Sunday, May 4, 2008

Projek keretapi Anugerah bernilai 990 juta kepada kroni UMNO di Terengganu?

"umar faruqi" faruqi03@yahoo.com

Dilulus terbit pada Saturday, May 03 @ 07:46:22 MYT oleh SongkokPutih
Artikel Oleh Rakyat Terengganu


 Satu projek yang akan di anugerahkan kepada kontraktor kroni UMNO negeri Terengganu bernilai RM990 juta bagi pembuatan landasan kereta api dari Kemaman sampai ke Besut. Projek ini tidak ada dalam pelaksanaan Rancanan Malaysia ke-9. Oleh yang demikian projek ini akan di anugerahkan kepada kontraktor kroni melalui peruntukan wang ehsan.



Saya sebagai anak negeri Terengganu amat terasa terkilan dimana projek hampir 1 bilion ini yang akan dipecahtanahkan pada 26.5.08 ini di besut dianugerahkan semata-mata untuk kepentingan kroni umno tanpa mengira sama ada projek tersebut viable atau tidak.


Rakyat Terengganu yang masih mundur tidak memerlukan lagi pengangkutan secara begitu, kerana perhubungan melalui jalanraya sudah memadai. Sekiranya projek ini berjaya diteruskan akan terbang lah duit ehsan milik rakyat negeri terengganu dengan begitu sahaja. Bukan setakat semasa pembinaan projek ini akan tetapi bilamana operasi kelak duit ehsan akan di pump in kedalam syarikat operasinya kerana ianya tidak akan dapat menampong kos operasi nya dengan keadaan rakyat terengganu yang ada pada hari ini.


Kita bayangkan operasi STAR LRT dan PUTRA LRT yang kepadatan penumpangnya seperti ikan sardin pada waktu puncak pun perlu di bail out oleh kerajaan inikan pula operasi kereta api dari 'Besut ke Kemanan'. Berapa kerat sangat kah yang akan menggunakan kaedah pengangkutan ini.


Diberitahu projek ini akan dianugerahkan kepada kontraktor kroni tempatan, dan pembahagian kepada kepala-kepala pemberi projek sedang diperhalusi. Alangkah begitu mudahnya pembahagian kekayaan milik terengganu ini di faraidkan kepada dua tiga kerat kepala penyamun.


Projek-projek wang ehsan yang tidak mendatangkan banyak manafaat kepada rakyat negeri terengganu begitu mudah ditaburkan kepada kroni umno terutama sekali kroni PM di negeri ini. Lihat sahaja projek monsun cup yang bernilai melebihi 300 juta tinggal begitu sahaja tanpa faedah yang dapat dirasai oleh rakyat negeri terengganu. Begitu juga dgn projek Taman Tamadun Islam dengan nilaian hampir RM300 juta juga masih belum menampakkan faedah kepada rakyat terbanyak. Orang yang mendapat manafaat besar ialah pemaju Yg. Bhg Dato' Patrick Lim dan kroni umno.


Begitulah juga dengan projek baru ini yang bernilai RM990 juta yang jelas memberi kekayaan segera kepada kroni umno dan PM. Kelak duit rakyat terengganu juga akan menanggung kos operasi yang sudah PASTI akan di bail out kelak.


Mohon supaya tuan mengolah laporan ini di blog tuan begitu juga mohon panjangkan persoalan ini kepada Ybhg. Dato' Sri Haji Hadi Awang supaya membuat persoalan di parlimen mengenai perkara tersebut. Antaranya bolehlah di soalnya begini.



SOALAN KEPADA YB MENTERI KEWANGAN

1. Apakah benar kerajaan akan membuat pembinaan landasan keretapi dari Besut ke kemaman yang bernilai hampir RM1 bilion menggunakan peruntukan wang ehsan.


2. Siapakan kontraktor yang dilantik.


3. Apakah manafaat kepada rakyat terengganu sedangkan hubungan jalanraya boleh dilalui dengan baik.


4. Sekiranya projek ini gagal kerajaan akan bail out sebagaimana STAR LRT dan PUTRA LRT juga akan menggunakan duit ehsan.


5. Mohon supaya kerajaan membuat kajian terperinci projek ini sama ada viable atau tidak.


- RAKYAT TERENGGANU.


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: