Wednesday, April 9, 2008

UmnoBN Biadap Terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor

"Pas Johor Bahru" pasjohorbahru@yahoo.com

Saya yang berasal dari Sepang Selangor dan kini menetap di Johor Bahru bersama keluarga merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan laporan akhbar perdana semalam dan hari ini terutamanya Utusan Meloya yang mensensasikan kisah kerajaan Selangor yang ingin membangunkan Projek Modern Pig Farming.
Saya yang setiap kali pulang kekampung sejak berbelas tahun lamanya sedia maklum dengan kawasan tersebut yang setiap kali dilalui sahaja terpaksa menutup hidung menahan bau busuk sungai yang tercemar kehitam-hitam dan berbuih gara-gara ladang babi sepanjang Sungai Sepang Kecil yang membuang sisa najis babi terus kedalam sungai yang terus ke laut Selat Melaka.
Beberapa tahun yang lalu negara kita digemparkan dengan laporan media dan aduan penduduk sekitar Sepang yang marah dengan sikap penternak babi yang membuang sisa ternakan babi kedalam sungai dan cukup sensasi lagi tidak jauh dari sempadan Negeri Sembilan iaitu Bukit Pelandok yang terkenal dengan kisah penyakit wabak wabak Japanese Encephalitis (JE) dan Virus Nipah berpunca daripada kaedah penternakan babi yang kurang menitikberatkan kebersihan dengan najis ternakan dibuang begitu saja ke longkang sehingga mencemari sistem saliran.
Akibat serangan JE, sekurang-kurangnya 108 nyawa, termasuk 30 kanak-kanak maut dengan kebanyakan mangsa ialah penternak, pekerja ladang dan anggota keluarga mereka sehingga memaksa operasi besar-besaran dilancarkan untuk melupuskan 451,000 babi.
Ini semua berpunca dari kerajaan UmnoBN yang terdahulu yang mengabaikan aspek kesihatan dan kebajikan penternakan babi tiba-tiba sekarang ini mereka cuba nak tunjuk juara dengan menentang projek penswastaan ini yang lebih selamat memenuhi piawaian kualiti yang tinggi selaras dengan kehendak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Kerajaan Negeri Selangor.
Sebarang bahan buangan dari ladang tersebut akan diguna semula dalam bentuk biogas untuk menjanakan elektrik, air untuk pembersihan ladang serta penanaman makanan untuk babi yang diternak. Justeru, tiada bahan buangan yang akan menjadi sisa dan keluar dari kawasan ladang tersebut.
Pada masa yang sama, menerusi projek ini, tiada ladang-ladang khinzir baru akan diluluskan di negeri Selangor dan semua ladang babi di luar kawasan ini dikehendaki memindahkan operasi mereka ke Projek Modern Pig Farming.
Mereka dengan menggunakan NGO dan ketua kampung Umno cuba hendak memburukkan kerajaan baru Pakatan Rakyat Selangor sedangkan masalah penternak babi ini telah lebih 50 tahun tidak berjaya diselesaikan oleh mereka.
Kita bukan suka sangat dengan babi, pasal kami semua orang Islam diharamkan memakan babi, sewajarnyalah Umno menerima cadangan kerajaan Selangor ini memandangkan mereka sebelum ini gagal...

Sumber : Jundullah


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: