Friday, May 9, 2008

Peruntukkan RM500,000 untuk setiap kawasan Parlimen

"SNakeKiller Sk" snak88iller@yahoo.com

08-05-2008 07:41:18 PM

KUALA LUMPUR: Peruntukan yang disalurkan untuk setiap kawasan Parlimen selepas pilihan raya umum 8 Mac lalu ialah RM500,000, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Hassan Malek.

Beliau berkata peruntukan ini merupakan peruntukan khas Perdana Menteri untuk kawasan Parlimen dan disalurkan kepada semua kawasan Parlimen melalui Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) di negeri masing-masing.

"Semua anggota Parlimen boleh mencadangkan kepada PPN projek yang bersesuaian untuk dilaksanakan menggunakan peruntukan berkenaan," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Loke Siew Fook (DAP-Rasah) pada Persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Loke ingin tahu amaun peruntukan pembangunan kawasan Parlimen yang ditetapkan untuk tahun ini dan bagaimana peruntukan itu disalurkan.

Hassan berkata PPN akan mempertimbangkan cadangan projek berdasarkan kepada garis panduan dan peraturan kewangan yang sedia ada.

Sementara itu, menjawab pertanyaan Loke bagi soalan lain, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata sehingga Disember tahun lepas, bilangan pemegang kad pengenalan bertaraf pemastautin tetap atau MyPR adalah 371,252 orang.

"Pemegang MyPR yang menetap di negara ini berasal tidak kurang daripada 87 negara dan majoritinya berasal dari Indonesia, Filipina, India, China, Thailand, Singapura, Kemboja dan Taiwan," katanya. BERNAMA



*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: