Friday, May 9, 2008

Kesatuan pekerja DBP dakwa ahlinya diugut

"Topeng Perak" poji2ya@gmail.com

Kesatuan pekerja DBP dakwa ahlinya diugut
Muda Mohd Noor | May 8, 08 11:48am
Yang dipertua Kesatuan Pekerja Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Hasni Abas mendakwa ahli kesatuan tersebut diugut dikenakan tindakan disiplin, termasuk dipindahkan ke bahagian lain, jika mereka terus menjadi ahli kesatuan pekerja-pekerja DBP.

Katanya, ini kerana kesatuan tersebut telah dua tahun berjuang membantah dasar dewan itu yang melantik pegawai kanan tanpa mengikut peraturan.

Berikutan itu dakwa Husni, 50 hingga 60 ahli telah berhenti daripada menjadi ahli kesatuan tersebut, kerana bimbang dikenakan tindakan disiplin.

"Malah sehingga hari ini masih ada yang berbuat demikian," katanya.

Husni mendakwa, pihak pengurusan DBP telah memanggil setiap ahli kesatuan dan bertanya mengapa mereka menjadi ahli kesatuan tersebut.

Beliau mendakwa, mereka telah diberi amaran supaya meninggalkan kesatuan itu, jika tidak mahu dikenakan tindakan disiplin.

Menurutnya lagi, pengurusan DBP juga mempersoalkan kesahihan penubuhan kesatuan sekerja DBP.

Rundingan tertutup

Kesatuan pekerja DBP, kata Hasni, membantah dasar DBP melantik pegawai kanan tanpa mengikut peraturan.

Sebagai contoh, katanya, pegawai kanan bahagian bahasa dan sastera boleh dilantik dari kalangan mereka yang tidak mempunyai kelulusan dan pengalaman dalam bidang tersebut.

Hasni juga berkata, rundingan antara pihak kesatuan dengan pengurusan DBP sudah terhenti ekoran keengganan DPB bertemu pihak kesatuan.

Malah, katanya, pihaknya hanya bertemu pihak pengurusan DBP sekali sahaja sepanjang tahun lalu dan tiada langsung tahun ini, sedangkan ia sepatutnya diadakan empat kali dalam setahun.

"Boleh saya katakan begini, pintu rundingan antara pihak kesatuan dengan pengurusan DBP telah tertutup," tambahnya lagi.

Beliau berkata, DBP mempunyai kira-kira 750 pekerja tetap dan sekitar 380 orang menjadi ahli kesatuan tersebut.

Probable Source: Malaysiakini

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: