Wednesday, May 7, 2008

JANJI PR VS JANJI BN

"umar faruqi" faruqi03@yahoo.com

Dilulus terbit pada Tuesday, May 06 @ 21:36:32 MYT oleh greenboc
Komentar Oleh tokmatsap



"Kenapa semua orang termasuk penyokong PR hanya memberikan tumpuan kepada janji-janji pilihan raya yang dibuat oleh PR sahaja tetapi terlupa pula untuk mempersoalkan janji-janji muluk yang turut ditabur serata bumi Malaysia oleh BN termasuk yang dibuat Najib Tun Razak.



Marilah kita buka semula menifesto pilihan raya yang dibuat BN dan lihat, sudahkah mereka melaksanakan janji-janji mereka itu.



Nampaknya setakat ini, kita hanya membiarkan BN mempersoalkan kerajan PR yang masih umpama `bayi`dan media-media sampah sarap mereka sahaja mempersoalkan keupayaan PR melaksanakan janjinya.


Hatta TPM, Najib Tun Razak dalam sidang medianya malam tadi sibuk mempersoalkan janji PR dalam kerajaan Selangor termasuk janji menurunkan cukai yang belum dilaksanakan .


Masalahnya, kerajaan PR baru berusia dua bulan berbanding kerajaan BN di persekutuan yang berusia lebih 50 tahun. Bagaimana pula dengan janji pilihan raya lalu, sudahkah diilaksanankan oleh BN dalam masa dua bulan ini ? Tentu belum dan tentu mustahil untuk dilaksanakan dalam tempuh singkat ini.


Kerajaan BN bukan sahaja belum melaksanakan janjinya malah banyak projek yang dijelmakan menjelang pilihan raya banyak yang ditangguhkan. Itu pun merupakan satu pembohongan kepada rakyat dan pengundi,


Akhirnya, saya menggesa blogger yang bersimpati dengan PR supaya memberikan pemantauan kepada kesemua janji BN. Kalau BN masih mempersoalkan janji PR yang belum ditunaikan ( bukan tak tunaikan ) saya harap ada blogger yang boleh mempersoalkan pula janji BN. sudahkah kesemua janji mereka itu dilaksanakan, sedangklan mereka menguasai kerajaan pusat selain beberapa kerajaan negeri ?

"


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: