Sunday, May 11, 2008

Apa Perkembangan Kes DYMM Agong Di Panggil Binatang?

"perawi iszma" perawi2205@yahoo.com

Apa Perkembangan Kes DYMM Agong Di Panggil Binatang?



Sementelah kembali hangatnya kes Penghinaan terhadap Raja-Raja, maka saya inginlah bertanya kpd pihak berkuasa apalah hasil siasatan kes DYMM Agong di panggil sebagai "Binatang" oleh para penyokong Iblis Jusoh. Sudah berapa orang kah yang ditangkap? Kalau sudah bilakah pendakwaan akan dijalankan ? Apakah para pemimpin UMNO Terengganu yg bersekongkol sama turut disoal siasat ? Kalau kes membakar bendera Malaysia di Batu Buruk cepat sahaja Polis bertindak, mengapa dalam kes penderhakaan kpd Raja-Raja yg juga simbol maruah kpd negara seperti dibiarkan sahaja? Apakah kerana piha yg membakar bendera itu adalah penyokong pembangkang maka cepat sahaja diambil tindakan, sedangkan pihk yg menghina DYMM Agong adalah penyokong UMNO, maka ianya didiamkan ? Mengapa adanya Dwi Standard dalam hal ini ?

Saya menyeru kpd para pimpinan UMNO & pihak berkuasa, supaya menjalankan tugas dengan adil & tidak berpihak. Pihak yang melakukan perkara yg bertentangan dgn undang2 haruslah dihukum tanpa mengambil kira dipihak manakah mereka berada. Mengertilah wahai para pemimpin, sikap dwi standard ini akan membuatkan rakyat meluat & semakin benci kpd UMNO. Dan apabila Karpal SIngh & DAP mula membangkitkan soal kuasa Raja-Raja dari segi undang-undang & perlembagaan, maka siapakah yang mahu kita persalahkan sedangkan para pemimpin UMNO lah yang terlebih dahulu mengajar dan memberi contoh kepada mereka spt di Perlis & Terengganu. Maka hari ini rakyat melihat dgn sinis kepada pemimpin2 ini yg hari ini melaung-laungkan perihal maruah Raja-Raja & membuat laporan Polis mengenai penghinaan terhadap Raja-Raja, sedangkan belumpun 2 purnama berlalu rakyat melihat para pemimpin ini jugalah yg memperlekehkan maruah & kuasa DYMM Yg Di Pertuan Agong, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin. Maka sebagai rakyat Terengganu yang taat kpd Sultan nya, saya menuntut penjelasan & tindakan!


Source: Tuan Batu
*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: