Thursday, May 1, 2008

Ketua Cawangan PAS Sg Layang, Rembau meninggal dunia

"Suara N9" pasn9@yahoo.com

Ketua Cawangan PAS Rumah Rakyat Sg Layang, Rembau Tn
Hj Idris Minhat telah meninggal dunia pada hari Rabu
30 April 2008 yang lalu. Allahyarham meninggal dunia
di Hospital Melaka setelah dimasukkan ke wad akibat
penyakit kencing manis dan beberapa komplikasi yang
lain.

Antara yang hadir semasa solat jenazah dan majlis
pengkebumian ialah ADUN Paroi YB Tn Hj Mohd Taufek Abd
Ghani, Ustaz Sidek Noor tokoh ulama yang disegani
daripada Perak, Pemangku Yang Dipertua PAS Kawasan
Rembau Sdr Rozmal Malakan, Setiausaha PAS Kawasan
Rembau Sdr Mohammad Hassan Tamby serta beberapa
pemimpin, ahli serta penduduk sekitar. Jenazah
Allahyarham telah selamat disemadikan di tapak
perkuburan Kg Batu , Rembau selepas Asar.

Allahyarham adalah merupakan seorang veteran yang
banyak berjasa dalam perjuangan PAS bukan sahaja di
Rembau malahan di Negeri Sembilan. Pernah memegang
jawatan sebagai Ketua Penerangan PAS N.Sembilan, AJK
PAS Kawasan Tampin, AJK Cawangan Astana Raja dan
beberapa jawatan lain. Beliau juga terlibat dalam
beberapa program di peringkat nasional antaranya
terlibat dalam demonstrasi membantah kemasukan pemain
kriket Israel ke Malaysia.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan bersama
roh orang-orang soleh.

Blog PAS N.Sembilan http://pasns. blogspot. com
Rembau http://rembau- hari-ini. blogspot. com
Anak Muda Kampung http://amkns. blogspot. com

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: