Wednesday, May 14, 2008

Halalkah Restoran tomYan Kita?

"umar faruqi" faruqi03@yahoo.com


Dilulus terbit pada Tuesday, May 13 @ 11:14:06 MYT oleh SongkokPutih
Aduan @ Laporan Oleh nestapa

"

 Ahad lepas saya sempat ke MIHAS 2008. Ramai sungguh orang, sebenarnya hari pertama MIHAS saya dah cuba pergi tapi dek orang terlalu ramai, saya postpone ke hari Ahad. Masuk khemah MIHAS kena daftar dan petugas2 kebanyakannya anak2 muda bangsa cina.

Tertanya2 jugak saya, kenapa bukan muslim yang kontrol MIHAS? Oh.. mungkin mereka ni petugas �event organizer�. Maklumlah, mana ada kompeni melayu/muslim yang boleh anjurkan projek besar2 gini. Anjur funfare boleh la kot!



Suasana di kaunter pendaftaran



salah satu pesertaIHAS 2008
Suasana di kaunter pendaftaran
Soal halal ni saya dah �post� kan melalui PAS dah Patut Mula Buat Kerja

Di sini saya nak panjangkan isu halal hasil dari satu email yang diterima berkaitan produk Tomyam.

Dari gambar2 yang dikirimkan ini ternyata bahawa produk MAE PRANOM dari Thailand ini sah tidak halal. Untuk makluman, bagi tukang2 masak tomyam atau lebih sinonim dengan panggilan tukang masak �masakan panas� ini, (yang biasanya merupakan orang2 Thailand yang datang bekerja disini) mereka lebih suka menggunakan produk keluaran Mae Pranom ini.

Kenyataan ini berdasarkan pengalaman penulis sendiri yang pernah mengusahakan restoran masakan panas pada tahun 2002.

Kemungkinan disebabkan mereka belajar memasak menggunakan produk ini lalu mereka tidak berani beralih kepada keluaran tempatan yang lain umpamanya Adabi, Maggi atau Knorr. Manakala bagi kita yang tidak faham bahasa Thai, 100% bergantung kepada logo Halal yang kononnya diperakui oleh badan Islam Negara berkenaan. Namun begitu, apabila isu Chili Paste ini terdedah, secara otomatik ia mendedahkan kedudukan sebenar produk Mae Pranom ini. Katalah, hanya Chili Paste ini saja yang menggunakan bahan dari babi manakala �Tomyam Paste� tidak , ia masih tidak dapat mengesahkan status halal paste tomyam tersebut kerana mungkin ia dibuat di kilang yang sama. Untuk menyelamatkan perut kita dari dimasuki bahan haram ini, lebih baik produk keluaran syarikat ini tidak digunakan walaupun ada halal dicetak padanya.
Persoalan cepu mas di sini ialah adakah pengusaha2 kedai tom yam menyedari hakikat ini? Dan kalau mereka menyedarinya, adakah mereka telah memberhentikan penggunaan produk ini dan menyamak peralatan memasak mereka? Kalau mereka sudah tidak menggunakan produk ini, alhamdulillah, boleh lah makan kat kedai. Gunakanlah produk tempatan, dah sah JAKIM iktiraf.Tapi kalau peralatannya belum disamak, bagaimana? Kalaupun kita order sup tulang yang tak gunakan paste tomyam ini, kualinya tetap yang sama. Fikir2kanlah� Saya sendiri sudah beralih ke nasi mamak dan nasi lemak kalau makan kat kedai. Tak berani nak makan masakan panas dah�


http://takgedebe. blogspot. com/


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: