Sunday, May 4, 2008

Nazri Aziz pembawa celaka politik BN

"SHAHZADAH SHAMSHEALAM" shahzadah.s@ych.com

Nazri Aziz pembawa celaka politik BN

Saya sangat gembira apabila orang seperti Mohamed Nazri Aziz bersuara. Setiap kali dia bercakap, kata-katanya akan menjadi bebanan kepada UMNO dan Barisan Nasional. Rakyat sudah mula percaya, baik kata-kata Nazri, KJ dan tulisan Kalimullah Hassan membawa kepada bencana.

Krisis Menteri Besar Perlis yang melibatkan istana, krisis Menteri Besar Terengganu yang melibatkan istana dan beberapa isu yang sama seperti itu, telah menghilangkan Nazri buat sementara dari bumi Malaysia. Tiada apa-apa kenyataan yang dibuatnya melibatkan perkara itu.

Apa kata Nazri tentang kes bekas menteri meraba wanita. Boleh mengikut Islam Hadhari ?

Tiba-tiba apabila ianya melibatkan Menteri Besar Perak yang baru tidak sampai enam puluh hari, Nazri wujud semula dengan suara sumbangnya.

Memanglah Mohammad Nizar seorang yang sangat mentah berbanding Shahidan Kassim, Idris Jusoh dan Abdullah Ahmad. Tetapi Shahidan, Idris dan Abdullah termasuk Nazri yang 'bangang politik' itu hampir mahu berperang dengan istana kerana mereka 'terlebih' faham tentang perlembagaan.

Bab pertukaran kakitangan awam hasil dendam politik sudah lama dilakukan oleh UMNO dan Barisan Nasional. Ianya merupakan satu daripada agenda dan aktiviti mengisi kemerdekaan oleh mereka terhadap musuh-musuh politik termasuk kakitangan perkhidmatan awam.

Setiap kali Nazri bersuara, ia menjadi malapetaka kepada UMNO dan BN. Setiap kali kenyataannya, parti komponen BN menjadi resah lebih-lebih lagi MCA, Gerakan dan MIC. Sama gelisahnya mereka apabila Hishamuddin menelanjangkan kerisnya. Sama bimbangnya orang Cina ketika mereka diminta keluar dari Malaysia.

Selain Abdullah Ahmad, KJ, Ketua Media Hadhari dan konco-konconya, Nazri disifatkan oleh masyarakat Cina Gerakan dan MCA serta masyarakat India sebagai pembawa celaka dalam politik Barisan Nasional.

Kata mereka, Nazri Aziz bikin tak serupa cakap. Tidak malukah pengundi-pengundi di kawasannya.

sumber : www.alkerohi. blogspot. com

Tai Ci Master


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: