malam itu gambar saya dan gambar YB Presiden PAS disiarkan selepas gambar YB Karpal sambil dinyatakan ahli2 parlimen pembangkang membuat kekecohan dan gangguan serta mencari publisiti murahan.
Sedangkan saya tidak terlibat langsung dengan 'kekecohan' pagi tu. Saya hanya bangun sebelah petang dan berikutan adalah sedutan ucapan saya:

YB Bintulu:

Dlm PULAPOL semua instructor kah mengajar undang2kah, itu bukan qualified Kdg2 org itu sudah d 'eye-spt' setakat tempat itu. Ataupun org kena disiplin , dia dibuang pergi sana. Kalau kita tidak jadi satu pusat yang mustahak ini, perlu kira ambil perhatian. Itu pegawai personel dia, kalau dia belum training, belum habis lagi, dia training dia sudah mahu gila. Dia keluar selepas shj training dia keluar sdh jadi gila. Mcm2 dia mahu jlnkn tugas?

YB Dr Lo'lo': YDP, minta laluan YB Bintulu.

Tk YDP & YB Bintulu. Saya hendak minta penjelasan sdkt satu perkara sbb PULAPOL ini duduk berhampiran kwsn saya. Pusat Latihan Polis. Saya rasa satu perkara yg sgt membimbangkan kalau YB Bintulu menyatakan bhw tenaga2 pengajar yg dihantar ke PULAPOL ini terdiri dari polis2 yg telah dikenakan tindakan disiplin ataupun yg hendak disejukbekukan disana. Jadi bermakna mrk ini akn melahirkan polis2 yang bentuk bagaimana? Adakah polis2 ini mampu keluar dari PULAPOL untuk menjaga keselamatan negara. Jadi minta penjelasan sedikit.

YB Bintulu:

Tk YB TW. Itulah yg saya persoalkan mengenai perkara ini. Kita mesti membaiki masalah ini.

( Skrg tengah hangat persidangan prlmn kerana YB2 BN Sabah dan Sarawak sdg 'mengamuk' malah kata sanggp pindah dari rmh 'bungalow' iaitu BN ke rumah teres PR demi kepentingan rakyat. Jadi kena berhenti dulu. )


Bersama Rakyat











Pada petang Sabtu yang lalu iaitu bersamaan dengan 3 Mei 2008, saya telah turun utk bertemu rakyat di kawasan perumahan PPR Cochrane Perkasa. Majlis ini dibuat di padang permainan di kawasan perumahan tersebut. Alhamdulillah, sambutan yang ditunjukkan oleh penduduk di kawasan tersebut amatlah memberangsangkan. Hadirin pada majlis ini terdiri dari pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina dan India tanpa rasa takut dan bimbang seperti mana yang berlaku pada sewaktu ketika dahulu.


Pada kesempatan ini jugalah saya telah memberikan sedikit penjelasan tentang perjalanan mesyuarat di Dewan Rakyat dan apa yang berlaku di sana pada hari pertama perbahasan titah ucapan YDPA. Pada akhir majlis ini, saya juga berpeluang untuk mendengar keluhan dan permintaan dari penduduk di kawasan perumahan tersebut untuk dijadikan perhatian di pihak saya. InsyaAllah saya akan cuba sedaya upaya saya untuk memperjuangkan keadilan untuk rakyat di kawasan saya khasnya dan untuk rakyat Malaysia amnya. Doa dan sokongan daripada anda semua amatlah diharapkan untuk menuju ke arah negara berkebajikan.



*** - ***
JANGAN LUPA: HARI SABTU PAKAI KUNING!
Link Baru
webtv8 di http://wtv8. tv tvpas di http://www.tvpas. com/


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: