Wednesday, April 16, 2008

tidak hina negeri islam yang....

"aminuddin awang kechik aminuddin" klakluklik@yahoo.com

salam, ni pakcik nak bagi tau.... tidak hina sesebuah negeri islam itu sekiranya didalamnya ada kandang babi untuk makanan orang bukan islam yang diusahakan oleh orang bukan islam yang tinggal di negeri islam itu TETAPI
sangat hina negeri islam itu bilamana didalam negeri itu terdapat orang yang mengaku melayu islam yang sentiasa berulang alik saban minggu ke kedai ekor dan toto (yang haram atau berdaftar), saban malam berulang alik ke disko-disko dan pub untuk menghiburkan hati... saban hari ke pusat-pusat pelacuran yang haram atau yang berdaftar(istilah kerajaan dulu), saban masa memegang botol yang boleh memabukkan, mempunyai hakim-hakim yang mengakui dirinya islam tapi boleh dijual beli, yang mengakui kepimpinannya yang bersih dan berdasarkan islam tapi masih penuh dengan rasuah, pembolotan harta negara dan sebagainya.. .. Yang inilah sedara dan sedari yang kita sepatutnya lebih malu dan bertindak menentangnya. ...


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: