Sunday, May 4, 2008

PKR bawa isu Balkis ke BPR

"onn abubakar" onnabubakar@gmail.com


May 2, 08 10:03pm PKR Selangor hari ini membuat aduan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) terhadap bekas yang dipertua Badan Amal dan Kebajikan Isteri Selangor (Balkis) Zahrah Kechik berhubung dakwaan pemindahan RM9.9 juta badan itu.

Ketua penerangan parti itu Mohd Nasharudin Abdul Aziz menyerahkan laporan 15 halaman kepada seorang pegawai BPR berhubung kontroversi itu yang melibatkan isteri bekas menteri besar Datuk Dr Mohamad Khir Toyo

Mohd Nasharudin dengan diiringi ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Badrul Hisham Shaharin dan 20 penyokong ke pejabat BPR negeri di Shah Alam kira-kira 2.45 petang, lapor Bernama.

Ketua penerangan berkata laporan itu dibuat setelah Balkis dilaporkan memindahkan dana ke akaun Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri (Bakti) tanpa mengikut perlembagaan.

Laporan itu dikemukakan kepada Mohd Anuar Ismail.

Mohd Nasharudin berkata beliau dimaklumkan laporan itu pertama kali dibuat dalam isu terbabit.


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: