Thursday, May 1, 2008

Melanggar Peraturan Budaya BN

"isjGmail" isj2809@gmail.com


Dilulus terbit pada Wednesday, April 30 @ 18:40:02 MYT oleh greenboc

Pendapat Oleh tokmatsap

"a
Tindakan mengenepikan peraturan yang diamalkan YDP Dewan Rakyat Pendikar Amin Mulia, yang dipersoalkan pembangkang memang sudah membudaya bagi Umno dan BN sebab itulah dikalangan pemimpin BN tiada yang membantah tindakan mengenepikan peraturan itu.

Bukan setakat peraturan Dewan yang mulia itu malah diluar dewan atau dimana-mana sahaja pemimpin mereka diserata corok bumi bertuah ini terlalu ramai yang menegenepikan undang-undang yang mereka sendiri buat di dewan itu.

Amalan rasuah, salah laku, pecah amanah, menyonglap hak rakyat hatta ada yang lebih dahsyat lagi. Oleh kerana mereka `kebal` maka ia berleluasa dan menjadi budaya pula. Budaya salah laku itu pula rupanya sudah lama menular kepada bini-bini pemimpin BN sekali seperti yang ditunjukkan tuhan di Selangor dan Pulau Pinang.

Maka pastilah di dewan rakyat, mereka memang akan melakukan apa sshaja asalkan matlamat membersih dan meningkat imej yang telah `terpalit tahi` itu dilakukan dengan cubaaan memperlekeh dan mempersendakan pembangkang.

Dengan mengecilkan pula jumlah soalan pembangkang dan memaksimakan soalan ahli BN akan terlihatlah oleh rakyat ketidak-berkesanan wakil rakyat pembangkang. Sekurang-kurang itulah muslihat busuk BN yang saya `terbau`.

Sikap YDP yang mengaku mahu bertegas tidak membenarkan soalan tambahan menyebabkan bantahan oleh wakil Ipoh Timur, Lim kit siang itupun sebenarnya bohong sahaja.

Buktinya apabila PM berkata beliau ingin menjawab dua atau tiga soalan dari ahli parlimen, boleh pulak YDP membenarkannya dan soal `masa suntuk` tidak timbul pula lagi

Memang benar kata Lim Kit Siang, jika tiada soalan tambahan dibenarkan, untuk apa PM membazir masa membaca kutbah di parlimrn. kita sepatutnya bimbnag jika tindakan seumpama ini dibenarkan ia akan menjadi satu lagi budaya dalam parlimen kita.

Kalau setakat nak bercakap dan paksa ahli parlimen datang mendengar sambil menghabiskan wang rakyat lebih baik hantar sahaja bahan ucapan itu kepada akhbar utusan, Berita Harian malah seluruh stesen TV untuk mereka siarkan.

Nyata rakyat negara ini tidak akan dapat melihat sebarang perubahan dari BN. Seluruh persidangan tidak akan mengikut peraturan biasa kecuali jika ia menguntungkan politik BN . Dengan mengekploitasi peraturan dewan itu mereka berharap untuk menonjolkan kepada rakyat Malaysia, BN sahaja yang berkesan sebagai wakil rakyat.
"


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: