Monday, April 7, 2008

Umno Benar-Benar Darurat

"Pas Johor Bahru" pasjohorbahru@yahoo.com

Sehingga hari ini Umno masih lagi bergolak gara-gara kekalahan teruk dalam pilihanraya umum yang lalu dengan kehilangan banyak kerusi kepada Pakatan Rakyat di 5 negeri.
Terbaru Pak Lah mendedahkan sabotaj dari ahli parti Umno sendiri mengakibatkan kekalahan UmnoBN di banyak kawasan yang mereka katakan kawasan 'putih' mudah untuk menang.
Sikap Pak Lah yang bongkak dengan menyalahkan ahli Umno itu sendiri sangat berbeza dengan pimpinan parti komponen BN yang lain yang tidak menyalahkan ahli parti mereka sendiri.

Sebagai contoh Dato Seri Ong Ka Ting biarpun menang di Parlimen Kulai beliau mengambil sikap tidak mahu menjawat sebarang jawatan dalam kabinet sebagai rasa tanggungjawab untuk menaikkan semula imej parti.
Tan Sri Koh Tsu Koon pula walaupun kalah kerusi Parlimen beliau juga mengambil sikap tidak menyalahkan ahli parti Gerakan, sebaliknya mengambil sikap bertanggungjawab diatas sebarang tindakan ahli partinya sama ada mahukan beliau terus berkhidmat atau diminta berundur oleh ahli partinya, tambah memburukkan keadaan Dato Seri Lim Keng Yaik selaku Penasihat Parti Gerakan secara berterus terang menyalahkan Umno sebagai punca kekalahan teruk parti Gerakan di Pulau Pinang.
Dato Seri S.Samy Vellu juga mengambil sikap yang sama setelah kalah kerusi Parlimen Sungai Siput yang ditandinginya sekian lama, beliau juga mengambil sikap tidak mahu duduk dalam kabinet Pak Lah dengan dilantik sebagai Senator dengan pendiriannya beliau tidak mahu mahu ke Parlimen dan kabinet melalui jalan belakang. Sedikit pun beliau tidak menyalahkan ahli MIC.
Pak Lah mengatakan BN tidak akan kehilangan Perak dan Kedah sekiranya tidak ada sabotaj ahli, bagaimana pula Pulau Pinang dan Selangor tewas kepada Pakatan Rakyat begitu juga Kelantan yang masih lagi tidak berjaya dirampas semula dari PAS sejak 1990 tidak pula ada sebarang kenyataan.
Itulah dia wajah Umno yang sebenar, mereka mana pernah mengaku kalah. Mereka juga tidak pernah meminta maaf kepada rakyat diatas kesilapan yang mereka lakukan selama ini.
Tuduhan lompat parti dengan kata Pak Lah ada usaha sesetengah pihak yang mahu 'membeli' ahli Perlimen BN dari Sarawak dan Sabah juga tidak berasas. Masakan Pakatan Rakyat mampu untuk membeli mereka dengan harga jutaan ringgit. Konsep beli wakil rakyat ini hanya Umno sahaja yang berpengalaman.
Pak Lah pula seakan menuduh Tengku Razaleigh Hamzah sebagai punca BN kalah teruk di Kelantan dengan katanya beliau mendapat laporan Ku Li tidak membantu jentera BN Kelantan dalam PRU yang lalu.
"Sampai saat ini, setelah hampir sebulan Umno dan BN mengalami 'malapetaka' politik yang dahsyat itu, tidak ada apa-apa tindakan yang diambil oleh pucuk pimpinan parti untuk membincangkan sebab-sebab mengapa 'malapetaka' itu berlaku pada Umno dan BN" adalah sedikit ucapan dari Ku Li yang membidas pimpinan Umno yang berdolak dalik enggan mengadakan Mesyuarat Agong Khas untuk membincangkan masalah kekalahan Umno dalam PRU.
InsyaAllah tidak lama lagi bahtera Umno akan karam sekiranya Pak Lah tidak berubah dan enggan meletakkan jawatan....

Sumber : Jundullah


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: