Saturday, April 19, 2008

Utusan Meloya Belum Selesai Kempen Pilihanraya

"Pas Johor Bahru" pasjohorbahru@yahoo.com

Satu-satunya akhbar arus perdana yang menjadi pengkhianat & petualang bangsa Melayu dan rakyat Malaysia amnya ialah Utusan Malaysia yang kononnya berjuang untuk membawa lidah rakyat melayu Malaysia ke martabat tertinggi negara.

Utusan Meloya juga satu-satunya akhbar yang melacurkan maruah dan etika kewartawanan yang sebenar dalam menyampaikan berita-berita sahih kepada rakyat Malaysia.

Utusan Meloya juga seolahnya menjadi lidah rasmi pemerintah UmnoBN yang bacul dan hipokrit dalam menanam minda beku pemimpin kepada rakyat supaya rakyat terus angguk kepada pemerintah dan geleng kepala dengan laporan berat sebelah kepada pembangkang.

Dalam pilihanraya umum ke-12 yang lalu, Utusan Meloya telah menjadikan akhbar ini medan kempen BN hampir 80 peratus dengan laporan-laporan yang memburukkan pembangkang ketahap yang maksimum.

Kita pada umumnya tahu, wartawan-wartawan ini diluar sana cuba menjadi sehabis baik, mencari kesahihan dan ketepatan berita untuk dihidangkan kepada rakyat Malaysia, malangnya kami yakin pastinya ada tangan-tangan pencuri disudut gelap yang menjadi duri dalam daging dan api dalam sekam yang meletakkan akhbar ini sebagai kebencian dan racun fikiran rakyat yang akhirnya menjadi bodoh dengan berita sendiri.

Disatu sudut, agama Islam diletakkan disudut yang tidak menarik. Adanya teguran dan nasihat ulama dan dalam pada masa yang sama akhbar ini terus menyajikan kisah-kisah sensasi artis dengan gambar-gambar yang melampau seolahnya akhbar ini milik si berahi hiburan.

Setelah UmnoBN dinafikan majoriti 2/3 kerusi parlimen untuk membentuk kerajaan yang lemah, akhbar ini masih terus menyiarkan berita-berita tentang keburukan dan fitnah kepada pembangkang yang sudah menjadi kerajaan di lima negeri. Sepertinya kempen pilihanraya masih belum selesai kini akhbar ini menjadi medan Umno kononnya untuk menyelamatkan survival Umno yang semakin tidak relevan dek kerana Pak Lah Badawi yang melengah-lengahkan proses peralihan kuasa yang dicurigai keikhlasannya.

Rakyat semakin muak dengan berita-berita melampau BN yang menjadi pembangkang di lima negeri Pakatan Rakyat yang menjadi pembangkang membabi buta dalam memfitnah dengan mengabaikan fakta yang sebenar.

Mereka yang khianat ini kena ingat tangan-tangan dan lidah mereka yang melacurkan diri dalam menyampaikan berita pastinya tidak akan terlepas dari mahkamah Allah di masyar nanti. Permintaan kami bertaubatlah sebelum terlambat.

Tiba masanya kita ajar pula akhbar ini dengan boikot disemua tempat agar Utusan Meloya ini terkubur terus dan digantikan dengan akhbar yang lebih bermaruah demi keadilan semua rakyat Malaysia...Teruskan Boikot...


Sumber : Jundullah


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: