Sunday, May 4, 2008

Menteri mangkuk hayun..

"isjGmail" isj2809@gmail.com

Dilulus terbit pada Saturday, May 03 @ 16:12:12 MYT oleh SongkokPutih

Analisis Isu Oleh nestapa

"
 Sharhril Samad dalam laporan Utusan Malaysia hari ini (2/05/08) menafikan kenaikan harga beras. Mangkuk hayun betullah menteri ni! Semalam saya mengambil kesempatan cuti umum untuk pergi belanja bulanan barang keperluan rumah. Mula2 saya ke TESCO Kajang.


Beras yang ada Cuma pek 5 kg dan kebanyakannya beras Wangi. Nampak sangat pada masa itu stok beras telah kurang di pasaraya tersebut. Malah harganya juga telah naik dari biasa. Seterusnya saya ke Alamanda Putrajaya untuk cari beras pilihan. Pun, stoknya dah tak banyak tapi dapat jugalah beli beras. Saya lihat ada sekeluarga bangsa China membeli se-troli beras 10kg, agak2 dalam dekat2 10 kampit. Nampak seolah2 ada kepanikan dalam masyarakat tentang stok beras dan kenaikan harganya.

Kalau merujuk kepada beras yang saya beli iaitu Jasmine Super dan Beras Siam Usang, dulu harganya masing2 Rm24.60 dan RM 23.80 tetapi kini dijual pada harga RM 29.45 dan RM 30.55. Tak naik ke harga beras tu wahai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna? Selayaknya anda mendapat anugerah Menteri Mangkuk Hayun!

salam perjuangan : http://takgedebe. blogspot. com



*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: