Thursday, May 8, 2008

JEMPUTAN : Sertai Program aqiqah bersama Muslim Aid Asia

"Muhammad Kamarulazizi" matasura.muslimaidasia@yahoo.com

Kelahiran seorang anak memang dinantikan sesebuah keluarga demi menambah kebahagiaan rumahtangga. Hukum aqiqah adalah sunat Mu'akkadah yakni sunat yang sangat dituntut dan kerana itu amalam aqiqah harus difahami dan dihayati agar hikmahnya dapat dicapai.


Hikmah Aqiqah
  1. Melahirkan rasa kesyukuran kerana mendapat zuriat
  2. Membiasakan masyarakat Muslim dengan pemakanan 'halaalan thoiyibba' sejak bayi lagi untuk membentuk kemantapan aqidah
  3. Mengeratkan hubungan silaturrahim sesama Muslim di seluruh dunia.

Aqiqah bersama Muslim Aid Asia

Muslim Aid mempunyai rangkaian hampir di seluruh dunia dan mudah untuk menyaring bakal penerima bantuan demi memastikan perlaksanaan bantuan sampai kepada sasaran. Peserta hanya perlu mengisi borang yang disediakan berserta kosnya, InsyaAllah langkah seterusnya pihak Muslim Aid akan uruskan.

Dengan kos sebanyak RM350 untuk seekor kambing, pihak Muslim Aid akan melakukan penyembelihan di tempat-tempat terpilih, dimasak dan diagihkan kepada penduduk miskin setempat. Muslim Aid menawarkan perkhidmatan aqiqah untuk perlaksanaan di Bangladesh, Indonesia dan Kemboja.

Setelah segala proses aqiqah selesai, pihak MAA akan mengeluarkan sijil yang tertulis nama anak beserta gambar penyembelihan aqiqah. Pada yang berminat untuk melakukan ibadah aqiqah ini, boleh hubungi pihak Muslim Aid ditalian 03-2288 1996 (Ida @ Ilham)

Pada yang berminat, bleh sertakan

Nama penuh:
Nama anak utk diaqiqah:
Utk lelaki atau perempuan:
Alamat rumah:
No contact:
Dari mana anda peroleh info aqiqah ini:
Cara pembayaran:


dan emailkan kepada mail@muslimaidasia. com

atau boleh mendapatkan brochure di sini
Download brochure aqiqah
Muhammad bin Kamarulazizi
Fundraising and Marketing
Muslim Aid Asia
Tel: +603-2282 1996
Fax: +603-2288 1966
www.muslimaidasia. com



*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: