Sunday, May 11, 2008

41 orang ahli parlimen bersedia ke Pakatan Rakyat?

"Topeng Perak" poji2ya@gmail.com

Dilulus terbit pada Saturday, May 10 @ 09:58:16 MYT oleh greenboc
Artikel Oleh mohdnoorawang

"a
SAUDARA DATUK SERI ANWAR IBRAHIM memang pakar sakit jiwa. Kalau DSA jadi doktor perubatan sudah lama beliau jadi pakar dan profesor perubatan yang hebat dirantau asia mungkin dunia.


Kerana DSA membuat PM PAK LAH dan menteri menteri lain kurang tidur selalu terjaga dari tidur dan bermimpi hantu serta lembaga dikala tidur. Yang lebih parah lagi TPM sibibir merah lagi handsome bukan sekadar mimpi ngeri tapi dibayangi siang dan malam "semek monggolia".


Berita yang kami baca tika melayari harakahdaily bertajuk "menanti kehadiran kali kedua anwar ke parlimen sebagai pm tulisan kawan lama saya sdr,rashidi( lama tak jumpa). membuat saya "pusing" dan "mamai". Betul ke 41 orang ahli parlimen akan tukar parti?. mudah benar tukar parti? ada janjike?, main wayang ke?, main main olok olok ke?, Seri persoalan bermain dibenak kepala saya dan semua rakyat malaysia . Hebat DSA bermain perang saikologi politik. PM Pak Lah diserang oleh musuh yang dikenali , disatu pehak bekas PM TUN M dan DSA sendiri.


Kalaulah DSA kata 41 orang ahli parlimen sedia menyertai PR .Apakan jadi barisan nasional?. umno? mca? mic? dan lain lain komponen?. Kalau terjadi seperti yang diramal atau "SECARA KEBETULAN" dsa memang hebat. Firasat saya tidak akan terjadi dan kalau terjadi tidak bertahan lama, berlaku sifat kurang puas hati sifat semula jadi banyak orang. Sejarah telah terbukti. Kejatuhan empayar rome dan parsi , dan kejatuhan kerajaan islam. Dan saya anggap DSA perang saikologi politik. membuatkan bn dan sahabatnya dalam barisan nasional menjadi gundah gulana dan berpeluh diwaktu dingin.


Akhirnya saya rumuskan pehak yang dapat manafaat dari perang saikologi politik yang dilakunkan oleh DSA puak yang akan lawan pak lah semasa pemilihan presiden umno nanti. ATAU PAK LAH SENDIRI AKAN MENANG DALAM PEMILIHAN UMNO DISEMBER NANTI. Atas rasa simpati dan pantang derhaka kepada ketua ,tapi pada raja tak apa asalkan dapat habuan dan upah lumayan. Ingat khairi jamaludin misti sudah ada "UBAT DAN PENAWAR untuk diedarkan siapa tahu?. taktik dan teknik tak dapat diduga, Dan bagaimana pula kalau umno masuk PR? .Dan bagaimana pula mca gerakan atau mic masuk PR, OH LAGI GILA FIKIRAN KU . sekian mna


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: