Sunday, April 6, 2008

Teruknya UIAM!

"Nawawi Mustafa" lot3137@yahoo.com

Meor Isfandi Meor Azizan
Fri | Apr 04, 08 | 12:50:40 pm MYT

Saya Meor Isfandi Meor Azizan (0332371) telah tamat menjalani dan mengambil semua subjek yang diwajibkan ke atas saya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Semuanya saya selesaikan dengan sempurna pada bulan November 2007.


Kemudian, saya menjalani hidup seperti biasa, mencari kerja dan mencari tawaran-tawaran di universiti-universi ti lain untuk menyambung pelajaran saya di peringkat Sarjana.


Saya juga terlibat dalam Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu kerana ia adalah menjadi tanggungjawab sosial dan hak saya sebagai warganegara Malaysia.


Namun begitu, pihak UIAM telah menghantar surat pertuduhan kepada saya kerana mendakwa saya telah terlibat dalam PRU ke-12 dan jelas melanggar peraturan universiti.


Disebabkan itu, pihak UIAM telah menahan saya dari menerima PTPTN yang terakhir dan melarang saya untuk mengambil transkrip penuh dari universiti.


Oleh sebab itu, saya telah tergendala untuk memohon mana-mana kerja kerana saya gagal menunjukkan transkrip penuh dan mungkin juga saya akan ditahan dari menerima ijazah sewaktu konvokesyen nanti disebabkan kelewatan menjelaskan yuran terakhir dan melakukan penjelasan-penjelas an teknikal lain yang diwajibkan ke atas seorang graduan.


Apa yang mengecewakan saya, pihak UIAM tidak profesional dalam mengendalikan kes saya.


Pertamanya, pihak universiti telah menggantung dan menafikan hak saya meskipun belum terbukti saya melakukan kesalahan-kesalahan sepertimana yang dituduh ke atas saya.


Kedua, pihak universiti hanya menelefon dan menggunakan email sahaja untuk memaklumkan kepada saya supaya hadir ke prosiding yang telah ditetapkan kepada saya pada 8 April 2008 ini.


Ketiga, adakah saya masih digelar pelajar sedangkan saya tidak mengikuti apa-apa subjek di universiti, tidak membayar yuran pengajian dan penginapan serta adakah saya dikira bersalah jika saya mencari apa-apa kerja yang lain dan terlibat dalam mana-mana parti politik, NGO dan sebagainya selepas saya sempurnakan pengajian saya?


Probable source: Harkahdaily.net

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: