Friday, May 2, 2008

Harga beras terus naik & Tepung pula kurang

"SNakeKiller Sk" snak88iller@yahoo.com

KOSMO! Online

2 Mei 2008

KUALA LUMPUR - Beberapa persatuan peniaga semalam mengakui menghadapi krisis kekurangan bekalan tepung sejak sebulan lepas hingga terpaksa membayar harga lebih tinggi untuk bekalan.

Difahamkan, harga tepung gandum yang sebelum ini sekitar RM33.60 bagi guni seberat 25 kilogram, melambung hampir 100 peratus apabila ada sesetengah syarikat pemborong menjualnya sehingga mencecah RM65 seguni.

Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), Jamarulkhan Kader mendakwa pekilang lebih berminat mengeluarkan tepung gandum berprotein tinggi berbanding tepung gandum biasa kerana harganya tidak dikawal kerajaan.

Utusan Online

ALOR STAR 1 Mei � Penduduk di negeri ini berhadapan dengan kenaikan harga antara 15 hingga 40 peratus walaupun Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna memberi jaminan harga beras super tempatan dikawal dan tidak boleh dinaikkan.

Semalam, Menterinya, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, beras super tempatan ditetapkan antara RM16.50 dan RM17.50 bagi sekampit 10 kilogram.

Namun tinjauan Utusan Malaysia hari ini mendapati, Kedah yang terkenal sebagai negeri jelapang padi turut tidak terkecuali daripada mengalami kenaikan harga beras.

Tinjauan di sekitar bandar raya ini, mendapati hampir kesemua jenis beras naik mendadak sekitar 15 hingga 40 peratus.

Harga beras gred super seberat lima kilogram sekarang dijual dengan harga RM13.50 berbanding sebelum ini RM8 dan beras gred super seberat 10 kilogram sekarang dijual dengan harga RM27 berbanding RM16 sahaja sebelum ini.

Bagi beras Jati pula, paket lima kilogram dijual dengan harga RM11.50 berbanding RM10.60 sebelum ini manakala beras Jati seberat 10 kilogram dijual dengan harga RM21.50 berbanding RM19.50 sebelum ini.

Beras import seperti beras wangi Siam naik antara RM8 dan RM10 sekampit seberat 10 kilogram mengikut gred.

Sementara itu, tinjuan Persatuan Pengguna Kedah (Cake) juga mendapati bekalan beras super tempatan 15 peratus hancur berkurangan di pasaran tempatan di negeri ini.

Presidennya, Datuk Yusoff Ismail berkata, ada sesetengah kedai yang telah kehabisan terus stok beras jenis berkenaan.

�Bagaimana kerajaan berkata beras tersebut dikawal sedang ia tiada dalam pasaran. Yang banyak terdapat ialah beras berjenama dijual 15 hingga 40 peratus lebih tinggi."

�Kenyataan Shahrir tidak disokong oleh fakta. Beliau sepatutnya turun padang dan membuat pemeriksaan mengejut,� kata Yusof.

Sehubungan itu katanya, kerajaan perlu bertanggungjawab terhadap kenaikkan harga beras di pasaran tempatan.

�Kerajaan perlu tegas dan berani mengambil tindakan terhadap mereka yang menaikkan harga bahan ini,� katanya.

Menurutnya kerajaan juga perlu menyelaraskan kawalan harga beras tempatan dan import bagi membendung penipuan membabitkan beras campuran tempatan dan import yang diberi pelbagai nama dan didakwa sebagai beras import.

Katanya dalam isu kenaikkan harga beras, peniaga tidak boleh dipersalahkan kerana mereka juga membeli pada harga lebih tinggi daripada pengilang.

Sementara itu tinjauan Bernama di beberapa pasar raya dan kedai runcit di sekitar bandar raya ini dan Jitra juga mendapati hampir semua jenis beras naik antara 15 hingga 40 peratus.

Misalnya beras tempatan Jati Special yang biasanya dijual pada harga RM18.50 sekampit seberat 10 kilogram (kg) kini dijual antara RM23.90 dan RM26.

Beras import seperti beras wangi Siam naik antara RM8 dan RM10 sekampit seberat 10 kg mengikut gred.

Beberapa pemborong beras di Alor Star pula berkata, harga seguni beras yang mereka beli dari pengilang naik antara 30 dan 50 peratus.



*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: