Thursday, May 1, 2008

Isu babi menurut pandangan mufti

"umar faruqi" faruqi03@yahoo.com


Cetak E-mail
Oleh Ilhamghaz
Selasa, 29 April 2008


CAKAP siapa lagi yang hendak kita dengar dan pada siapa lagi yang harus kita rujuk. Inilah persoalan saya kepada orang ramai berkenaan isu babi yang tidak habis-habis diperkatakan dan dipolitikkan dari dahulu lagi.

Baru-bari ini telah diberi pendapat oleh dua orang mufti iaitu dari mufti Perlis dan Selangor kedua-duanya telah memberi pandangan mereka dari setiap sudut dan ternyata bagi pihak mufti usaha yang ingin dilaksanakan oleh kerajaan negeri Selangor itu mendapat pandangan positif dalam sudut islam.

Penerangan dari kerajaan negeri yang ingin melaksanakannya juga telah dikhabarkan kepada umum dalam setiap aspek kabaikkan dan keburukkannya dan kalau adapun cuma masalah lokasi itupun saya percaya bukanlah isu besar yang sukar untuk diselesaikan. Pandangan profesional juga telah kita dengar dan kebanyakkannya berpendapat tidak ada masalah untuk menjayakannya.

Penerangan dari sudut kemasyarakatan dalam hidup bertoleransi berbagai bangsa telah juga diterangkan oleh itu janganlah mudah kita termakan sergahan nakal dari pertubuhan dan individu yang suka mengambil kesempatan dalam isu-isu sensetif untuk tujuan kepentingan masing-masing.

Kita tidak manis kalau pertikaikan pandangan atau keputusan yang dibuat oleh individu bergelar mufti ini sebab mereka adalah orang yang tinggi kedudukannya dalam masyarakat islam seharusnya perlu dirujuk dalam apa sahaja masalah.

Janganlah kita terlalu taksub terhadap sesebuah parti atau pertubuhan sehingga kita lupa ada kebaikkan untuk jangka masa panjang.

Pendapat mufti telah diberi dan mungkin juga boleh kita gunakannya sebagai keputusan muktamat untuk selesaikan isu ini. Semoga selepas ini tidak ada lagi suara yang tidak bertanggung jawap terus bersuluh-suluh untuk mencari pengaruh dalam suasana politik semasa yang masih suam-suam panas.

Sudah menjadi kebiasaan walau apa sahaja masalah dalam masyarakat kita sering tidak merujuk kepada mufti sebab itulah kita seolah-olah telah diselindung untuk mudah menerima kata-kata mufti.

Keadaan hari ini, kadang-kadang keputusan mufti perlu dirujuk kepada pemimpin politik, sepatutnya seseorang pemimpin politik itulah yang wajib merujuk kepada pihak mufti. Inilah senario terbalik dalam masyarakat Malaysia yang harus diubati sebelum kita terus parah.

Jangan sekali kita ketepikan peranan mufti dalam pembangunan masyarakat, akidah dan negara. Mereka adalah pewaris nabi diakhir zaman, hanya mereka sahaja tempat kita merujuk dalam sebarang masalah selain Al quran dan Sunah Nabi.

Kepada pihak kerajaan yang telah diberi mandat, jadikanlah ini satu amalan merujuk kepada mufti terlebih dahulu sebelum membuat keputusan demi maruah agama, negara dan masyarakat.

Kepada pembaca yang ingin penulisannya disiar di ruang 'Minda Pembaca', sila emailkan penulisan anda ke
webmasterklpos@ gmail.comAlamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya - Pengarang


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: