Wednesday, May 7, 2008

Adik ini perlu bantuan untuk pembedahan

"Rozmal bin Malakan" rozmal@yahoo.com

Merujuk pada berita sebelum ini, setakat ini kutipan
orang ramai sekitar RM1000, perlukan sekitar RM5000
lagi untuk pembedahan adik Khairul. Pembedahan untuk
membuang tumor tersebut akan dijalankan pada 8 Mei
2008.

Berita sebelum ini : -
Dari Blog ADUN Paroi :
Bantuan untuk pembedahan tumor di kepala adik Khairul
Ikhwan bin Kamarulzaman boleh disalurkan terus ke
akaun ayahnya Kamarulzaman bin Mohamad , Bank Islam ,
No Akaun 05012020484086
http://mohdtaufek. blogspot. com/2008/ 04/bantuan- derma-untuk- adik-khairul. html

Dari Blog RHI
Adik Khairul Ikhwan bin Kamarulzaman, 7 tahun dari
Senawang, N.Sembilan perlu menjalani pembedahan tumor
di kepala dengan anggaran kos RM6000. Ayah bekerja
sendiri sebagai pemotong rumput dengan pendapatan
sekitar RM650 dan mempunyai 4 orang anak. Adik Khairul
dinasihatkan tidak hadir ke sekolah kerana dibimbangi
boleh menyebabkan kecederaan. Mereka yang ingin
membantu dan menghulurkan sumbangan sila dapatkan
maklumat lanjut di Blog ADUN Paroi N.Sembilan di
http://rembau- hari-ini. blogspot. com/2008/ 04/pelajar- tidak-dapat- ke-sekolah- kerana.html

Rozmal http://waghih. blogspot. com
Yayasan Amal Malaysia http://www.amalmala ysia.net
Kelab AMAL NS http://amal- ns.blogspot. com
Institut Kajian Angkasa http://ikam- space.blogspot. com
Pusat Pendidikan As Saidiyyah http://puspa- ns.blogspot. com

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: