Sunday, May 11, 2008

Najib perlu jawab, bukan 'selindung' di bawah Akta Hasutan

"Nawawi Mustafa" lot3137@yahoo.com

Azamin Amin
Sat | May 10, 08 | 9:44:05 am MYT

KUALA LUMPUR, 10 Mei (Hrkh) - Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Rosmah Mansor perlu menjawab tuduhan yang dilemparkan oleh pengendali Laman Web Malaysia-Today, Raja Petra Kamarudin dan bukan berselindung di sebalik Akta Hasutan 1948.


Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata pendakwaan terhadap Raja Petra bermotifkan politik semata-mata, dalam keadaan artikel "Let's Send Altantuya Murderer To Hell" tidak langsung dibidas dan dijawab secara berfakta Najib dan Rosmah.


"Serangan Raja Petra ke atas Najib dan Rosmah tidak boleh sama sekali ditakrifkan sebagai hasutan kepada kerajaan, dalam keadaan ia tidak langsung merujuk kepada kerajaan, sebaliknya hanya peribadi dan moral Najib serta isterinya," katanya dalam satu kenyataan media.


Kata Shamsul adalah menjadi tanggungjawab moral Najib dan Rosmah untuk menjawab secara berfakta dan berhadapan dengan sebarang bentuk tuduhan ke atas mereka, dengan membuktikan sebaliknya bukan menunjukkan ketakutan mereka dengan berselindung di sebalik akta 'drakonian' tersebut.


AMK katanya menggesa agar pertuduhan ke atas Raja Petra digugurkan atas alasan pendakwaan yang tidak sempurna dan tempang memandangkan kehendak-kehendak kesalahan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan tidak dipenuhi dengan ketat.


"Kita menggesa Najib agar bersikap 'jantan' dan terbuka untuk menerima kecaman dan kritikan," katannya.

Dalam pada itu beliau turut mendesak agar Parlimen memansuhkan segera Akta Hasutan 1948 bagi mengelakkan sebarang bentuk salahguna kuasa dan penyelewengan oleh kerajaan BN, khususnya di kalangan mereka yang bersikap jahil dan takut untuk dikecam dan dikritik.-Az



*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: