Monday, April 7, 2008

Tolak kesaksian Mahathir selama2nya

"Ummu Waheedah" assakynah@yahoo.com

leh Ibrahim Baba

 Bagi IB, semenjak kes 1998, IB telah tidak lagi terima pandangan atau pendapat Mahathir. Baik semasa Mahathir masih menjadi PM mahupun semenjak dia seolah-olah menjadi “pembangkang�, IB tetap tidak boleh nak terima kata-kata Mahathir.

Walaupun akhir-akhir ini kata-kata Mahathir dilihat banyak membantu membongkar krisis serta kemelut yang bergelodak dalam UMNO, namun, IB tetap masih tidak dapat terima apa yang diperkatakan oleh Mahathir.
Mungkin IB terlalu “melampau� dalam memegang ayat Al-Qur’an:
Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik.
Surah An Nuur ayat 4
Bagi IB selagi Mahathir tidak dapat membawa bukti yang dituduh terhadap Anwar, selagi itulah IB tidak boleh terima kata-kata Mahathir - selama-lamanya.

Perlu juga kita ingat Mahathirlah orang yang pernah memfitnah Baginda Rasulullah s.a.w. yang kita sayangi. Belum kedengaran Mahathir bertaubat atas penghinaannya terhadap manusia yang paling mulia di muka bumi ini.

Dan kita juga harus ingat, sebelum PRU2008, Mahathir tetap mengatakan dia tidak sokong pembangkang. Bukan niat dia untuk melihat pembangkang berkuasa. Jauh lagi dari mendoakan Anwar berkuasa. Bagi dia, apa yang dilontarkan terhadap kepimpinan Pak Lah serta krisis dalaman UMNO adalah untuk memperkuatkan UMNO serta kembali berkuasa (mungkin melalui “kroni/keluarga�nya).

Janganlah kita menaruh sebarang harapan untuk Mahathir membantu kita menang. Tetapi kita boleh mempergunakan Mahathir untuk kita menang. Ingatlah bahawa persaksian orang seperti Mahathir harus ditolak selama-lamanya.

Walaupun telah beberapa kali IB mendapat jemputan khas untuk ke pelbagai majlis ceramah Mahathir, IB masih berpegang kuat dengan ayat di atas.

Sekian, IB.

[Mungkin kita boleh masukkan beberapa nama lagi di dalam senarai yang kita harus tolak persaksian mereka selama-lamanya, seperti Musa Hassan dan seumpamanya]


....
http://ibrahimbaba. wordpress. com/2008/ 04/07/tolak- persaksian- mahathir- selama-lamanya/




*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

1 comment:

vectevs said...

Paldies par rakstu!
http://www.SweetLady.lv