Wednesday, May 7, 2008

Malaysia Islamic Events & Notices: Week Beginning Wednesday 7 May 2008

"Hidayahnet" hidayahnet@hotmail.com

In the name of Allah the Most Gracious the Most Merciful
1 Jamadilawal 1429 / 7 Mei 2008
------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------
Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh
------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------
Kandungan:
- Aktiviti akan datang - Ringkasan - 18
- Bantuan Sumbangan - 3
- Iklan Umum - 1
- Aktiviti akan datang - Detail - 18
Kunci:
MYS - Malaysia

<<<<<<<<<< <<<<<<<< Aktiviti akan datang - Ringkasan >>>>>>> >>>>>>>>>>
.Kuliah Mingguan - Aqidah -Al-Khaadem; Petaling Jaya, Selangor, MYS; Setiap Isnin, Ahad
.Kuliah Mingguan - Tafsir/Hadith; Petaling Jaya, Selangor, MYS; Setiap Jumaat, Sabtu
.Kuliah Mingguan - Tafsir - IslamicLearningCent er; Darul Taklim, KL, MYS; Setiap Sabtu
.Kuliah Mingguan - Understanding Islam by MACMA; Jalan Ipoh, KL, MYS; Setiap Khamis
.Kuliah istimewa bersama Al Ustaz Mohd Darus Senawi Ali; Subang Perdana, Selangor, MYS; 10 May
.Seminar SEMBAH SALAM DIRAJA 2008; Cherating, Pahang, MYS; 10 May
.HARI FALAK / ASTRONOMI 2008; Tanjung Bidara, Melaka, MYS; 10-11 May
.Seminar Tokoh Tajdid Al-Ghazzali - "Pencerah Pemikiran Ummah"; Shah Alam, MYS; 11 May
.TALKSHOW NISA' - Ku Terima Nikahnya…; MASJID AS-SYAKIRIN, KLCC, MYS; 11 May
.Talkshow Dr Danial Zainal Abidin bersama kump IN-TEAM; DEWAN KOMPLEKS ISLAM, Johor Bahru, MYS; 17 May
.WACANA ILMU BICARA ADDIN; Dewan Perbandaran Tampin , N.Sembilan, MYS; 17 May
.Konvensyen Falak N.Sembilan; Masjid Kariah Sikamat, Seremban, MYS; 16-18 May
.BICARA PERDANA SEMPENA HARI GURU 2008; KULLIYAH ENGINEERING, UIA, GOMBAK, MYS; 18 May
.International Conference on Entrepreneurship 2008 (ICE 2008); Langkawi, MYS; 19-22 May
.KEM REMAJA CERIA - Kiblah Eco Resort; Sg. Merab, Kajang, Selangor, MYS; 27-29 May
.Forum Perdana Menangani Islam Liberal & Cabaran Umat Islam Masa Kini; Pmtg Pauh, P. Pinang, MYS; 28 May
.YOUTH CAMP 2008; Cameron Highlands, MYS; 29 May -1 June
.Kursus Pra-perkahwinan; Masjid Putrajaya, MYS; 21 - 22 June
Ini adalah posting mingguan yang dihantar ke YahooGroup Islamic_Board dan Hidayahnet.
Anda hanya perlu menjadi ahli salah satu daripada dua YahooGroup tersebut.
http://groups. yahoo.com/ group/islamic_ board
<<<<<<<<<< <<<<<<<< Bantuan Sumbangan >>>>>>>>> >>>>>>>>>>
Saudara Baru, Saudara Kita - Mereka Perlukan Sokongan

Sumbanglah kepada HidayahCentre

Memandangkan bilangan saudara baru bertambah setiap tahun. Adalah malang apabila ramai dari mereka kembali kepada agama lama kerana tekanan yang dialami ataupun kerana tiada sokongan.

Setiap saudara baru sangat memerlukan sokongan sebab ada kalanya mereka akan berhadapan dengan berbagai dugaan seperti:

• Tentangan dari keluarga seperti suami/isteri, ibubapa, adik-beradik dan lain-lain
• Kesukaran meninggalkan kebiasaan yang lama yang bertentangan dengan Islam
• Pandangan serong di tempat kerja dan masyarakat sekeliling
• Kesusahan menyesuaikan diri dengan cara hidup baru
• Penyisihan oleh teman dan rakan

Menyedari kesukaran dan cabaran yang bakal mereka hadapi, HidayahCentre akan berperanan dalam memberi bantuan dan sokongan yang sangat diperlukan oleh mereka iaitu:

• Menyediakan tempat perlindungan sementara
• Menyediakan pusat bimbingan ilmu bagi memantapkan iman
• Memmberi sokongan moral untuk berhadapan dengan keluarga dan masyarakat
• Memberi bantuan kewangan untuk yang memerlukan
• Lain-lain bantuan terutama kepada yang masih lagi mempunyai kerisauan
dan keraguan setelah memeluk agama Islam

Bagaimanapun, untuk HidayahCentre beroperasi, ia memerlukan suntikan kewangan bagi menampung pelbagai kos. Untuk fasa pertama, ia memerlukan dana untuk kos sewa rumah, pembelian perabut dan peralatan, ubahsuai rumah, pelbagai bil-bil, gaji tenaga kerja, elaun untuk saudara baru serta lain-lain kos. Manakala untuk fasa seterusnya, dana diperlukan terutamanya untuk projek pembinaan HidayahCentre.

Memandangkan HidayahCentre ini dikendalikan oleh sebuah NGO yang mempunyai sumber kewangan yang terhad serta tidak menerima sebarang geran atau bantuan kerajaan, ia sangat mengharapkan bantuan daripada badan-badan korporat, swasta, orang perorangan dan sesiapa sahaja yang berminat untuk menghulurkan bantuan.

Kata-kata Sokongan
“Ini adalah satu usaha murni yang dengan sukacitanya akan saya sokong”
Dr. Mazeni Alwi, Presiden, Muslim Professional Fellowship

“Saudara baru perlukan sokongan... kita perlu ada pusat sokongan yang sentiasa boleh dimanfaatkan”
Dato’ Mustafa Ma, Presiden, Malaysian Chinese Muslim Association

“Institusi yang memberikan sokongan kepada saudara baru adalah tidak mencukupi... Semua NGO perlu menubuhkan ‘halfway house’ untuk mereka. Selepas waktu pejabat, siapakah yang mahu bertanggungjawab membantu mereka yang memerlukan pertolongan?”
Muhammad Fitri Abdullah, Pengerusi, PERKIM Serendah

************ ********* ********* ********* ********* *******
Raudhatus Sakinah

Memandangkan Raudhatus Sakinah adalah sebuah institusi kebajikan badan bukan kerajaan, sumber kewangan yang diperolehi adalah melalui sumbangan dan derma daripada badan-badan atau orang perseorangan yang dermawan. Oleh itu Raudhatus Sakinah amat memerlukan sokongan kewangan dan sumbangan seperti bahan bacaan dan peralatan atau kemudahan harian untuk meneruskan program kebajikan ini.

Sebarang sumbangan kewangan boleh dibuat kepada:

Wanita JIM Raudhatus Sakinah
Bank Muamalat Taman Melawati
No Akaun: 43600 49920

http://www.jim. org.my/institusi /raudhatus_ sakinah.php


************ ********* ********* ********* ********* *******

RM1 setiap bulan kepada Palestin

Masukkan derma anda ke dalam akaun:
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia
Bank Islam Malaysia Berhad
Nombor akaun: 12113010005797

http://palestinkini .info/
<<<<<<<<<< <<<<<<<<<<<< Iklan Umum >>>>>>>>>>>>>> >>>>>>>>>>

Produk jualan ke dalam web wanita JIM
Anda boleh masukkan produk jualan kedalam web wanita JIM dan berikan sedikit
keuntungan kepada Wanita JIM bila dapat buat jualan melalui website wanita.
Yang diperlukan gambar produk, harga dan juga sedikit keterangan
Sila emelkan pada saya untuk di muatkan kedalam kedai online Wanita JIM.
Hanya produk yang diluluskan oleh ajk akan di masukkan.

<<<<<<<<<< <<<<<<<<< Aktiviti akan datang - Detail >>>>>>>>> >>>>>>>>>>
Kuliah Mingguan - Aqidah -Al-Khaadem
Every Monday
8.45-10.15 pm
Dewan Al-Khaadeem
Aqidah (Syarah Buku Intisari
Aqidah@Panduan Aqidah Lengkap terbitan Pustaka Imam Syafiee)
Ustaz Hussein Yee
Every Sunday
10.30 a.m.-12.30 p.m
Dewan Al-Khaadeem
Weakness of Faith: Simptom and Cures
Ustaz Hussein Yee
Location:
AL-KHAADEM Centre
Lot 1034, Jalan Cempaka, Sungai Kayu Ara (near Damansara Utama)
(10 minutes from UM and UIA PJ)
47400 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel/Fax: 603-7726 4146 / 03-7726 4149
Web:
www.al-khaadem. com.my
Email :
alkhaadem.my@ gmail.com
************ ********* ********* ********* ********* *******
Kuliah Mingguan - Tafsir/Hadith
Tajuk: Tafsir Al-Quran
Hari: Setiap Jumaat
Masa: 7.45pm-9pm
Guru: Ust Kariman
Lokasi: Balai Islam, Section 1, Kg Tunku, PJ. (near Kg Tunku Mosque)
Contact Person: Dr Ezzat 012-2941571
Tajuk: Hadith (Syarah Hadih 40 Imam Nawawi)
Hari: Setiap Sabtu dan Isnin pertama setiap bulan
Masa: 7.45pm-9pm
Guru: Ust Sofwan Badrie
Lokasi:Balai Islam, Section 1, Kg Tunku, PJ. (near Kg Tunku Mosque)
Contact Person: Dr Ezzat 012-2941571
************ ********* ********* ********* ********* *******
Kuliah Mingguan - IslamicLearningCent er
Tajuk: Tafsir Al-Quran (Qalbun Salim [Hati yg sejahtera], Mengenal Musuh)
Hari: Setiap Sabtu
Masa: 5.15pm-6.30pm
Guru: Ust Kariman
Lokasi: Darul Taklim, No 44A, Lorong Rahim Kajai 14, Taman Tun Dr Ismail (TTDI), (near Maybank, next to Akubekam shop)
Contact Person: darul Taalim 019-3642993 or 03-77282393
www.islamiclearning centre.com
************ ********* ********* ********* ********* *******
Assalamualikum. Wrt. Wbt:
Kuliah Mingguan - Understanding Islam by MACMA
I would like to invite you to come to Malaysian
Chinese Muslim association for a session of
understanding of Islam
. This Session is conducting in
Chinese mandarin. You are all welcome (Mu
slim or non
Muslim). Also please inform your relatives and
friends. Free of charge.
Session including:
1) Basic Arabic language
2) Performing ablution and prayer.
3) Stories of prophets in the Islamic history
4) Understanding of Holy Quran
5) Understanding of Hadith
6) Islamic law (family law, economic law etc)
Time: every Thursday night, 8:30 – 10:00 pm
Venue: 250D, Tinkat 4, Balai Islam, Jalan Ipoh, 51200, Kuala Lumpur.
Instructor: Suo Yan mei. Fatimah (Chinese Muslim)
Arabic linguistic (Diploma), Islamic Sharia law (BA&MA, IIUM)
Currently pursuing PHD in Arabic linguistic (IIUM)
Tel: 40442207 ( Macma office)
019-2606019 (Sister Maswani)
019- 2589016 ( Fatimah Suo)
E-mail:
macmanet@tm. net.my
mys71@yahoo. com ( Fatimah suo)
************ ********* ********* ********* ********* *******
Kuliah istimewa bersama Al Ustaz Mohd Darus Senawi Ali.
Program : Kuliah Mingguan Keluarga Bahagia
Penceramah : Ustaz Mohd Darus Senawi
Tajuk : Menteladani Sirah Keluarga Rasulullah saw dan Sahabat-Sahabat ra
Tarikh : 10hb Mei 2008 (Sabtu) / 2.30 hingga 4.30 petang
Tempat : Bilik Seminar, Pemangkin HALUAN beralamat di No 16-1, 16-2 & 16-3
Jalan Dinar A U3/A, Subang Perdana, Selangor.
Penyertaan adalah terbuka dan percuma.

************ ********* ********* ********* ********* *******
Seminar
SEMBAH SALAM DIRAJA 2008,
ADAT, ADAB & ISTIADAT
KEMPEN: MALAYSIA PUSAT SENI BELADIRI DUNIA
Tarikh: 10 Mei 2008.
Tempat: Sebuah resort di Cerating, Pahang DM.
Bayaran Peserta:
RM100.00 seorang (dalam negara)
RM300 seorang (luar negara)
Sertakan nama penuh, alamat, no k/p dan no telefon
Wang Pos/Cek Berpalang/Kiriman Wang
atas nama AZLAN GHANIE (M) SDN BHD
Pakaian:
1. Baju Melayu dan songkok.
2. Baju Silat dan keris(jika ada).
Oleh:
YBhg Dato' Sri Wan Haji Abdul Wahid Wan Haji Hassan.
Orang Kaya Indera Pahlawan.
Timbalan Yang DiPertua,
Majlis Agama Islam & Adat Resam Melayu Pahang.
Yang DiPertua,
Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Pahang.
dan
YBerusaha En. Azlan Ghanie.
Penerbit Majalah SENI BELADIRI(SB) .
Pengisian:
Orang Kaya Indera Pahlawan akan menyampaikan:
1. Cara mengadap Raja Melayu, pembesar, guru dan rakyat.
2. Pakaian.
3. Adat dan Adab Melayu...
4. TERIMA AMANAH.
Penerbit SB akan menyampaikan:
1. Adat dan Adab 'sembah' keris.
2. Selangkah guru...
GURU SILAT DIALU-ALUKAN HADIR DAN BOLEH MEMBUAT PERSEMBAHAN
UNTUK 'SEMPURNA-PULIH ADAB' DEPAN RAJA MELAYU.
Disediakan:
1. Sijil Penyertaan.
2. Makan/Minum.
Tarikh Tutup Penyertaan: 2 Mei 2008
Keterangan lanjut:
En. Fuad
03 402 55379
012 951 0872
************ ********* ********* ********* ********* *******
Ini peluang keemasan, bawa anak-anak anda bersama
menerokai angkasa lepas secara percuma. Ya , percuma.
HARI FALAK / ASTRONOMI 2008
10 – 11 MEI 2008 , Sabtu (8:30 pg – 10 mlm) – Ahad
(8:30 pg – 3:30 ptg)
Di Kompleks Falak Al Khawarizmi , Tanjung Bidara , Melaka
Antara acara menarik :
- Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket
- Pameran Astronomi
- Pop Kuiz Hari Falak
- Ceramah oleh Mejar Dr Faiz , Angkasawan Negara
- Tayangan 3D dan Planetarium
- Makmal Maya
- Tayangan Filem dan banyak lagi
Maklumat lanjut hubungi :
Kompleks Falak Al-Khawarizmi , Kg. Balik Batu, Tanjung
Bidara , 78300 Alor Gajah, Melaka
Tel : 06-3842148 (Kompleks Falak)/ 06-2847920 (Jabatan
Mufti Melaka)
Faks : 06-384 2126 (Kompleks Falak) / 06-2848144
(Jabatan Mufti Melaka)
Email :
jkmmufti@tm. net.my
Laman Web :
http://www.al- azim.com/ khawarizmi
************ ********* ********* ********* ********* *******

Seminar Tokoh Tajdid Al-Ghazzali - "Pencerah Pemikiran Ummah"

11 Mei 2008 (Ahad)
Dewan Auditorium SIRIM, Seksyen 2 Shah Alam


Masa : 08:30 pagi—05:00 petang
Perasmian : YB. Dato' Dr. Hj Hassan Bin Hj. Mohamed Ali, Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Kerajaan
Negeri Selangor

Seminar terbuka, kemasukan percuma

Anjuran: WADAH, MUAFAKAT & JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR

KERTAS KERJA & PEMBENTANG:

Ulama’ Kalam & Falsafah: Al-Ghazali dan Orientasi Baru Ilmu Kalam
dan Ilmu Falsafah.
Prof. Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar, ISTAC UIAM.

Pengaruh Pemikiran Tasawwuf al-Ghazali Khususnya di Alam Melayu
Ustaz Abdul Aziz Muhammad, Institut al-Quran Terengganu.

Memahami Kewajaran dan Kepentingan Tajdid Al-Ghazali Dalam Konteks Zamannya.
Dr. Mohd Nor Manuty (CESMAC).

Peranan al-Ghazali Dalam Mengharmonikan Wahyu dan Akal.
Prof. Madya Dr. Ibrahim Abu Bakar, Fakulti Pengajian Islam UKM.

Meneliti Kedudukan Al-Quran dan Sunnah Sebagai Teras Pemikiran al-Ghazali
Prof. Zakaria Stapa, Fakulti Pengajian Islam UKM.

Al-Ghazali Dalam Pentajdidan Pemikiran dan Amalan Tasawwuf
Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady, ISTAC UIAM.

Sekretariat:
Wadah Selangor (03-55118150)
(013-3363588)
************ ********* ********* ********* ********* *******

TALKSHOW NISA'
Bertajuk : *"Ku Terima Nikahnya…."*
Oleh: Ustaz Hasrizal Abd Jamil ( Saiful Islam)
Tarikh : 11 Mei 2008 (Ahad)
Jam : 2.00 PTG -4.30 PTG
Tempat : Dewan Seminar, MASJID AS-SYAKIRIN, KLCC
Muslimin dan Muslimat dijemput hadir beramai-ramai. ......
Makanan PERCUMA disediakan!!
Hubungi :
019-298 7252** @ 013-200 9426 @ 017-9507685
Unit Pembangunan Insan Nisa' WP
************ ********* ********* ********* ********* *******
Program CINTA dan SUCCESS..

talkshow Dr Danial bin Zainal Abidin (motivator terkenal dan telah banyak menghasilkan buku-buku motivasi)..
bersama kump IN-TEAM

Sabtu 17 MEI 2008
Bertempat di DEWAN KOMPLEKS ISLAM,JB
pendaftaran dari jam 7 pagi - 2 petang


Breakfast disediakan..
bayaran tidak dikenakan..
free sahaja dapat
jumpa IN-TEAM ..
apa tunggu lagi hebahkan dan ajaklah seberapa ramai kawan-kawan, jiran-jiran, saudara mara,anak murid dan family ..
phamplet akan diedarkan tidak lama lagi..

anjuran RoadToJAWA2 ((PaLS) Persatuan Alumni SMIH)
bersama Jabatan Agama Islam JOHOR
sekiranya terdapat sebarang masalah atau pertanyaan sila hubungi :
Wan Khairunnisa' - 019-7711964
Maryam Zahidah - 013-7545616
************ ********* ********* ********* ********* *******
WACANA ILMU BICARA ADDIN
1. Diskusi Buku 50 Amalan Pendinding Diri, Keluarga dan Kediaman
2. Pembentangan Kertas Kerja Amalan Penerang dan Pelembut Hati
Penceramah : Ustaz Hanif Ghazali az-Zubaidiyyah
Tarikh : Sabtu 17 Mei 2008
Masa : 8 pagi – 2:30 ptg
Tempat : Dewan Perbandaran Tampin , N.Sembilan
Bayaran pendaftaran RM 15 sahaja
Ijazah akan diberikan
Untuk pertanyaan dan pendaftaran hubungi :
Ustaz Abdul Ghani 012-6761187
Ustaz Mazlan 019-6637340
Encik Yazid 013-6203460.
************ ********* ********* ********* ********* *******
Konvensyen Falak N.Sembilan

16-18 Mei 2008 (Jum-Ahd) 10 pg – 10 mlm
Di Perkarangan Masjid Kariah Sikamat , Seremban
Anjuran : Jabatan Mufti Kerajaan N.Sembilan dgn
kerjasama Jabatan Fizik Universiti Malaya
Terbuka kepada semua lapisan masyarakat , pelajar
sekolah serta institusi pengajian tinggi awam dan
swasta
Aturcara menarik :
* Kuiz Falak dan Astronomi
* Kaedah menentukan arah kiblat
* Pameran Rubu’ Mujayyab dan Tongkat Istiwa’
* Semakan tarikh lahit Miladi kepada Hijri
* Pertandingan mewarna untuk kanak-kanak tadika
* Pertandingan roket laucher dan kenderaan di marikh
Objektif :
* Untuk memberi pendedahan kepada pelajar dan orang ramai tentang kewujudan rahsia ilmu langit
* Memberi peluang kepada usahawan yang ingin menceburi diri dalam bidang astronomi, khususnya teleskop dan khidmat rundingan tentang peralatan astronomi
* Menambah pengetahuan kakitangan yang bekerja dalam bidang yang berkaitan serta pelajar yang berkait
secara langsung dengan aktiviti-aktiviti langit dan cakerawala
************ ********* ********* ********* ********* *******
BICARA PERDANA SEMPENA HARI GURU 2008

ANJURAN MAJLIS GURU ISLAH (MGI) , JIM
TARIKH : 18 MEI 2008(AHAD)
MASA : 8.30 pg-1.00 TGH
TEMPAT : AUDITORIUM A, KULLIYAH ENGINEERING, UIA, GOMBAK
YURAN : RM 20
TEMA: GURU ARKITEK GENERASI TERBILANG


OLEH TN. HJ MOHAMAD KAMALUDIN BIN TAIB
PENGETUA SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH, PUTRA JAYA

PENCERAMAH ADALAH PENULIS BUKU:
Sebutir Bintang Mengerdip (A Biography book)
The Maturity Level among Adolescence (Principals Jurnal)
Managing Stress for Principals
Learning For Life : Creating Endless Possibilities in Secondary Education
Strategic skills for managers
Strategic Leadership
Headcount in Curriculum
Training Module for Cluster schools principals
BELIAU JUGA MERUPAKAN TRAINER:
Trainer for the Stress Management Training for Principals
Trainers for the senior assistants of secondary schools
Trainers and Facilitators for Cluster Schools Principals

LATAR BELAKANG PENCERAMAH:
- Penceramah adalah Pengetua yang berpengalaman; sekolah yang pernah diterajuinya iaitu Sekolah Menengah Sains Seremban mendapat pencapaian SPM terbaik antara Sekolah Berasrama Penuh 3 tahun berturut-turut.
- Beliau terpilih antara Pengetua Sekolah Kluster yang menghadiri kursus di London baru-baru ini.
- Beliau berpengalaman dalam mengurus dan mengembleng kakitangan dibawahnya.
- Beliau adalah Penulis buku tentang kurikulum, kepimpinaan, pengurusan serta pentadbiran sekolah.
- Beliau adalah Trainer untuk Pengetua Sekolah Kluster dan Penolong Kanan

Penyertaan terbuka kepada
- Semua guru sekolah Kebangsaan dan Sekolah Islam
- Pentadbir Sekolah
- Bakal guru
- mereka yang terlibat dalam bidang pendidikan
- mereka yang terlibat dalam program remaja dll
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi:
Cikgu Rohaiyu 013 3886565
Cikgu Fauziah 019 2734549
Cikgu Fariza 019 2620783
e-mail
june_syed@yahoo. co uk

TARIKH TUTUP 14 MEI 2008
************ ********* ********* ********* ********* *******
International Conference on Entrepreneurship 2008 (ICE 2008)

“Towards Developing Entrepreneurship Societies”

Langkawi Beach Resort Hotel, Langkawi, Malaysia
19 - 22 May 2008
Please visit:
http://www.kuis. edu.my/ice2008/
CALL FOR PAPERS
ICE 2008 invites presentations covering the full range of conceptual or practical papers in nature examining technical, sociological, economic/business and legal issues. Any case studies by practitioners are almost welcomed. Broadly, the main areas of inquiry include the followings but not limited to:

Conceptual and Theoretical Aspects of Entrepreneurship,
Entrepreneurship in Emerging Economies,
Entrepreneurship Environment and Support,
Small Business Management,
Socio-behavioral, Cognitive, and Cultural Analysis of Entrepreneurs and Entrepreneurship, and
Entrepreneurial Organization and Entrepreneurial Management/Leadersh ip, and
Any other related areas pertaining to any issue which is related to entrepreneurial aspects such as finance, accounting, human resource, legal, information technology and religious perspectives.

The abstracts will be reviewed by a special committee of reviewers. Papers and presentations will be in English, Arabic and Malay language.

Important Dates
With all due respect, prospective presenters are advised to adhere with the following submission deadlines:
Abstract 15 February 2008
Acceptance 28 February 2008
Full paper 20 April 2008
************ ********* ********* ********* ********* *******
KEM REMAJA CERIA - Kiblah Eco Resort - 27 - 29 Mei 2008


3 Hari 2 Malam - Pelaburan: RM150 sahaja
Kiblah Eco Resort
Sg. Merab, Kajang, Selangor
27 - 29 Mei 2008
Anjuran:
Pertubuhan Kebajikan Al-Nidaa' Malaysia
17A Lorong Datuk Sulaiman 7,
Taman Tun Dr Ismail
60000 Kuala Lumpur
Tel no: 77106900 Faks: 03-77107900
Email:
urusetia@al- nidaa.com. my

Dengan kerjasama
Sekolah Kiblah, Sg. Merab, Kajang, Selangor
Brosyur/borang boleh dimuat turun di bawah ini. Borang yang lengkap diisi,beserta bayaran, hendaklah dikembalikan ke pejabat Al-Nidaa selewat-lewatnya pada 20 Mei 2008.

Brosyur/borang:
http://www.al- nidaa.com. my/upload/ File/brosyur_ kem_remaja. pdf
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
03-77106900 atau 012-2820244
************ ********* ********* ********* ********* *******
Forum Perdana Menangani Islam Liberal dan Cabaran Umat Islam Masa Kini

Tarikh : 28 Mei 2008
Masa : Selepas Solat Maghrib
Tempat : Masjid Permatang Janggus, Permatang Pauh, P. Pinang


(direction: dari jambatan penang terus ke highway PLUS, exit permatang pauh, masuk highway Butterworth- Kulim (ke kanan), masuk simpang ke
Jln Permatang Pauh (ke kiri), masjid terletak disebelah kiri anda)
Ahli Panel:
1. Dr Wan Salim Wan Mohd Noor (YDP Persatuan Ulama' Malaysia P. Pinang)
2. Dr Fadhullah Jamel (NYDP Persatuan Ulama' Malaysia P. Pinang)
3. Ustaz Hafiz Nordin (Pen. S/U Persatuan Ulama' Malaysia P. Pinang)


Moderator:
Nurfitri Amir Muhammad

Isu-isu yang akan dibincangkan. ..
Sejarah penularan Islam Liberal
Dalang-dalang Islam Liberal Di Malaysia
Isu-isu Artikel 11, IFC, IRGC, Pluralisma, Sekularisasi Masyarakat dan Kes Murtad.

Forum Perdana Menangani Gejala Sosial

akan diberi tahu kelak.
semoga diberkati Allah....
layari www.apipenang. blogspot. com - utk maklumat terkini program-program API, PUMPP, Sekretariat Dakwah dan RAUDHAH...
************ ********* ********* ********* ********* *******
YOUTH CAMP 2008
Date : 29-05-2008 till 1-06-2008
Venue: Cameron Highlands,
Fees: Rm290 ( transportation, logging, food and activities )
Theme : Brotherhood in Islam
Partipants : Open to all teenagers and young adults. ( Muslim or Non-Muslim )
Activities :
• Stimulating Workshops
• Energizing Physical Activities & Riyadhah
• Life Enriching Tazkirah
• Soul Enhancing Remembrance
• Half day educational visit to Gua Tempurung
Pls download the brochure and application form from www.al-khaadem. com.my
For any queries, please visit www.al-khaadem. com.my
************ ********* ********* ********* ********* *******
HALUAN Anjur Kursus Pra-perkahwinan Pada 21-22hb Jun
Peluang baik untuk bakal-bakal pengantin!
Kursus pra-perkahwinan merupakan kursus yang wajib dihadiri oleh pasangan yang akan mendirikan rumahtangga. Kursus ini dikendalikan oleh Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing. Di Wilayah Persekutuan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah melantik pihak swasta menguruskan kursus pra-perkahwinan tersebut.
HALUAN dengan kejasama Persatuan Kakitangan Perkhidmatan Ugama (PKPU) JAKIM Putrajaya akan turut berbakti kepada bakal-bakal pengantin dengan mengadakan kursus tersebut.
Berikut adalah maklumat mengenai kursus:
Tarikh : 21hb dan 22hb Jun 2008 (Hari Sabtu dan Ahad)
Tempat : Masjid Putrajaya
Waktu : Pendaftaran bermula jam 1.00 tengah hari Sabtu
Yuran : RM 80.00. Hendaklah dibayar semasa pendaftaran.
Kursus ini diadakan khusus untuk anak-anak ahli HALUAN atau ahli HALUAN dan masyarakat amnya yang merancang untuk mendirikan rumahtangga. Sijil-sijil akan dianugerahkan di akhir kursus, dan ianya diperakui oleh Jabatan Agama Islam Negeri seluruh Malaysia.
Mereka yang ingin membuat pendaftaran awal boleh menghantar pesanan ringkas SMS 'KURSUS PERKAHWINAN' dengan menyertakan nama peserta dan no kad pengenalan, kemudian hantarkan ke talian 013-9821044.
Sila daftar segera kerana bilangan tempat adalah terhad!


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: