Friday, May 2, 2008

Perhimpunan Rakyat Jumaat / Setelah 10 tahun… / (video)

(Pimpinan PR, PAStikan Rakyat DAPat KeAdilan!)
(Rakyat, Teruskan Lonjakkan Minda!)

chegubard chegubard wrote:

Perhimpunan Rakyat Jumaat

Semua rakyat dijemput untuk menghadiri satu perhimpunan rakyat mendesak Khir Toyo dan Isterinya memulangkan wang yang telah dicuri secara teknikal oleh mereka. Perhimpunan ini juga bertujuan untuk mengiringi Saudara Nasaruddin, Ketua Penerangan keADILan Selangor mewakili rakyat selangor akan membuat satu laporan dan menyerahkan bukti kepada BPR mengenai isu ini. Perhimpunan akan dimulakan di perkarangan Masjid Negeri Shah Alam selepas solat jumaat (2 Mei)

Badrul Hisham Shaharin
MPT, keADILan

--
Inter-Asia Graduate School of NGO Studies, Songkonghoe University,
1-1 Hang-Dong, Guro-Gu, Seoul152-716 South Korea
http://chegubard. blogspot. com
mobile phone : +8210 28975133

profile url : http://chegubard. blogspot. com/2006/ 12/chegubard- profile.html





Amin's wrote:

Setelah 10 tahun…

Setelah 10 tahun, inilah pertama kali bekas Timbalan Perdana Menteri melangkah masuk ke parlimen. Kalau dahulu beliau masuk sebagai ahli parlimen merangkap Menteri, kini beliau melangkah masuk sebagai suami kepada Ketua Pembangkang, Wan Azizah Wan Ismail.

Walaupun sudah 10 tahun tidak menjadi ahli parlimen, beliau tetap menjadi tumpuan media tidak kira tempatan mahupun luar negeri. Sila klik disini untuk membaca berita lanjut dari Malaysiakini.

Sidang parlimen bagi penggal ini sudah pasti menjadi hangat. Jumlah ahli parlimen pembangkang sebanyak 82 orang sudah pasti akan menggemparkan perbahasan kali ini.

Ketika ditemui wartawan, Anwar berkata, “Saya sudah masuk, saya tak akan keluar”. Cuba teka siapa yang paling takut jika terbaca berita mengenai ini?

Yang menarik juga dalam sidang parlimen kali ini apabila kita dapat menyaksikan beberapa orang “blogger “masuk ke parlimen. Jeff Ooi adalah diantara penulis blog yang dipilih oleh rakyat untuk masuk ke parlimen.

Ketika kempen pilihanraya yang lalu, dalam salah satu ucapannya di Pulau Pinang, Jeff Ooi berjanji kepada pengundi bahawa beliau tidak akan membiarkan menantu PM, Khairy Jamaluddin “tidur lena”. Diharap Jeff akan menunaikan janjinya untuk “mengajar” menantu PM yang angkuh itu apabila sidang parlimen bermula.

Akhir kata, selamat bersidang kepada seluruh ahli parlimen. Apabila berbahas hanya satu perkara yang paling penting untuk diingati, “kepentingan rakyat harus diutamakan” sepertimana yang dikatakan oleh Yang Dipertuan Agong, Sultan Mizan didalam ucapannya.

Video malaysiakini
Anwar 'back' in parliament



HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: