Thursday, May 1, 2008

Kuil: Dr Khir, jangan salahkan MIC

Apr 29, 08 5:00pm

Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu meminta bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo supaya berhenti membuat tuduhan tidak berasas berhubung kekalahan Barisan Nasional di negeri itu dalam pilihanraya umum lalu.

"Beliau berkata saya telah memberi persetujuan agar kuil (di Kampung Rimba Jaya dekat Shah Alam) dirobohkan pada 15 November.

"Saya ingin jelaskan bahawa kuil itu telahpun dirobohkan pada pertengahan Oktober," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Kenapa beliau tidak sebut sayalah orangnya yang merayu kepada beliau dan perdana menteri supaya menghentikan rancangan asal untuk merobohkan kuil itu," katanya dalam laporan Bernama.

khir toyo samy vellu and kg rimba jaya templeDalam satu temubual dengan Malaysiakini, Dr Mohamad Khir mendakwa Samy Vellu menelefon beliau agar bertindak terhadap kuil itu kerana ia digunakan sebagai tempat upacara penyokong Badan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf).

'Henti bercakap'

Dr Mohamad Khir berkata Samy Vellu menelefonnya pada malam 15 November dan memberitahunya bahawa penyokong Hindraf telah menyusup masuk ke kuil itu dan ia perlu dirobohkan malam itu juga.

"Tetapi kuil itu telahpun dirobohkan dan patung-patungnya dipindahkan pada akhir Oktober.

"Apa lagi nak dirobohkan, dan kenapa pula saya harus minta supaya sebuah kuil, yang sudah dirobohkan, dirobohkan lagi," kata Samy Vellu.

Beliau berharap Dr Mohamad Khir berhenti mencari alasan bagi kekalahan BN di Selangor.

"Permintaan saya kepada beliau ialah supaya berhenti bercakap mengenai semua ini. Marilah kita kukuhkan kembali BN," katanya.

Source: Malaysiakini

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: