Monday, May 12, 2008

Pendaftaran anak tidak sah taraf di JPN dan golongan "Secular Zealot"

"umar faruqi" faruqi03@yahoo.com

Pendaftaran anak tidak sah taraf di JPN dan golongan "Secular Zealot"
Dilulus terbit pada Monday, May 12 @ 06:53:48 MYT oleh SongkokPutih
Artikel Oleh anak_perelih


" Selepas membaca artikel Hukum nikah masa mengandung oleh Pitsman di Tranungkite, saya ingin berkongsi cerita akan apa yang berlaku di blog saya baru baru ini... dan kebimbangan saya akan golongan yang saya lebelkan sebagai "Secular Zealot". Gelaran tersebut saya gunakan sebagai balasan kepada lebel yang digunakan oleh puak puak ini terhadap golongan yang patuh kepada ajaran Islam dan yang mahukan beberapa peraturan yang dilaksanakan oleh beberapa jabatan Kerajaan terhadap Umat Islam mengikut apa yang agama Islam tetapkan.


Baru baru ini terdapat satu surat ke editor tersiar di Malaysiakini oleh Dr. Yati Hewitt mengenai masalah satu pasangan yang mendapat anak tidak cukup bulan apabila di daftarkan di JPN, kerani disitu membuat pengiraan tarikh perkahwinan dan tarikh kelahiran dan mendapati ianya kurang dari yang sepatutnya dan menulis di ruangan "maklumat bapa" sebagai "tidak diketahu" dan nama bapa sebagai "Bin Abdullah". Pasangan ini enggan dan meninggalkan kaunter.


Isu ini telah dikomen oleh seorang non Muslim yang mempersoalkan tindakan kerani JPN tersebut.. dan saya, membalas dengan menerangkan ianya adalah prosedur JPN mengikut yang dikehendaki Islam kerana pasangan tersebut adalah beragama Islam...


lantaran itu, saya juga menyiarkan balasan saya kepada Malaysiakini tersebut itu didalam blog saya

Illegitimate Muslim children and JPN

Selepas itu, kerana posting blog saya mempunyai perkataan "malaysiakini" , maka ianya disenaraikan pada ruangan "Mkini in Blogs" di halaman Malaysiakini. Lantaran itu saya menerima pelawat yang agak banyak, iaitu hampir 900 hits dalam masa 36 jam.


Dalam posting saya tersebut, beberapa orang yang mengaku beragama Islam memberikan komen yang saya boleh katakan sebagai komen "orang jahil" yang mempertikaikan JPN kerana bertindak sebagai "extension of the Syariah family law system".. dan kerana JPN adalah "JPN is a non-Syariah government agency under the Ministry of Home Affairs" dan "supposedly secular bodies (i.e. JPN)", oleh itu JPN tidak berhak mengadakan peraturan yang berunsurkan Islam kepada orang Islam. Anda boleh baca sendiri komen mereka ini.


Apa yang ingin saya ketengahkan adalah akan bahaya yang dibawa oleh mereka mereka ini yang saya balas anggap sebagai "secular Zealot" yang begitu taksub dengan fahaman secular mereka sehingga membelakangan agama Islam mereka sendiri walaupun Mereka ini agak agresif dan mempunyai "seige mentality" dan boleh saya sifatkan mereka ini agak jahil. Mereka memberikan lebel "religious zealots" kerana kebencian mereka kepada adanya unsur unsur agama (Islam) didalam beberapa aspek kehidupan manusia. Pada mereka agama adalah isu peribadi yang unsur unsurnya tidak sepatutnya muncul didalam bentuk peraturan atau undang undang atau tindakan oleh badan badan kerajaan seperti JPN.


Anda boleh melawat blog mereka melalui link profile nama mereka yang dipaparkan pada komen yang di buat.
Azrul Mohd Khalib
tzarina


Selain dari itu, blogger mahaguru58 juga mengalami "pengalaman" dengan salah seorang dari puak puak ini... sila lihat untuk mengetahui kisahnya...
Pilih Islam atau Bangsa Melayu - Jawapan kepada Satria Asia


Mungkin ada rakan rakan yang mempunyai idea untuk membawa/menyedarkan mereka kembali kepada pemahaman mengenai ajaran Islam.


Anak perelih
http://anakperelihb log.blogspot. com/


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: