Monday, May 12, 2008

Betulkah UMNO Sokong Sultan?

"Topeng Perak" poji2ya@gmail.com

Dilulus terbit pada Sunday, May 11 @ 10:51:41 MYT oleh SongkokPutih
Artikel
Oleh Ibrahim Baba

 Bercampur tidak percaya bila UMNO, samada pemimpin mahupun ahli biasa mereka, sibuk beriya-iya dalam membantah apa yang dikatakan penghinaan terhadap Raja Perak oleh Karpal Singh.

IB sendiri pun tidak bersetuju jika Karpal celupar dan biadap menghina kedaulatkan institusi Raja di Tanah Air kita. IB tidak kira samada penghinaan itu dilakukan oleh orang Melayu ataupun bukan Melayu.


Tetapi, IB terlebih amat marah bila keceluparan datang dari orang Melayu kita sendiri yang sepatutnya mempertahankan kedaulatan raja-raja Melayu.

Malah, IB amat terkejut bila orang Melayu secara terangan menghina Tuanku Mizan kerana tidak memilih pemimpin mereka sebagai MB. Tuanku Mizan disifatkan sebagai binatang!



Di zaman Mahathir, umat Melayu di Tanah Air tercinta ini berpecah dua. Sebahagian besar orang Melayu bersatu ingin mendaulatkan institusi raja. Namun, dengan kuasa yang ada untuk disalahgunakan mereka, UMNO dan kepimpinan (serta segala pak turut mereka) berapi-api menghasut serta menghina Raja-raja Melayu. Untuk beberapa minggu lamanya, satu demi satu raja Melayu diaibkankan oleh akhbar dan media elektronik. Ada juga pemimpin UMNO menabalkan “sultan†lain.

Ketika kemelut tersebut memuncak, IB secara kebetulan berkesempatan duduk semeja dengan seorang Raja Muda (walaupun kini dia sudah memegang tampuk tertinggi). Apabila topik ini IB timbulkan, ternyata di air muka beliau kekesalan terhadap kepimpinan serta jentera UMNO yang menghina Sultan dan diheret untuk diadili oleh rakyat marhaen.

Kadang-kadang kita sukar memahami cara orang UMNO berfikir. Prinsip mereka boleh berubah-ubah. Ketaatan mereka tidak kukuh. Tertib tidak mereka kira. Yang sepatutnya dibuat laporan terlebih dahulu ialah terhadap barisan pimpinan UMNO yang menghadkan kuasa raja dulu. Anwar tidak boleh lari dari ketanggungjawaban beliau berperanan juga semasa itu.

Kalaulah mereka ini sememangnya mudah lupa, krisis perlantikan MB Terengganu masih lagi segar di ingatan, baru sebulan berlalu.

Sekian, IB


...
http://ibrahimbaba. wordpress. com/2008/ 05/09/betulkah- umno-sokong- sultan/


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: