Sunday, May 4, 2008

Ijtima PAS Wilayah Perluaskan Kekuatan Di Ibu Kota!

"umar faruqi" faruqi03@yahoo.com

Dilulus terbit pada Saturday, May 03 @ 11:01:39 MYT oleh SongkokPutih
Artikel Oleh TARMIZI MOHD JAM



 Kuala Lumpur: Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan akan menganjurkan Ijtima PAS Wilayah hujung minggu ini, 4hb. Mei 2008 (Ahad) di Markaz Tarbiyyah PAS Pusat, Taman Melewar dengan mengemukakan tema "PAS Wilayah Persekutuan: Pasca Pilihanraya Umum Ke 12"


Demikian dimaklumkan oleh Pesuruhjayanya, Haji Mohamad Noor Mohamad dalam satu kenyataan kepada semua media hari ini.


Beliau meminta semua ahli PAS di Wilayah Persekutuan dapat menghadirkan diri ke program ini bagi membincangkan usaha memperkasakan PAS di semua peringkat disamping meningkatkan keupayaan gerakerja dalam mempertahankan kawasan Parlimen Titiwangsa yang baru dimenangi PAS pada pilihan raya umum lalu.


“Ijtima ini juga bertujuan untuk menambahbaikan gerakkerja dan aktiviti yang berkait dengan pengundi khususnya dalam khidmat kemasyarakat dan kebajikan,” ujarnya.


Haji Mohamad Noor berharap dengan kelahiran anak sulong PAS (kemenangan) yang membanggakan di Parlimen Titiwangsa setelah lebih 30 tahun PAS bertapak di ibu kota mampu menjadi titik permulaan untuk PAS terus melangkah lebih jauh membebaskan Parlimen Putrajaya dan Labuan dari dijajah oleh BN dalam PRU13 akan datang.


Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub akan memberikan ucaptama dan merasmikan ijtima kali ini. Ia bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 2 petang. Selain, Salahuddin, ahli Parlimen Titiwangsa, Dr. Lo Lo Datuk Ghazali turut memberikan ucapan pada program ini.


Ketua Penerangan PAS Pusat, Haji Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, Dr. Lo Lo Datuk Ghazali dan Haji Mohamad Noor Mohamad akan mengisi kemuncak ijtima pada sebelah malamnya, memberikan pidato perdana di Markaz Tarbiyyah PAS Pusat jam 9.00 malam.


Majlis akan dipengerusikan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah, Ustaz Mohd Nazir Zakaria yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Putrajaya


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: