Thursday, May 1, 2008

Kredit untuk penulis sebenar 'Hidangan 5 Bintang - Halal Atau Haram'

29-04-2008 12:13:30 PM


UNTUK pengetahuan editor, saya adalah penulis artikel yang sebenar kepada artikel "Hidangan 5 Bintang - Halal Atau Haram". Saya merupakan seorang doktor perubatan yang menulis blog di www.drazwan. blogspot. com.

Saya berasa kecewa kerana ada orang lain telah menciplak dan mencedok artiekl saya kesemuanya tanpa ada kredit dan olahannya sendiri dan meletakkannya di atas nama penanya. Sila datang dan cek artikel yang saya tulis di dalam blog saya iaitu www.drazwan. blogspot. com
dan pautan khasnya


Sila periksa tarikhnya dan ini adalah artikel saya yang original. Saya berharap pihak tuan dapat memberi kredit kepada penulis dan blog di atas artikel yang telah saya tulis atau menarik semula artikel tersebut.

Intergriti matlamat kita.

Wassalam.

Dr Shahrizal Azwan Bin Samsudin
abiteha@yahoo. com


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: