Sunday, May 11, 2008

Laporan polis oleh pemimpin UMNO terhadap Karpal hanyalah hipokrit!!

Kholid@

Aswt,

Marah sungguh pemimpin UMNO atas sikap Karpal mempertikai campur tangan istana keatas pertukaran Pengarah JAIP lantas membuat beberapa laporan polis. Mereka menuduh Karpal menderhaka kepada institusi Raja. Tindakan mereka ini hanyalah untuk menutup perbuatan mereka yang angkuh terhadap istana bahkan terhadap Istana Negara sejak berpuluh tahun!! Isu angkuhnya kepimpinan UMNO yang paling ketara seperti yang kita tahu berlaku sejak di zaman Mahathir lagi. Ketika itu demonstrasi yang tidak ada permit menjadi budaya UMNO yang dianggap sah kerana dilakukan UMNO yang menguasai kerajaan Malaysia. Di Kelantan bukan sekadar mencabar kuasa Raja bahkan UMNO Kelantan yang disokong kuat UMNO pusat mahu menabal Raja yang baru. Cuma baru-baru ini saja bila tidak dapat menepis tuntutan parti pembangkang yang mempertikai tentang perjalanan pilihanraya yang terdapat unsur-unsur penipuan dan pelbagai isu rakyat yang lain maka demonstrasi dianggap bukan lagi budaya kita. Saya cadangkan agar TV3 tayangkan semula siri demonstrasi arahan Mahathir dan kuncu-kuncu nya agar semua rakyat dapat tonton. Beranikah TV3 lakukannya??

MB Perak tidak perlu kecewa dengan apa yang berlaku kerana PM Abdullah pun baru-baru ini berulang alik ke Istana Negara kerana cuba membantah perlantikan Ahmad Said sebagai MB Terangganu tapi tidak ada pula laporan Polis dibuat terhadap PM kita itu!! Bahkan akhbar-akhbar arus perdana lantang mempertikai campur tangan istana Terengganu dan nampak lebih menyokong kehendak Abdullah.

Cukup-cukuplah wahai pemimpin UMNO tembelang anda telah pun terdedah kepada rakyat dan rakyat telah pun sampaikan mesej itu dalam pilihanraya lepas. Hentikanlah sikap talam dua muka atau bermuka-muka anda itu!! Mahathir pula usahlah berlagak nak jadi hero tua. Tun kena sedarl lah diri!! Dengan wang Tun yang banyak eloklah Tun bawa tikar bantal dan pergi buat ibadah banyak-banyak kat Tanah Suci Mekah sana. Tinggallah kat hotel ? Mecca International sebelah Masjidil Haram dan mohonlah keampunan dari Allah swt. tapi eloklah pergi ke Memali dulu sebelum bertolak ke Mekah. Allah tidak akan ampun dosa seseorang selagi manusia yang dizalimi tidak ampun dosanya terlebih dulu. Wallahua'lam.


ibnuAli
kota jembal

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: