Saturday, April 19, 2008

Tindakan Pemimpin PAS Tolak Kerajaan Campuran Tawaran Umno Adalah Tepat

(Pimpinan PR, PAStikan Rakyat DAPat KeAdilan!)
(Rakyat, Teruskan Lonjakkan Minda!)


"aHmadHazieq" pemudawilayah@ yahoo.com wrote:

Tindakan Pemimpin PAS Tolak Kerajaan Campuran Tawaran Umno Adalah Tepat

Tindakan tiga pemimpin tertinggi PAS, Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, setiausaha agung Datuk Kamaruddin Jaafar dan bendahari Dr Hatta Ramli menolak pelawaan Umno untuk mewujudkan kerajaan campuran di Selangor dan Perak sebelum ini adalah satu tindakan yang tepat.
Seorang ahli Majlis Tertinggi Umno yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu mendakwa bahawa PAS lebih rela bekerjasama dengan parti orang ’kafir’ daripada bekerjasama dengan Umno yang dituduhnya parti zalim.

PAS merupakan sebuah parti yang kini semakin mendapat sokongan orang Melayu dan Umno kian tersepit hingga sanggup mengadakan rundingan belakang tabir selepas pilihanraya ke-12 untuk memujuk pemimpin PAS membantu mereka menubuhkan kerajaan campuran di Perak dan Selangor.
Walaubagaimana pun pemimpin PAS menolak permintaan tersebut dan mendedahkan segala isi perbincangan itu kepada pimpinan Pakatan Rakyat yang lain sebagai menghormati semangat setiakawan yang kini semakin erat. Pemimpin PAS ditawarkan jawatan tinggi dalam rundingan itu, tetapi sedikit pun mereka tidak berminat.
Lantaran itu rakyat dapat melihat bahawa politik pemimpin PAS lebih matang kerana berjaya menunjukkan komitmen mereka dalam menjalankan hubungan baik dengan semua anggota Pakatan Rakyat, DAP dan KeADILan.
PAS tidak pernah membelakangkan orang Melayu, dan rakyat sedar akan perkara ini. Nadi perjuangan PAS adalah Islam dan Islam sendiri mengajar pemimpin PAS untuk berbuat baik pada semua rakyat tanpa mengira kaum atau pun agama.
Kenyataan bahawa pemimpin PAS tidak wajar bekerjasama dengan parti orang ‘kafir’ adalah satu kenyataan yang biadap dan dengan sendirinya menunjukan Umno selama ini bersikap talam dua muka dengan pemimpin komponen BN lain yang terdiri dari kaum bukan Islam seperti MCA, MIC, Gerakan dan PPP.
Hanya kerana inginkan kuasa mereka sanggup meninggalkan rakan-rakan mereka dalam BN dan memujuk pemimpin PAS bergabung bersama mereka secara senyap-senyap.
Ini adalah sikap orang tamak dan tidak setiakawan. Oleh itu, parti komponen BN yang lain di ingatkan untuk berhati-hati dengan pemimpin Umno kerana selama ini merekalah yang mempergunakan undi kaum cina dan India untuk survival politik mereka.
Kegagalan komponen BN seperti MCA, MIC, Gerakan dan PPP dalam pilihanraya yang lalu adalah berpunca dari sikap pemimpin Umno. Pemimpin Umno melalui Abdullah Badawi, Hishamuddin dan ramai lagi sering mengeluarkan isu-isu yang menindas dan menghina kaum cina dan India.
Kes tuntutan NGOs cina dan juga kebangkitan Hindraf yang gagal ditangani dengan baik memadamkan kepercayaan rakyat pada Umno dan semua komponen BN. Pemimpin-pemimpin BN lainnya dilihat sebagai alat atau pun kuda tungangan dan tidak berani bersuara dihadapan pemimpin Umno dalam mempertahan hak kaum mereka.
Kini bila mereka gagal mempertahankan kerusi DUN dan Parlimen, Abdullah menyalahkan mereka dan menuduh mereka sebagai gagal untuk membantu BN.
PAS juga pernah menyertai pakatan BN dalam Kerajaan Campuran selepas Pilihanraya 1974, walaubagaimana pun disebabkan sikap Umno yang tidak ikhlas pemimpin PAS bertindak keluar dari pakatan itu. Walaupun menerima kekalahan teruk pada pilihanraya 1978 kerana keluar dari BN, namun PAS tetap konsisten dalam menentang kezaliman Umno hinggalah berjaya menubuhkan lima Kerajaan Negeri bersama komponen Pakatan Rakyat selepas pilihanraya baru-baru ini.
Kesabaran dan juga keihklasan pemimpin PAS sering teruji. Pengalaman lampau telah cukup untuk memberikan pengajaran kepada generasi muda PAS bahawa parti ini tidak memerlukan Umno untuk mendapatkan kepercayaan rakyat dalam membentuk Kerajaan. Dan untuk kepentingan rakyat dan Islam PAS akan terus dengan pendiriannya untuk tidak berkerjasama dengan Umno selagi mana mereka tidak meninggalkan budaya rasuah, judi, arak, zina dan pembaziran dalam politik mereka.
PAS bersedia bekerjasama dengan mana-mana parti politik, tetapi mereka juga perlulah belajar menghormati pemimpin PAS dan juga rakyat Malaysia keseluruhannya.

*Herman Samsudeen adalah Ketua Penerangan DPP Wilayah Persekutuan dan Juga Setiausaha Politik YB. Dr. Lo'Lo' serta Koordinator bagi Semua MP Pakatan Rakyat Wilayah Persekutuan.


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: