Wednesday, May 14, 2008

HALUAN Aktifkan Misi Kemanusiaan Myanmar

al@

Di kemaskini pada Sabtu, 10/05/2008 - www.haluan.org. my

Sebagaimana yang kita maklum, Myanmar telah dilanda Taufan Nargis pada 3hb Mei baru lalu. Tiupan taufan yang mencecah sehingga 150 batu sejam tersebut telah meranapkan daerah padat yang terkenal dengan penanaman padi, iaitu Delta Irrawandy. Lima daerah di Myanmar, iaitu Pegu, Irrawandy, Rangoon, Mon dan Karen telah diisytihar sebagai kawasan darurat. Media kerajaan junta Myanmar melaporkan kira-kira 23,000 orang terkorban dan 42,000 orang lagi hilang. Bagaimanapun, terdapat juga laporan-laporan yang tidak dapat disahkan membuat anggaran lebih 120,000 orang telah terkorban atau hilang.

Taufan tersebut memusnahkan 95 peratus dari bangunan dan rumah di 7 bandar di kawasan terbabit. PBB menganggarkan sehingga 1 juta orang kini kehilangan tempat tinggal. Wabak penyakit, terutamanya malaria dan cirit-birit, kini dikatakan bertambah buruk. Manakala kekurangan bekalan makanan merupakan perkara yang mendesak. Mengikut kenyataan U.N. Flash Appeal, lebih 30 peratus kanak-kanak di bawah lima tahun di kawasan terbabit mengalami masalah pemakanan yang kronik akibat kekurangan makanan, bekalan air dan sanitari dan kawalan kesihatan.


Mengikut dakwaan penduduk-penduduk tua, taufan tersebut adalah yang paling teruk pernah mereka alami. Sementara media-media antarabangsa menyifatkan kejadian ini sebagai bencana alam terburuk sejak kejadian tsunami tahun 2004 lalu.

HALUAN menyahut tanggungjawab untuk membantu mangsa-mangsa Taufan Nargis ini dengan mengaktifkan urusetia Misi Kemanusiaan Myanmar.


InsyaAllah relawan-relawan HALUAN, termasuk kumpulan medik daripada Kelab Kesihatan HALUAN (KKH) kini bersedia untuk dihantar ke Myanmar. Pihak urusetia kini sedang menunggu beberapa perkara berkaitan birokrasi sebelum dapat menghantar pasukan relawan.


HALUAN sekali lagi mengajak masyarakat prihatin untuk sama-sama membantu mangsa bencana ini. Berilah apa juga bentuk sumbangan, seperti pakaian, kewangan, makanan mahupun ubat-ubatan. Untuk beberapa pasukan awal, keutamaan akan diberi kepada bantuan perubatan dan bekalan susu bayi dan kanak-kanak. Justeru, tuan puan yang mempunyai sumber ubat-ubatan atau susu, sangat dialu-alukan untuk turut membantu.


Kaedah yang paling efektif untuk membantu Misi Kemanusiaan Myanmar ini adalah melalui sumbangan kewangan. Bantuan kewangan boleh disalurkan ke

Tabung Kemanusiaan HALUAN
Bank Islam Malaysia Berhad
Akaun No 14-023-01-002571- 8

Sila hubungi pejabat HALUAN tempatan untuk maklumat lanjut.


Anda juga boleh berhubung terus dengan Pengarah Operasi Misi Kemanusiaan Myanmar:


Hj Mohd Azhar Idris di talian 012 601 2743

atau

En Fadzil di talian 013 484 1309.


Semoga setiap bantuan, keprihatinan dan doa anda akan dibalasi dengan ganjaran penuh kemuliaan dari Allah Yang Maha Pemurah.



*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

2 comments:

Edward Skading said...

Dear Blogger,

Hello.

My name is Edward Skading and I am writing to seek your corporation and support to help me uphold our consumer rights against F&N Dairies’ Contaminated Condensed Sweet Milk – Tea Pot brand.

The full information is posted on my weblog http://consumersrighteousness.blogspot.com/. If you wish to contact me please send an email to eddskading@hotmail.com.

I would greatly appreciate your support to expose this incident to all Malaysians because it seems like most main stream media is not interested in this horrible discovery. I wish they would take notice.

I am also in the midst of being taken to court by F&N because of my determination for transparency and truth.

Please come forward and help me. I would greatly value it.


Thank you.

Yours truly,

Edward Skading

wallpapersdeco said...

hi have a nice day.. looking for wallpapers for your house? or your friends/relative interested, visit my blog! thanks