Tuesday, April 1, 2008

Umno Bagai Anjing Tersepit

"Pas Johor Bahru" pasjohorbahru@yahoo.com


Selesai sudah perlantikan Ketua Menteri & Menteri Besar di 12 buah negeri dengan yang terakhir dari Terengganu yang mencatat sejarah tragis penderhakaan melampau juak-juak Umno yang gilakan kuasa sesama mereka.
Walau apapun terimalah dengan hati yang terbuka, kini Barisan Rakyat yang menang di 5 buah negeri berhadapan dengan tugas berat untuk membawa & membela suara rakyat kearah negeri yang adil dan berkebajikan.
Buat masa ini, cukuplah kita fokuskan tentang 5 negeri ini dahulu, tidak usahlah kita sibuk dengan agenda lompat parti BN kepada Barisan Rakyat, sekiranya ada ahli Parlimen BN yang ingin melompat parti itu adalah bonus buat kita.
Hari ini genaplah hari ke-25 pasca pilihanraya umum sesi ke-12. Umno BN kini semakin terdedak dan terhimpit dengan pergolakan dalaman mereka sendiri. Harap-harap adalah gelombang tsunami ke-2.
Nama & moral Pak Lah sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri Malaysia kini semakin tercalar. Tidak pernah dalam sejarah parti kerajaan kalah begitu teruk walapun menang nipis membentuk kerajaan Persekutuan setelah dinafikan 2/3 kerusi parlimen.
Dahulu semasa gelombang pilihanraya umum tahun 1999, BA berjaya menawan 2 buah negeri, selepas itu Tun Mahathir mengumumkan persaraannya dari kerajaan secara terancang setelah malu diaibkan dalam pilihanraya dan langkah beliau itu dilihat sebagai penyelamat kepada UmnoBN setelah menang besar dalam pilihanraya tahun 2004.
Dikala itu susuk tubuh bernama Abdullah Ahmad Badawi menjadi harapan rakyat sebagai pengkoreksi kesilapan lampau Tun Mahathir yang menjadi Perdana Menteri yang sangat kontroversi.
Rupanya kalau dah Umno tidak tipu,tidak bohong dan tidak khianat bukan UmnoBN namanya. Semua rakyat menjadi hairan kenapa Pak Lah boleh jadi lebih teruk dari Dr Mahathir.
Khairy Jamaluddin anak 'hantunya' & Kamaluddin Abdullah anak sulungnya benar-benar menjadi fitnah besar buat Pak Lah. Sepanjang 2003 sehingga sekarang ini harta kekayaan yang dibolot oleh kroni-kroni mereka ini lebih banyak mengatasi kroni-kroni Mahathir sepanjang 22 tahun berkuasa.
Pemilihan pucuk pimpinan Umno yang ditangguhkan ke bulan Disember 2008 dilihat adalah jalan terakhir demokrasi yang ada dalam Umno. Kini kem Umno berpecah-pecah kepada banyak puak, banyak yang menyokong sistem kuota calon-calon yang berebut jawatan tertinggi dimansuhkan dan tidak ada lagi sokongan untuk sebulat suara menyokong jawatan Presiden & Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.
Mengikut makluman yang kami terima sudah sah Pak Lah akan dicabar oleh 'gurkha' Umno Tengku Razaleigh Hamzah yang mendapat sokongan secara senyap dari beberapa bahagian Umno Johor,Selangor dan Perak.
Begitu juga Dato Seri Najib Tun Razak yang bakal berhadapan dengan Tan Sri Muhyidin Yassin yang berura-ura untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden. Sudah hidup kembali lobi melobi sesama calon dan penyokong dan dijangka wang yang banyak akan dihamburkan dan ditaburkan semata-mata untuk menang jawatan Naib Presiden & Majlis Tertinggi.
Kabinet Pak Lah yang rapuh yang dikatakan masih ada pengaruh Khairy Jamaluddin benar-benar menunjukkan sikap Pak Lah yang tidak mahu kesilapan lalu diperbetulkan. Kabinet Pak Lah tidak lebih sekadar menjadi kabinet hantu.
Semua ini akan pulih semula sekiranya Pak Lah berundur dan memberi laluan kepada Tengku Razaleigh Hamzah dan pembangkang akan bertarung dan berjuang untuk episod yang lebih menarik selepas ini...

Sumber : Jundullah


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: