Thursday, April 3, 2008

UMNO TAK FAHAM APA ITU 'FORUM' / Usaha bendung ahli Umno bersuara

(Pimpinan BA, PAStikan Rakyat DAPat KeAdilan!)
(Rakyat, Teruskan Lonjakkan Minda!)


UMNO TAK FAHAM APA ITU 'FORUM'
Oleh: Raden Jowo - http://no2umno. blogspot. com/ - Laman M@RHAEN



Assalamualaikum

Demokrasi? UMNO takkan faham. Mamat tu nak bertanya dan soalannya tidak lagi selesai, telah dihalang dan diboo beramai ramai. Serta dibawa keluar.

Anwar belum pun hadir, cukup sekadar menyebut nama, dewan sudah jadi kacau bilau.

Yang menyoal di suruh keluar, pemimpin tak jawab soalan? Semangat UMNO sudah bercelaru. Tak tau apa maksud 'demokrasi' dan tak tahu apa maksud 'forum'. Pengerusi pula patutnya minta semua bersabar dan selesai kan soalan, biar pemimpin mereka yang jawab. Baru Gentleman.

Kalau nak bodek pemimpin, tak payah adakan forum. Buat saja majlis 'taklimat pemimpin' atau 'bertemu pemimpin', tak payah ada soal jawab dari penonton. Macam tengok wayang. Lepas tu, bila majlis dah selesai "Tepuk ramai ramai"....atau "cium tangan pemimpin". Kalau perlu dijunjung pemimpin tu dan dibawa berjoget. Atau lebih afdal lagi, curahkan susu kat kaki pemimpin, tadah dan minum air lelehan susu tu......Shruuuuuuuu ppppppp !!! Dengan daki dan ketuat kaki pemimpin masuk ke anak tekak.

UMNO memang lucu dan kelakar. Pemimpin satu hal, penyokong pun satu hal. Kalau tolak dan campur....UMNO memang dah hancur.

KESIMPULAN YANG WAK BOLEH BAGI
1. UMNO tidak mengaku mereka adalah spesisberuk tapi ahli dan penyokong tak boleh dibawa ke majlis sebab UMNO tak paham apa apa tentang majlis dan kepelbagaian bentuk majlis itu.
2. Pemimpin UMNO bakal terus tidak berwibawa kerana penyokong tidak benarkan soalah dijawab. Dan mereka membiarkan perkara ini. Sedangkan kalau dijawab dengan sinis oleh pemimpin, tepukan gamat akan diberikan oleh penyokong... .tapi ini tak berlaku.
3. Mamat tu bakal masuk parti PAKATAN RAKYAT kerana meluat dengan cara 'forum' yang umno adakan dan atitude penyokong UMNO. Sedangkan Mamat itu bijak orangnya dan mempunyai pendirian serta ilmu.
4. Ini adalah satu bukti bahawa UMNO dah kelam kabut kerana kekalahan yang lepas dan kemarahan mengatasi akal fikiran.
5. Kuburkan sahaja lah umno. Kalau tak .... ia bakal rosakkan manusia dan tambahkan jumlah orang gila.


Oleh Raden Jowo - 02.04.2008

Sumber: no2umno





Malaysiakini
Usaha bendung ahli Umno bersuara
Apr 2, 08 4:16pm
Kini seakan-akan wujud usaha untuk meredakan keghairahan perbincangan di semua peringkat ahli Umno mengenai perubahan yang perlu dilakukan terhadap parti tunggak BN - yang kalah teruk dalam pilihanraya umum lalu.

Sebelum ini, pemimpin Umno di semua peringkat berdebat secara terbuka melalui media - sama ada menyokong atau membantah kuota pencalonan serta gesaan diadakan perhimpunan khas.

Bagaimanapun, keghairahan tersebut seperti mahu dibendung oleh pihak-pihak tertentu dalam Umno bagi menghadapi pemilihan pucuk pimpinan parti yang ditetapkan pada 16 hingga 20 Disember depan.

Kini, pihak media arus perdana khususnya hanya membesarkan berita-berita yang memetik kenyataan mereka yang menyokong dikekalkan sistem kuota untuk pemilihan jawatan tertinggi dalam Umno.

Mengikut sistem kuota, calon presiden mesti mendapat 30 peratus atau 58 pencalonan dari bahagian, timbalan presiden (20% atau 38 pencalonan), naib presiden (10% atau 19 pencalonan) dan majlis tertinggi (5% atau 10 pencalonan).

Kelmarin, contohnya, berita utama muka depan sebuah akhbar arus perdana bertajuk 'Kekalkan kuota pencalonan' yang memetik ketua penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Taib mempersoalkan niat bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta sistem kuota tersebut dimansuhkan.

muhyiddin yasin muhyiddin yassinManakala naib presiden Umno, Tan Sri Muhyiddn Yassin yang sebelum ini bersetuju kuota itu dimansuhkan, bertukar nada apabila mengatakan cadangan penghapusan kuota itu tidak mungkin dapat dilaksanakan tahun ini.

'Ketepi keraguan'

Katanya, ini kerana usul bagi perkara itu perlu dibuat pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) di peringkat cawangan dan bahagian, dan ia perlu dibuat sebelum Mei ini.

Mesyuarat agung Umno peringkat cawangan dijadualkan pada 17 Julai hingga 24 Ogos, manakala persidangan perwakilan bahagian dari 9 Oktober hingga 9 November depan.

Semalam, Muhyiddin menggesa ahli Umno supaya mengetepikan segala keraguan dan menyokong kepimpinan parti dalam usaha mengukuhkan parti tersebut.

Katanya, mereka tidak seharusnya terlalu terbawa-bawa dengan isu-isu hangat seperti cadangan memansuhkan sistem kuota untuk bertanding jawatan parti sehingga melupakan isu-isu yang lebih penting dan kritikal.

musa aman 01Jika kelmarin timbalan pengerusi Umno Sabah, Datuk Shafie Apdal menyokong sistem kuota dimansuhkan tetapi semalam pengerusi Umno negeri itu, Datuk Seri Musa Aman (foto) pula berkata, perkara itu perlu diserahkan kepada mesyuarat MT.

Katanya, perkara tersebut perlu dibincang dengan teliti dalam mesyuarat MT sebelum sesuatu keputusan dibuat mengenainya.

Pemuda Umno Pulau Pinang juga dilaporkan hari ini menolak cadangan untuk memansuhkan sistem kuota.

Keinginan ahli

Ketuanya, Mohamed Salim Abdul Bari berkata, jika dimansuhkan, ia boleh mewujudkan keadaan kelam-kabut dalam pemilihan parti sehingga boleh mengheret ahli ke kancah perpecahan.

Oleh itu, katanya, sistem kuota perlu diteruskan bagi memastikan setiap pemimpin yang bertanding mendapat sokongan ramai daripada akar umbi, bukan atas sokongan kumpulan tertentu sahaja.

Malah, katanya, kewujudan sistem tersebut sejak 1988 adalah hasil manifestasi keinginan seluruh ahli parti untuk melihat Umno terus kukuh dan bersatu padu bagi mengelak sebarang perpecahan.

abdul kadir sheikh fadzirBekas menteri penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir pula mencadangkan agar kuota itu diselaraskan kepada lima peratus sahaja.

Katanya, pengenalan sistem itu pada masa lalu dilakukan untuk mengelakkan calon tidak serius daripada bertanding.

Namun, katanya, dalam situasi hari ini, kemampuan untuk memenuhi kuota 30 peratus bagi membolehkan pertandingan jawatan presiden parti umpamanya, begitu mustahil kerana banyak ahli Umno yang inginkan perubahan tetapi takut untuk bertindak.

Jalan tengah

Kata beliau, cadangan menurunkan peratusan kuota itu sebagai jalan tengah yang wajar dipertimbangkan semua pihak.

Mengenai cadangan agar satu mesyuarat agung luar biasa (EGM) diadakan bagi membincangkan isu kuota, beliau berkata, hal itu sebaik-baiknya diputuskan oleh MT sahaja.

Dalam pilihanraya umum 8 Mac, BN buat pertama kali dalam sejarah gagal mempertahankan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat, apabila hanya mampu meraih 140 daripada 222 kerusi parlimen.

Barisan pembangkang memenangi 82 kerusi parlimen - PKR (31), DAP (28) dan PAS (23).

BN juga kehilangan tiga negeri yang dikuasai Umno sebelum ini - Kedah, Perak dan Selangor. Barisan pembangkang juga merampas Pulau Pinang daripada Gerakan dan PAS kekal menguasai Kelantan.


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: