Thursday, May 8, 2008

Isu kekurangan beras catat sejarah / Wakil PR bangkitkan dalam sesi soal jawab

(Pimpinan PR, PAStikan Rakyat DAPat KeAdilan!)
(Rakyat, Teruskan Lonjakkan Minda!)

Isu kekurangan beras catat sejarah baru negara
Salmah Mat Husain
Wed | May 07, 08 | 7:01:01 pm MYT
KOTA BHARU, 7 Mei (hrkh) � Memalukan, apabila bekalan beras bagi keperluan asas rakyat berkurangan di pasaran sehingga mendorong harganya meningkat berkali ganda.

Situasi berlaku sekarang tidak pernah terjadi dalam sejarah negara memandangkan dahulunya Malaysia dikenali sebagai negara pertanian.

Sebelum ini negara hanya sering dilanda kemelut kekurangan gula, gandum dan minyak masak sahaja.

Oleh itu bagi menangani bersama isu tersebut, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi disaran menjemput sama Menteri-Menteri Besar dan Ketua Menteri negeri Pakatan Rakyat (PR) bagi mencari jalan penyelesaiannya.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, kelima-lima pemimpin kerajaan negeri yang dikuasai PR perlu dijemput membincangkan masaalah tersebut yang mendatangkan kesan kepada rakyat sekarang.

Selain itu beliau mencadangkan Perdana Menteri merombak pendekatan sedia ada agensi pertanian bagi memastikan kekurangan bekalan beras tidak berlarutan dalam tempoh lama.

�Suasana yang terjadi sekarang begitu memalukan kerana ia tidak pernah berlaku sejak negara mencapai kemerdekaan.

�Selain itu agensi-agensi yang berkaitan seperti Bernas dan Kada perlu dirombak semula. Misalnya peranan yang dimainkan Kada bagi meningkatkan pengeluaran padi di Kelantan kurang memberi kesan,� katanya di sini, hari ini.

Agensi-agensi pembangunan pertanian seperti Kada dipengerusikan pemimpin Umno. Mereka tidak memberi kerjasama baik kepada kerajaan negeri.

Malah tiada wakil kerajaan negeri dilantik ke dalam lembaga pengarahnya sebagaimana termaktub dalam Akta Kada.

Selain itu, skim baja subsidi yang disalurkan kepada petani lebih bermotifkan politik apabila petani bukan di kalangan penyokong Umno dinafikan mendapatkan bantuan tersebut.

Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan berkata, petani di Kelantan tidak dapat mempertingkatkan pengeluaran padi memandangkan saiz sawah yang tidak ekonomik. - mj





Wakil Pakatan Rakyat membangkitkan isu Program Bantuan Makanan dan Tol dalam sesi soal jawab

PARLIMEN, 7 Mei � Wakil-wakil daripada Pakatan Rakyat pada sesi soal jawab lisan pada pagi ini telah membangkitkan soalan mengenai isu program bantuan makanan tambahan dan tol di Dewan Rakyat hari ini. Isu mengenai program bantuan makanan telah dibangkitkan oleh, Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai).
Beliau telah mengemukakan dua soalan kepada Menteri Pelajaran yang meminta penjelasan sejauhmana keberkesanan program tersebut dalam membantu para pelajar di sekolah-sekolah luar bandar mendapat pemakanan yang seimbang dan meminta menteri tersebut menjelaskan apakah mekanisme serta langkah yang diambil oleh kementerian dalam menangani masalah keracunan makanan yang kerap berlaku di sekolah-sekolah sejak akhir-akhir.
Meskipun kedua-dua soalan ini telah dijawab oleh menteri berkenaan, namun jawapannya tidak begitu menyakinkan serta menjamin kes-kes keracunan untuk tidak berulang lagi. Menteri berkenaan hanya memberikan jawapan yang lebih menjuruskan kepada tindakan setelah sesuatu kes keracunan yang berlaku. Begitu juga jawapan ringkas beliau terhadap program bantuan makanan bagi pelajar di luar bandar di mana beliau tidak menjelaskan bukti secara yang lebih bersifat saintifik bagi menyokong hujah beliau.
Sementara itu dalam soalan tambahan, Nurul Izzah telah menyoalkan tentang apakah pihak kerajaan tidak mempunyai perancangan untuk mewujudkan �Food Standard Agency� untuk mengawal kualiti makanan bagi program tersebut sebagaimana yang diwujudkan di negara-negara Barat. Menteri Pelajaran itu memberitahu dewan bahawa tidak perlu proses penyeragaman �standard� makanan di negara ini memandangkan di setiap kawasan memerlukan keperluan nutrien makanan yang berbeza.
Dalam pada itu, isu tol yang dibawa oleh Tony Pua Kiam Wee (DAP-Petaling Jaya Utara), telah berjaya menarik minat ahli-ahli dewan yang lain khususnya pembangkang untuk berdiri bagi memberikan soalan tambahan. Dalam soalan yang dikemukakan oleh beliau ada meminta Menteri Kerja Raya untuk menyatakan pendapatan, keuntungan kumulatif syarikat-syarikat konsesi tol dan langkah tertentu untuk merunding semula ciri-ciri kontrak yang tidak seimbang dan membebankan orang ramai.
Semasa soalan tambahan pula, Kiam Wee telah membangkitkan persoalan apakah pihak kerajaan akan menaikkan tol di Lebuhraya PLUS tahun ini atau tahun depan setelah PLUS memperolehi keuntungan yang besar dan jika tidak berapa nilai ganti rugi yang perlu dibayar oleh kerajaan atas sebab tidak menaikkan kadar tol tersebut.
Keadaan di Dewan Rakyat sedikit kecoh apabila Nga Kor Ming (DAP-Taiping) membangkitkan soalan berhubung isu wang RM 38.6 billion hasil keuntungan tol yang hilang ketika Kementerian Kerja Raya di pimpin oleh bekal Ahli Parlimen Sungai Siput. Isu tersebut tidak dijawab oleh Menteri Kerja Raya yang ada di Dewan Rakyat.
Sementara itu, Gwo-Burne Loh (PKR-Kelana Jaya) telah mengajukan soalan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang meminta Menteri tersebut menyatakan sama ada Kerajaan pernah melobi untuk meratifikasi Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Konvensyn terhadap hak golongan Orang Kurang Upaya.
Walaupun menteri berkenaan telah menjawab soalan tersebut namun beliau dalam sesi medianya dengan beberapa wartawan menyatakan rasa tidak puashati beliau terhadap jawapan yang telah disampaikan oleh menteri berkenaan di sesi soal jawab.

Sidang Parlimen yang masuk hari keempat hari ini telah memberi ruang sembilan soalan lisan dan 18 soalan lisan tambahan kepada ahli-ahli dewan yang sempat menanyakan soalan lisan pada sesi pagi sebelum sesi perbahasan usul menjunjung titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.

syafiq @ May 7, 2008


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: