Wednesday, April 16, 2008

Umno Johor Talian Hayat Jawatan Pak Lah

"Pas Johor Bahru" pasjohorbahru@yahoo.com

Sehingga hari ini gesaan untuk Pak Lah meletakkan jawatan sudah terdengar disana sini. Pastinya Pak Lah tidak lena tidur di malam hari mahupun tabiat tidur siangnya semasa menghadiri majlis-majlis rasmi kerajaan juga sudah pasti terganggu.
Jumaat lepas Pak Lah dalam lawatannya ke Johor Bahru kononnya menerima keputusan Badan Perhubungan UMNO Johor yang menyokong kepimpinan Abdullah selaku Presiden UMNO tanpa berbelah bahagi pada pemilihan parti Disember ini.
Sokongan ini disangkal oleh beberapa bahagian Umno yang katanya kenapa pendirian Badan Perhubungan Umno Johor ini tidak dirujuk dahulu kepada ahli akar umbi.
Pada perjumpaan itu juga telah dibincahkan bagaimana mencari untuk menyelamatkan parti Umno satu-satunya parti yang dilahirkan di Istana Besar Johor dengan Johor menjadi kubu kuat UMNO dapat dipulihkan sehingga diyakini semula oleh segenap lapisan masyarakat.
Kononnya dari satu pandangan Pak Lah mendapat sokongan dari Umno Johor tetapi serentak dengan itu juga satu pelan peralihan kuasa akan dirangka dan dibincangkan dengan Timbalannya Dato Seri Najib Tun Razak.
Pada dasarnya Menteri Besar Johor dan Tan Sri Muhyidin Yassin bersama beberapa pemimpin lain telah berjaya menyampaikan segala mesej dengan jelas kepada Abdullah dalam mesyuarat tertutup itu dengan pengamatan peringkat awal Pak Lah terperanjat dengan petunjuk dan mesej itu, bagaimanapun beliau akur dan memahami mesej serta kehendak orang Johor.
Sudah tentunya pelik lagi ajaib, selang beberapa hari pula Pak Lah mengumumkan untuk mempertahankan jawatannya sebagai Presiden Umno pada pemilihan Disember ini.
Sehingga hari ini Pak Lah tidak mahu komen apa-apa lagi tentang proses peralihan kuasa walau bagaimanapun pendirian beliau ini disanggah oleh Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Rafidah Aziz yang mahukan proses peralihan kuasa antara Pak Lah dan Dato Seri Najib Tun Razak perlu berlaku pada masa yang tepat dan jangan menunggu sampai ke tahap nasi sudah menjadi bubur bagi memastikan parti tidak berpecah belah.
InsyaAllah pada masa akan datang Pakatan Rakyat yang terdiri dari parti Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menguasai lagi beberapa negeri lain pada pilihan raya umum akan datang dan meninggalkan Johor kepada UMNO sebagai 'muzium'.
Kalau Tun Mahathir, Pak Lah boleh derhaka dan khianat inikan pula rakyat terbanyak... sekali lagi Pak Lah...letaklah jawatan...

Sumber : Jundullah


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: