Thursday, May 8, 2008

Khabar dari Parlmen / Bersama Rakyat

(Pimpinan PR, PAStikan Rakyat DAPat KeAdilan!)
(Rakyat, Teruskan Lonjakkan Minda!)

Blog Dr Lo'Lo'
Khabar dari Parlmen;
Dari memo 30 April :

Dakwaan kekecohan pada hari pertama persidangan telah dimanipulasi media2 yang dikongkong BN. Bagaimana saya sendidri menjadi mangsa. Sepanjang pagi Hari pertama persidangan saya tidak bangun pun kerana ingin mempejari dan memerhati dulu. Hanya pada sebelah petang barulah saya ada 'kekuatan' untuk bangun menanya soalan. Namun dalam berita RTM malam itu gambar saya dan gambar YB Presiden PAS disiarkan selepas gambar YB Karpal sambil dinyatakan ahli2 parlimen pembangkang membuat kekecohan dan gangguan serta mencari publisiti murahan.
Sedangkan saya tidak terlibat langsung dengan 'kekecohan' pagi tu. Saya hanya bangun sebelah petang dan berikutan adalah sedutan ucapan saya:

YB Bintulu:

Dlm PULAPOL semua instructor kah mengajar undang2kah, itu bukan qualified Kdg2 org itu sudah d 'eye-spt' setakat tempat itu. Ataupun org kena disiplin , dia dibuang pergi sana. Kalau kita tidak jadi satu pusat yang mustahak ini, perlu kira ambil perhatian. Itu pegawai personel dia, kalau dia belum training, belum habis lagi, dia training dia sudah mahu gila. Dia keluar selepas shj training dia keluar sdh jadi gila. Mcm2 dia mahu jlnkn tugas?

YB Dr Lo'lo': YDP, minta laluan YB Bintulu.

Tk YDP & YB Bintulu. Saya hendak minta penjelasan sdkt satu perkara sbb PULAPOL ini duduk berhampiran kwsn saya. Pusat Latihan Polis. Saya rasa satu perkara yg sgt membimbangkan kalau YB Bintulu menyatakan bhw tenaga2 pengajar yg dihantar ke PULAPOL ini terdiri dari polis2 yg telah dikenakan tindakan disiplin ataupun yg hendak disejukbekukan disana. Jadi bermakna mrk ini akn melahirkan polis2 yang bentuk bagaimana? Adakah polis2 ini mampu keluar dari PULAPOL untuk menjaga keselamatan negara. Jadi minta penjelasan sedikit.

YB Bintulu:

Tk YB TW. Itulah yg saya persoalkan mengenai perkara ini. Kita mesti membaiki masalah ini.

( Skrg tengah hangat persidangan prlmn kerana YB2 BN Sabah dan Sarawak sdg 'mengamuk' malah kata sanggp pindah dari rmh 'bungalow' iaitu BN ke rumah teres PR demi kepentingan rakyat. Jadi kena berhenti dulu. )


Bersama Rakyat











Pada petang Sabtu yang lalu iaitu bersamaan dengan 3 Mei 2008, saya telah turun utk bertemu rakyat di kawasan perumahan PPR Cochrane Perkasa. Majlis ini dibuat di padang permainan di kawasan perumahan tersebut. Alhamdulillah, sambutan yang ditunjukkan oleh penduduk di kawasan tersebut amatlah memberangsangkan. Hadirin pada majlis ini terdiri dari pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina dan India tanpa rasa takut dan bimbang seperti mana yang berlaku pada sewaktu ketika dahulu.


Pada kesempatan ini jugalah saya telah memberikan sedikit penjelasan tentang perjalanan mesyuarat di Dewan Rakyat dan apa yang berlaku di sana pada hari pertama perbahasan titah ucapan YDPA. Pada akhir majlis ini, saya juga berpeluang untuk mendengar keluhan dan permintaan dari penduduk di kawasan perumahan tersebut untuk dijadikan perhatian di pihak saya. InsyaAllah saya akan cuba sedaya upaya saya untuk memperjuangkan keadilan untuk rakyat di kawasan saya khasnya dan untuk rakyat Malaysia amnya. Doa dan sokongan daripada anda semua amatlah diharapkan untuk menuju ke arah negara berkebajikan.



*** - ***
JANGAN LUPA: HARI SABTU PAKAI KUNING!
Link Baru
webtv8 di http://wtv8. tv tvpas di http://www.tvpas. com/

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: