Monday, April 21, 2008

Terbukti Ahli UMNO Penjenayah No 1 Negara

"r r" alternatif2007@yahoo.com

Tarikh : Sunday, April 20 @ 12:04:48 MYT
Topik : Artikel


a
Dalam keadaan negara aman damai selepas pilihanraya dan pembentukan kerajaan lama dan baru, nampaknya UMNO belum sembuh dari demam. Sebaliknya semakin parah. Pak Lah yang menemui punca kekalahan iaitu sabotaj sebahagian ahli akhirnya mengarahkan bahagian dan negeri menghantar laporan.

Allah Maha Berkuasa. Isu ini terus menambahkan pergolakan dalaman UMNO. Baca berita pagi ini...


AJK UMNO Tanah Merah cedera dipukul

KOTA BHARU 19 April - Seorang ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Tanah Merah cedera di kepala dipukul dengan besi paip hari ini, dipercayai mempunyai kaitan dengan laporannya kepada polis berhubung cubaan memberi sogokan untuk mensabotaj calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu.


Kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 5 petang ini ketika mangsa, Ali Akbar Mayim, 52, sedang minum bersama dua rakannya di sebuah warung di Jalan Sekolah Arab Darul Ehsan, Tanah Merah dekat sini.


Ia merupakan kejadian kedua selepas pengiringnya, Mohd. Almidi Jaafar yang juga Setiausaha Kerja UMNO bahagian semasa membuat laporan polis, cedera serius dipukul di sebuah warung di pekan Tanah Merah, 30 Mac lalu.


Ali Akbar ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini berkata, ketika sedang minum, seorang lelaki secara tiba- tiba muncul dari belakang lalu memukulnya dengan sebatang besi sehingga terjatuh.


"Selepas terjatuh saya bangun untuk melawan tetapi pada masa yang sama rakan lelaki itu muncul dari arah depan pula membawa sebatang besi.


"Saya berlari masuk ke warung untuk cari senjata bagi mempertahankan diri tetapi kedua-dua mereka melarikan diri menggunakan kereta Proton Waja, ketika itu tiada pelanggan lain kecuali saya dan rakan-rakan, " katanya.


Ali Akbar berkata, beliau kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah sebelum dihantar ke hospital dan mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar.


Katanya, beliau terpaksa menerima 10 jahitan di kepala akibat pukulan yang kuat dari arah belakang.


"Saya diberitahu, kereta digunakan kedua-dua lelaki ini sama dengan suspek yang memukul Almidi pada 30 Mac lalu, berdasarkan nombor pendaftaran pada kereta ini.


"Bagaimanapun saya tidak kenal kedua-dua suspek tersebut kerana mereka tutup muka dengan tuala dan pakai topi," katanya.


Tambahnya, beliau tidak menolak kemungkinan suspek merupakan orang yang sama tetapi diupah pihak tertentu ekoran pendedahan yang dibuatnya.


Pada 30 Mac lalu, Almidi dipukul dua lelaki ketika sedang minum bersama dua rakannya di sebuah warung di pekan Tanah Merah. Beliau mengalami kecederaan serius di hidung dan kepala.


Kejadian itu dikatakan rentetan laporan polis yang dibuat pada 27 Mac lalu oleh Ali Akbar terhadap seorang ahli perniagaan yang dikatakan cuba memberi sogokan supaya mensabotaj calon Barisan Nasional (BN), Datuk Hashim Safin dalam pilihan raya umum lalu.


Ali Akhbar mendakwa, beliau diberi wang RM2,000 bagi mendorongnya berkempen supaya memastikan Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah yang bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gual Ipoh, itu tewas.


Hashim yang juga bekas ADUN Gual Ipoh meninggal dunia 11 April lalu di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian disebabkan serangan jantung



*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: