Friday, May 2, 2008

Persijilan Halal Jakim Ke HDC

"SHAHZADAH SHAMSHEALAM" shahzadah.s@ych.com


Posted in Bloggers-United, Malaysia, Reformasi at 10:30 am by Ketua Perusuh


Nampak gayanya ada pihak akan untung atas angin diatas persijilan halal. Dijangkakan bahawa usaha menentusahkan halalnya sesuatu barangan atau perkhidmatan mungkin akan dijadikan satu peluang niaga yang menguntungkan.


Persijilan Halal oleh JAKIM selama ini memang diragukan oleh banyak pihak. Malah saya sendiri sehingga kini tidak mempercayai persijilan halal Jakim. Saya lebih mempercayai tanda halal “Halalan Tayyiban” atau “Kosher”. Malah pada pandangan saya persijilan halal Jakim terlalu banyak yang diragukan sehinggakan usaha DAPAT mengendalikan SMS HALAL nampaknya tidak dapat merungkai permasalahan ini.


Kini Jakim telah memindahkan persijilan halal kepada Perbadanan Kemajuan Industri Halal (HDC). Walaupun usaha ini dilihat mungkin dapat menyelesaikan masalah persijilan halal namun rakyat (orang Islam umumnya) kurang yakin. Ini kerana masalah utama persijilan halal di Malaysia adalah lebih kepada kurangnya kakitangan penguatkuasaan serta nisbah kompaun atau denda yang dikenakan bagi setiap kes penipuan berkaitan dengan persijilan halal.


Malah sistem penentusah kehalalan sesuatu produk atau perkhidmatan boleh dikatakan lemah dan mudah dibolosi. Sebagai contoh, sepatutnya Jakim mengeluarkan sijil halal bagi setiap barangan atau perkhidmatan dengan cara satu barang @ perkhidmatan diberikan satu sijil halal siap dengan nombor siri serta tag. Namun apa yang dilakukan oleh Jakim adalah dengan memberikan satu sijil umum yang menyertakan semua produk atau perkhidmatan bagi sesebuah syarikat.


Jika satu daripada produk atau perkhidmatan telah dikenalpasti tidak halal, pihak syarikat masih boleh menggunakan sijil tersebut kerana ianya menyenaraikan banyak lagi produk atau perkhidmatan yang masih halal.


Inilah masalah utama yang dihadapi oleh persijilan halal Jakim. Penguatkuasaan yang agak terhad dan minima serta kurangkan nisbah hukuman yang boleh dikenakan menjadikan perkara ini sesuatu yang merisaukan. Apa yang pasti kini HDC akan dapat memanfaatkan persijilan halal ini dan seterusnya menjadikan satu lagi lembu tenusu (cash cow) yang dapat memberikan sumber kewangan yang tetap kepada HDC.


Jika dihari kemudian persijilan halal HDC juga diragui, dimanakah boleh kita (orang Islam) mendapatkan satu persijilan halal yang diyakini. Terlalu banyak perkara yang musykil dalam persijilan halal ini dan InsyaAllah dimasa akan datang akan saya dedahkan untuk menjadi perdebatan sihat kita (orang Islam).


“Mencari yang halal itu wajib bagi setiap orang mukmin”


sumber: http://ketuaperusuh .wordpress. com/

Tai Ci Master


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: